Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Walking Dead S03E02 – Sick

Walking Dead S03E02 – Sick,  diteruskan dengan episod kedua “Sick” merupakan sambungan dari episod 1 (Seed) yang mengisahkan usaha berterusan kumpulan survival yang meneruskan kehidupan mereka di persekitaran penjara. Dalam episod ini, jalan penceritaannya lebih kepada apa yang bakal berlaku kepada Hershel dan juga nasib banduan yang terselamat.

Sinopsis Walking Dead S03E02 – Sick

Sekiranya anda menonton episod pertama, semestinya anda masih ingat bahawa Rick terpaksa memotong kaki Hershel untuk memastikannya terus hidup dan mengelakkan jangkitan. Dalam masa yang sama mereka terpaksa berhadapan dengan kumpulan banduan yang terselamat dan terkurung di kafeteria penjara selama 10 bulan.

Berlaku sedikit persaingan perebutan kuasa di antara kumpulan yang diketuai oleh Rick dan juga kumpulan banduan tentang siapa yang sepatutnya memiliki penjara. Diringkaskan, mereka telah bekerjasama untuk memastikan blok penjara dibahagikan antara dua kumpulan. Dalam usaha membersihkan penjara dari walkers, berlaku kejadian yang menyebabkan hanya 2 orang banduan yang terselamat (Axel & Oscar) dan mereka dipisahkan dari kumpulan Rick.

Menerusi episod ini juga, watak – watak lain seperti Carol dan Carl semakin menonjol dalam memainkan peranan mereka.

Tidak ketinggalan, sikap Rick kini semakin keras hati dan dingin. Beliau tidak lagi berkompromi dengan sesiapa sekiranya mengancam keselamatan kumpulan mereka.

Demikian sahaja sinopsis saya untuk episod “Sick” ini sehingga bersambung ke episod ketiga “Walk With Me” minggu hadapan.

Streaming Walking Dead S03E02 – Sick

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. aku dah layan, memang best lah, yg x bestnya kena tunggu episode seterusnya, hehe
    Juan recently posted…Realiti dan Fantasi – Diskaun, Subsidi, Negara Kebajikan

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*