From the BlogSubscribe Now

Windows XP Akan Berkubur Pada 2014

Tarikh 8 April 2014 merupakan tarikh keramat menandakan berkuburnya support Microsoft terhadap OS Windows XP. Selepas tarikh tersebut, Microsoft tidak lagi akan mengeluarkan sebarang update dan patch terhadap sebarang isu yang berkaitan dengan OS berkenaan. Jadi, sudah tiba masanya untuk pengguna Windows XP untuk mula beralih kepada OS yang baharu dan lebih selamat seperti Windows 7 atau Windows 8.

Penamat Windows xp

Penamat Windows xp

The End Of Windows XP

Selama hampir 11 tahun Windows XP telah menjadi OS yang paling berjaya pernah dihasilkan oleh Microsoft dan kini tiba masanya untuk Microsoft untuk mengenepikan OS tersebut dan menumpukan kepada OS terkini yang mampu memberikan kepuasan kepada pengguna setia mereka dari aspek keselamatan dan support yang lebih baik selari dengan persekitaran teknologi semasa.

Berdasarkan maklumat dari Camwood (Microsoft Gold Partner), Windows 7 akan menjadi produk utama kepada Microsoft untuk beberapa tahun akan datang :

“However, the main factor that should mean every company is already starting to move to Windows 7 or even 8 is the risk of a security breach. Once support for XP is discontinued, enterprises running XP will probably become more susceptible to cyberattack or system meltdown,”

“The end of XP support is a potential time bomb, and the clock is ticking. With all the potential compatibility and security issues looming from legacy systems, businesses need to understand migration is a necessary step to secure their valuable data,”… Kevin Gemmel.

Peralihan dari Windows XP ke Windows 7 atau Windows 8 tidak kritikal bagi individu tetapi sebaliknya bagi sesebuah syarikat atau organisasi yang selama ini banyak bergantung kepada sistem operasi Windows XP jika dilihat dari aspek keselamatan data.

Final Thought

Buat masa ini saya masih lagi selesa dengan Windows 7 dan mungkin akan menggunakannya sehingga tahun hadapan (2013) sementara menunggu platform Windows 8 betul – betul stabil. Saya juga maklum bahawa sudah ramai di kalangan rakan – rakan blogger yang telah mula beralih ke Windows 8 dan memberikan respon yang positif. Jadi, anda semua bila lagi?

Sumber : camwood.com

EMAIL NEWSLETTER

Like what you read here in this blog post?
Get more like it delivered to your inbox daily.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. salam,saya baru upgrade win xp ke win 7….blum tgk lg win 8 camna,apapun stay lg dgn win 7….

  2. saya juga masih menggunakan windows 7, kurang dari setahun guna..so, belum rasa nak tukar lagi
    Ladfe Amir recently posted…Tempoh Berpantang

  3. selalunya aku ni lewat sedikit
    sekarang sedang membiasakan diri dengan windows 7
    windows 8 belum sentuh lagi
    TehR recently posted…Piala AFF Suzuki 2012 | Malaysia Ke Separuh Akhir

  4. Nasib baik sudah selamat upgrade ke windows 8. Tiada sebarang masalah buat masa ni.
    Hazmin Hamudin recently posted…Akhirnya Harimau Malaya Bangun Dari Tidur

Speak Your Mind

*