Saya pernah mengajukan soalan yang yang bertanyakan pendapat dan berkongsi ide tentang “Berapa banyak WordPress plugin yang anda guna” menerusi salah satu post terdahulu dan ramai rakan – rakan blogger yang telah bekerjasama. Terima kasih! Untuk sesi kali ini, saya akan kongsikan review saya tentang satu plugin yang cukup berguna bagi menggantikan plugin – plugin yang ada. Plugin yang saya maksudkan ialah WordPress Jetpack.

WordPress Jetpack Plugin
Kelebihan WordPress Jetpack Plugin
-> Untuk Activate dan Deactivate fungsi servis yang ditawarkan, klik button Learn More dan button Deactivate akan dipaparkan.
1. Dibangunkan sendiri oleh wordpress.com
Seperti yang saya nyatakan, Jetpack merupakan plugin yang dibangunkan sepenuhnya oleh Automattic Inc. yang bertanggungjawab dalam menyediakan platform WordPress secara percuma kepada blogger di seluruh dunia. Jadi tidak timbul sebarang isu samada plugin ini akan ditamatkan atau tidak di update mengikut versi WordPress yang terkini. Bahkan support mereka juga adalah terbaik.
2. Menawarkan ciri – ciri yang sebelum ini hanya dimiliki oleh pengguna wordpress.com
Antara fungsi yang ditawarkan ialah WordPress Stats. Kalau dahulunya, pengguna wordpress self-hosting terpaksa bergantung kepada servis pihak ketiga untuk mendapatkan statistik trafik di blog. Dengan adanya Jetpack plugin ini, blog statistik dapat dilihat di Dashboard.
Selain dari itu, Jetpack turut menawarkan servis Email Subscription (blog post & komen). Fungsi ini mampu meningkatkan lagi subscriber di blog dan dalam masa yang sama menjadikan fungsi komen lebih menarik.
3. Fungsi 19 dalam 1 (updated 27 October 2012)
Mana nak cari plugin yang menawarkan lebih dari satu atau dua fungsi?
Dengan penggunaan Jetpack Plugin, anda mampu mengurangkan beberapa plugin yang menawarkan servis yang sama. Antaranya ialah:
- Sharing – perkongsian di media sosial seperti Facebook, Google +, Twitter dan sebagainya
- Contact Forms - Tidak perlu lagi menggunakan plugin seperti Contact Form 7.
- Jetpack Comment – Menawarkan fungsi komen yang lebih menarik (membolehkan pengguna wordpress.com, Facebook dan Twitter meninggalkan komen). Keberkesanan fungsi ini bergantung kepada wordpress theme yang anda gunakan.
- Mobile Theme – Anda tidak perlu lagi bergantung kepada plugin seperti WPtouch atau MobilePress untuk membolehkan blog anda lebih mesra dengan peranti seperti smartphone atau tablet.

Fungsi – Fungsi Jetpack
Rasanya dah cukup review saya terhadap WordPress Jetpack plugin ni. Kalau nak tahu fungsi yang selebihnya, install dan buat drive test sendiri.
Final Thought
Saya amat mengesyorkan penggunaan WordPress Jetpack plugin ini kerana ia mampu mengurangkan penggunaan plugin yang terlalu banyak dan proses setting yang simple.
Personally, saya turut menggunakan Jetpack plugin di MobilityWorlds, antara fungsi yang diaktifkan ialah Subscription, Sharing, dan Contact Form.
Sekiranya anda telah menggunakan Jetpack plugin, sudilah kiranya untuk berkongsi pendapat anda tentang plugin berkenaan. Bagi yang belum, cepat – cepatlah install dan kongsikan pendapat anda di sini.
Jetpack di anggap sempurna tapi bukan pujian kebanyakkan developer. Dari pengalaman guna saya sukakan fungsinya pelbagai tapi amat rimas dengan tracking codenya – Quantcast, WordPress Stats dan ScoreCard Research Beacon yg saya anggap sbg penyesak mual.
