Pengguna Samsung Galaxy Note (N7000) Malaysia telah menerima update terbaharu mereka hari ini (6 Ogos 2012). Versi terbaharu ini merupakan Android 4.0.4 DXLR5. Kali terakhir Galaxy Note menerima update ialah Android 4.0.4 DXLR2 pada pertengahan bulan Julai yang lepas. Firmware upgrade ini adalah lebih kepada menangani beberapa isu yang dialami oleh pengguna dan untuk meningkatkan kestabilan firmware.

Samsung Galaxy Note
Seperti biasa, proses upgrade boleh dilakukan menerusi OTA (Over The Air) atau melalui Kies. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak menerima sebarang notification menerusi OTA mahupun Kies, proses upgrade masih boleh dilakukan dengan cara manual menggunakan Odin 1.85 (flashing).
Firmware Info
- Device: Samsung Galaxy Note GT-N7000
- Region: South East Asian Countries (Singapore, Philippines, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam)
- Latest firmware: N7000DXLR5/N7000OLBLR2/N7000DXLR1/N7000DXLR5
- PDA: N7000DXLR5
- CSC: N7000OLBLR2
- MODEM: N7000DXLR5
- Build Date: 7/30/2012 12:03:56 PM
Sekiranya anda berhasrat untuk melakukan firmware upgrade menerusi kaedah manual (Odin 1.85), ikuti tutorial di bawah dengan penuh berhati – hati. Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda melakukan backup untuk segala data penting yang terdapat di smartphone anda (contact, sms, note dan sebagainya).
Tools Yang Diperlukan
- Pastikan PC / Laptop anda dilengkapi dengan Kies. Jika belum, muat turun Kies dari LINK INI dan install terlebih dahulu.
- Download Odin 1.85 – (zip file, extract terlebih dahulu)
- Download Android 4.0.4 DXLR5 Firmware ( Malaysia Stock Firmware) – (zip file, extract terlebih dahulu untuk dapatkan .tar file) – Firmware ini tidak akan wipe data di smartphone anda.
Langkah Keselamatan Dan Persediaan
- Enable USB Debugging Mode. ( Setting -> Developer Options -> tick USB Debugging )
- Pastikan bateri smartphone berada di tahap tidak kurang dari 80%
- Lakukan backup
AMARAN : Proses flashing firmware menggunakan kaedah ini mungkin boleh menyebabkan smartphone anda tidak lagi berfungsi. Admin di MobilityWorlds tidak akan bertanggungjawab di atas segala yang berlaku dan tanggungjawab terletak di tangan anda sendiri.
Tutorial Upgrade Samsung Galaxy Note Android 4.0.4 DXLR5
Odin boleh digunakan dalam proses upgrade dan juga downgrade firmware. Sila baca dan fahami tutorial berikut sebaik – baiknya sebelum memulakan proses upgrade. Perlu diingat, tutorial ini hanyalah untuk;
- Samsung Galaxy Note (N7000) – JANGAN GUNAKAN KE ATAS MODEL SMARTPHONE YANG LAIN
- Backup data penting
AMARAN KEPADA PENGGUNA ROOTED PHONE : Android 4.0.4 DXLR5 ini merupakan official firmware dari Samsung. Sekiranya anda melakukan update ini, anda akan kehilangan root access di smartphone anda. Proses rooting perlu dilakukan semula.

Odin 1.85
Langkah – Langkah
Langkah Satu
- Matikan telefon anda dan setkan ke Download Mode. Tekan butang VOLUME DOWN + HOME +POWER secara serentak untuk tempoh masa sekitar 5 – 10 saat atau sehingga keluar paparan Android robot dan amaran berbentuk segitiga.
Langkah Dua
- Start Odin 1.85 di PC/Laptop anda.
Langkah Tiga
- Sambungkan Samsung Galaxy Note anda ke PC/Laptop menggunakan USB cable sementara smartphone anda masih di Download Mode.
Langkah Empat
- Tunggu sehingga Odin mengenalpasti smartphone anda (mungkin mengambil sedikit masa untuk melakukan driver installation). Sekiranya sambungan berjalan dengan lancar, Odin akan memaparkan satu petak berwarna kuning dan di dalamnya tercatat ID:COM.
NOTA : Pastikan anda tidak tick mana – mana pilihan di paparan Odin selain Auto Reboot dan F. Reset Time.
