Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Walking Dead S03E03 – Walk With Me

Walking Dead S03E03 – Walk With Me, mengisahkan tentang satu kumpulan survival yang terselamat yang tinggal di kawasan yang dikenali sebagai Woodsbury dan diketuai oleh Governor (watak antagonis utama untuk Walking Dead Season 3).

Sinopsis Walking Dead S03E03 – Walk With Me

Menerusi episod kali ini, langsung tidak menunjukkan kelibat kumpulan Rick yang berada di penjara seperti di episod pertama dan kedua. Sebaliknya, episod 3 ini lebih menumpukan kepada watak Governor, Andrea, Michonne, Merle (abang kepada Daryl – yang disangkakan telah mati dalam season pertama) serta beberapa watak baharu yang tinggal di Woodsbury.

Apa yang menjadikan episod kali ini lebih menarik kerana watak Governor yang dipegang oleh David Morrissey merupakan watak antagonis yang sememangnya memiliki sifat kepimpinan yang tinggi dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan kumpulan di bawah jagaannya selamat sehingga sanggup membunuh kumpulan tentera yang terselamat semata – mata untuk mendapatkan bekalan senjata, makanan, dan sebagainya tanpa sanggup memperjudikan kedudukannya sebagai ketua.

Watak Andrea pula merupakan bekas kumpulan Rick yang terpisah pada episod finale season 2 selepas tempat tinggal mereka di kediaman Hersyel diserang oleh kumpulan undead. Beliau telah diselamatkan oleh Michonne (watak solo yang meneruskan hidup dengan bergantung kepada pedang samurai dan 2 undead).

Selepas bertembung dengan kumpulan Governor, Andrea mula meletakkan kepercayaan terhadap Governor menguruskan kumpulan mereka tetapi sebaliknya bagi Michonne yang percaya bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan cara pengurusan di Woodsbury. Untuk mengikuti kisah selanjutnya, tunggu episod ke-empat “Killer Within”.

Streaming Walking Dead S03E03 – Walk With Me”

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. episod 3 agak boring sikit kan…
    Shahrul recently posted…Muat Turun dan Cuba Windows 8 untuk 90 hari

    • Nrrmal la kot sebab ini baru episod nak perkenalkan watak antagonis utama utk season ni. Kalau ikut siri komiknya memang watak Governor ni cukup interesting.

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*