Malang sekali Penguin dan Panda pun tidak gemar hal sedemikian ;peace
Kenapa tak disble tracking codenya?
Boleh tanya macam mana disable tracking code ScoreCard Research Beacon?
Utk disable sepenuhnya memang tak boleh selagi menggunakan WordPress. Kalau Quantcast boleh deactivate function WordPress.com Stats.
More info : http://en.forums.wordpress.com/topic/is-script-from-bscorecardresearchcom-on-wordpress-is-a-malware-or-not
Selain dari plugin Jetpack, banyak lagi plugin lain yang turut menggunakan tracking, more info : http://www.digitaltrends.com/web/top-100-websites-how-are-they-tracking-you/
Baru tau macam-macam boleh buat dengan plugin ni… Nak kena try ni.. Mana try ada plugin yang boleh dikurangkan nanti.
Hazmin Hamudin recently posted…Wordless Wednesday | Pemain Baharu Chelsea?
Mesti ada bro, dpt kurang 2-3 plugin dah kira ok dah
hohoho…belum lagi drive test benda ni walaupun dah lama simpan dalam laptop…hehe
insyaAllah, akan dicuba secepat mungkin….
terima kasih bro!
hafizmd recently posted…Aktiviti Masa ‘Bujang’…
Sama2. Barang baik mesti kena test.
boleh cuba ni.. :)
puteri kasih recently posted…Aku Wanita
Cuba puteri, jangan tak cuba. Kalau berkenan boleh dikekalkan.
saya ada rasa pening kpla..klu byk nk buang sb rasa ada yng tak penting,nnti slh buang bahaya plk heee
suri recently posted…Serlahkan Potensi Diri
Takpe suri, pilih betul2 dulu. Kalau perlu, baru buat.
saya mmg dah guna plugin ni..tapi cuma guna beberapa fungsi je yang ada dalam tu..tak guna semua pun..
Puan Bardboo recently posted…Pregnancy Updates | Minggu ke-26
Ada yg tak bagus jugak kalau guna kesemua function plugin ni, especially boleh sebabkan page load makin slow.
plugin yang sangat baik dan berguna…saya dah lama guna plugin ini..tapi tak semua function saya on kan sebab ada plug in yang lain lagi bertindih dengannya..
Plugin ni memang bagus, tapi kalau activate semua function akan timbulkan masalah loading speed jugak. Kena pilih betul2
plugin yang ditunggu2. semuanya dalam satu. mesti install ni
Amirez recently posted…Video Klip Kedua OST Drama Adam & Hawa
Cuba test mana2 yg berkenan.
memang dah pakai selepas sebulan pindah ke self hosting..kalau ikut kan speed blog ada sikit improvement..tu untuk blog aku, blog orang lain tak sure pulak..kena tanya owner sendiri.
hafizrahim recently posted…Pertembungan Dengan Blogger Sasa Dan Blogger Kacak
At least adamendatangkan impak yang positif. Itulah yang kita nak, betul tak?
shraqs recently posted…Cara Manual Update Apple Firmware
Pengguna blogspot boleh tumpang lalu jer nih…hehehe
:-)
macam best je plugin ni, bilalah nak tukar wordpress
kimmie recently posted…Wordless Wednesday 41: Akhirnya keputusan yang dinanti sudah menjelma
Memang banyak memudahkan kerja. Agak2 bila nak pening kepala ngan wp tu?
tu la..tak pasti bila ianya akan terjadi
kimmie recently posted…Bermulanya semester baru
belum pernah install plugin jetpack ni, tengok mcm best je sebab dapat mengurangkan penggunaan plugin sekaligus melajukan blog. terima kasih kerana berkongsi info ni dengan pembaca..