Langkah Lima
- Klik button PDA dan pilih firmware yang anda muat turun dan extract sebelum ini (N7000DXLR5_N7000OLBLR2_N7000DXLR1_HOME.tar)
Langkah Enam
- Klik Start, dan proses flashing akan dilakukan. Smartphone anda akan reboot secara automatik selepas proses flashing selesai.
Tamat!
OK, itu sahaja. Sekiranya semua berjalan lancar, Samsung Galaxy Note anda kini telah di upgrade ke Android 4.0.4 DXLR5. Untuk mendapatkan kepastian, rujuk di Setting -> About Phone.
Sekiranya anda menghadapi masalah, ajukan persoalan anda di ruangan komen di bawah.
UPDATE : Root Samsung Galaxy Note 4.0.4 DXLR5
Untuk root Samsung Galaxy Note ICS 4.0.4 DXLR5, sila rujuk post saya DI SINI.
salam tuan, kalau mcm nie mcm mane ye. dah latest firmware ke ni?
Baseband Version: N7000DXLR1
Kernel Version: 3.0.15 -N7000DXLR5-CL968032
dpi@DELL141 #3
Build Number: IMM76D.DXLR5
lepas tu saya check dekat *#1234#
die kuar mcm nie:
PDA :N7000DXLR5
PHONE : N7000DXLR1
CSC : N7000OLBLR2
pe maksudnya ye?
Ini dah latest ICS utk Msia.
salam bro…saya dah uprade note n7000 saya kepada ics 404..masaalahnyer bro..kenapa wifi saya menjadi slow..kurang signal..lemah..thanks.
Lepas update ke ics, dah reset ke belum? Kalau belum, reset dulu tengok camana.
salam encik.. saya cuba downgrade note saya dari 4.1.2 kepada 4.0.4 seperti yang di atas. tetapi stuck kat samsung logo tu sahaja. jadi saya terpaksa upgrade balik baru lah boleh guna note saya nie.. bagaimana untuk downgrade semula dengan berjaya.. terima kasih encik. adakah saya perklu downgrade ke ginggerbread semula.
W’salam,
Normally, boot lepas flash firmware akan ambil masa lebih lama, kdg2 boleh sampai 5 ke 10 minit. Kalau masih stuck d logo masa boot, cuba flash lagi sekali.
OWh begitu… tapi saya menuju ke samsun. Di lowyat untuk downgrade.. JB ni lag sangat.. tunggu je lah official punya nanti.
Itulah yg sebaiknya. Tunggu official punya lagi bagus
wuwu.. penat saya 3 jam menunggu proses untuk downgrade.. tapi tidak berjaya.. kenapa pon saya tak tau.. kene tunggu upgrade aje lah kot.. boleh kah encik pastikan mengapa..
CODE_N7000XXLSC_N7000OXALSC_N7000XXLSC.tar.md5
JZ054K.N7000XXLSC
bro…note aku de upgrade g jb…tgk x syok aku down blik nk g ics gune odin…sume da pass tpi phone lambat nk on pasal erk..stuck kt SAMSUNG
1st time memang macam tu,.. cuba tunggu lama sikit maybe 5 – 10 minit. Kalau tak dapat jugak, flash lagi sekali.
Salam
Galaxy Note N7000 saya 4.0.4 N7000DXLR1….apa kelebihan jika saya upgrade to DXLR5?
Sorry la, saya pun dah tak ingat apa yang baru sebab dah tak guna Note lagi.
bro,
aku dah upgrade note aku ke jelly bean 4.1.2 test firmware..tp tak best..aku dah downgrade balik pada firmware yg ni pakai odin..tp bila check pakai kies die tulis current version not support to update via kies.camne tu?details after update.pda:n7000DXLR5,phone:N7000DXLR1,csc:N7000OLBLR2..aku rasa yg bahagian modem tu tak sama..camne nak buat..please help..
Cuba check CSC di Kies samada masih lagi kekal XME atau tidak. Boleh refer post saya di SINI.
ok..ptt la not support csc lain.thanks you bro..akhirnya.my phone back to normal again..
Kalau guna custom ROM memang biasa jadi camtu…
shraqs recently posted…Apple iPad 4 128GB
HAI..
sy nk tye la nape sy pya note slpas update kuar kt menu
<<unfortunately,the proces android.process.acore.has stooped.
ape masalahnye..tolong…
Normally, masalah macam ni boleh settle dengan buat factory reset.
Tuan..