Sama2 donnyien. Yang latest ni memang lebih berkualiti banding versi awal
byk function tu..leh cuba2 nnt.. :)
Jebeng Otai™ recently posted…Wordless Wednesday : Efek Tumit Tinggi
Paling aku nak sebab ada contact form tu, sebelum ni aku guna contact form 7, heavy sangat plugin tu.
saya x pernah pakai pula benda ni, nmpk mcm complicated tu yg malas pakai tuh
Juan recently posted…Aku Terima Nikahnya Video Filem Movie Malaysia Terbaik
Simple ja ni bro, Buat pilihan terbaik. Banding dengan plugin yang sedia ada. Mana tak guna, deactivate. Untuk widget tu, saya sarankan jangan guna. Sebab dia tambah satu lagi fail css.
Saya try pakai plugin ni balik tadi. memang best la. Banyak fungsi baru sudah kalau di banding dulu. Tapi saya tak guna semua juga. Adalah dalam 5 6 guna dari 16.
Naziman recently posted…Top blog gadget Malaysia dan luar negara
Aku pun guna 3 je, sebab tambah css tula. Kalau update akan dtg mungkin diorang akan buat lebih baik kot.
Betul kata Naziman, takla susah sangat bro Juan, depend pada function yang kita nak je, selebihnya boleh dideactivate.
Dulu pernah guna plugin ni masa mula blogging, tapi deactivate balik lupa sebab apa. Sebenarnya banyak plugin pun bukan semua plugin tak bagus.
Dua cara boleh tengok, satu guna gtmetrix, pingdom, tengok timeline apa plugin yang buat slow, ada plugin tambah fail css.
Kedua, saya syorkan guna plugin ni. P3 (Plugin Performance Profiler). Ni boleh check plugin mana buat blog slow.
tapi kalau bro ada guna script atau plugin break frame, kena buang atau deactivate dulu. Sebab dia check blog guna frame.
Naziman recently posted…Top blog gadget Malaysia dan luar negara
He he. Aku memang guna plugin P3 utk check.
Sy pun guna plugin ni.. setakat ni mmg memuaskan.. :)
AkmaOmar recently posted…Sindiket Menjual Kanak-Kanak
Betul tu, memang memuaskan. Harap2 nya diorang akan tambah function lain lagi nanti
Saya baru je install plugin ni. Empat plugin dapat dibuang. Tapi kurang suka dengan function sharingnya. Tak berapa mesra pengguna.
Cikgu Hairul recently posted…Syukur lagi
Fungsi sharing tu sebenarnya best. Terbaik tu kalau guna. Sebab kita boleh pilih laman sosial share mana kita nak guna. Boleh pilih guna gambar ka, teks saja ka. Memang minimal style dan kemas. Tapi saya tak guna fungsi tu sebab nak guna addthis.
Naziman recently posted…Top blog gadget Malaysia dan luar negara
Aku pun guna function sharing sebab nampak kemas, kalau nak tambah network lain pun boleh
Terbalik pulak ngan saya, sy suka function sharing tu sebab kemas.
hehe..memang best pakai menda nih.
titan recently posted…Berpoya-poya di Sarawak.
Betul bro, dpt jimat masa tak payah nak setting banyak2 plugin.
huhu.. for blogpsot kalau ada menarik juga…..
Melastik Bintang recently posted…Top 10 Lagu 2012
Takdela bro, kena tunggu google buat satu,
Semua theme boleh serasi ke dengan jetpack bro.
hatiputera recently posted…Wordless Wednesday – Kek Harijadi
Kalau tak serasi pun mungkin sesetengah function saja, especially komen. Aku cuba nak guna jetpack komen tapi tak dpt sebab guna default dr studiopress. Yg lain, takde masalah
Mantap Jetpack. Memang dari dulu aku guna plugin ni. Kena ada akaun wordpress.com dlu bru ley pakai :)
SDC recently posted…Pandang Pertama SimCity Terbaru
Tulah aku ada perasan kau guna gravatar hovercard tu.