Maaf slps sy flash rom, sy nk pkai cyanogenMOD 9.slpas intall dan rwbbot smua ok tp bole state menu kluar unfortunately setup wizard has stopped..mr.shraq pnh cuba x cyanogenmod no
Kali terakhir saya guna custom ROM masa guna S2.
Untuk bagi sebarang panduan memang susah sikitla,.. kena rujuk page diorang.
Salam Bro..
minta panduan..saya pengguna samsung galaxy note GT – N7000 dan saya dah terupdate ke jelly bean 4.1.2..semua nya berjalan lancar..
sekarang masalah nya device tidak boleh menerima SIM. setiap kali di On kan device akan minta “SIM network unlock PIN”. ada tak cara untuk menyelesaikan masalah ni?..
Upgrade yang test firmware 4.1.2 tu ke?
Sebelum ni pun ada yang pernah mengadu pasal masalah yang sama. Jadi, saya syorkan utk flash ke firmware 4.0.4 DXLR5 (downgrade) ikut panduan saya di atas.
Tuan..
Saya dah downgrade ke 4.0.4 DXKR5 tapi masih dengan masalah yang sama..
kali ni “Enter Network Lock Control Key”.. ada cara lain lagi yang boleh saya cuba?
BTW, Note ni ori set @ AP set? Kes macam ni banyak jadi pd AP set.
Satu cara lagi boleh cuba downgrade ke Gingerbread. Firmware boleh download dr samfirmware.com… dan kalau masih tak dapat jugak, boleh refer dari sini : http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1806486
Terima kasih byk2 atas tutorial Galaxy Note yang mudah difahami ini.. Memudahkan orang yang baru mengenali Android seperti saya untuk belajar..
Harap tutorial Galaxy Note iani selalu di-update.. :)
Peace.
Salam.. bro nak tanya.. kalau version sekarang 2.3.6 bole ker terus guna cara ni @ kena guna 4.0.3
W’salam,
Boleh upgrade terus ke 4.0.4.
BTW, untuk kali pertama, saya syorkan agar upgrade guna Samsung Kies.
boleh saya tahu kelebihan root ni?
Kalau nak diceritakan, memang banyak & tak mungkin dapat saya terangkan 100%. Semuanya bergantung kepada kehendak pengguna itu sendiri. Secara asasnya, root ini membolehkan pemilik untuk akses & mengubah ke sistem fail dlm phone. Dengan cara tersebut, terdapat pelbagai perkara menarik boleh dilakukan antaranya menukar custom ROM & etc. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, boleh browse di laman xda forum.
bila agaknye note 1 ni dapat upgrade ke jelly bean bro?dah puas ICS
Tarikh tepat tu memang tak dapat dipastikan. Yang terbaru ni, Samsung ada promote pasal premium suite upgrade yang bakal diterima oleh Note N7000 (4.1.1 @ 4.1.2),… mungkin tak lama dah kot. Sabar jelah bro.
Boleh saya tahu kenapa ya Fail..mesej seperti dibawah..diharap tuan dapat membantu saya..terima kasih
Added!!
Enter CS for MD5..
Check MD5.. Do not unplug the cable..
Please wait..
N7000DXLR5_N7000OLBLR2_N7000DXLR1_HOME.tar.md5 is valid.
Checking MD5 finished Sucessfully..
Leave CS..
Odin v.3 engine (ID:5)..
File analysis..
SetupConnection..
Can’t open the serial(COM) port.
All threads completed. (succeed 0 / failed 1)
Sebelum mulakan proses upgrade menggunakan Odin pastikan USB Debugging di phone dah di tick (Setting -> Developer Options -> USB Debugging).
x jadi la nk buat..dh ikut step2 kat atas..tp last2 kluar wrna merah dalam kotak,kluar faile,dh la lama tggu odin 2 running…nk buat cam mna ek bro?
Dah install Kies ke belum di PC? Kena pastikan Kies dapat detect & install driver dulu. Satu lagi, pastikan USB debugging dah ON di phone. (Setting -> developer -> USB debugging)
dh ikut semua step 2…sy pakai usb cable yg x ori punya,jadi penyebab gak ke bro?
Dah cuba upgrdae guna Samsung Kies tak?
shraqs recently posted…Pembayaran Ke 2 Dari AdF.ly
dekat messege kluar cam ni -
Leave CS..
Odin v.3 engine (ID:7)..
File analysis..
SetupConnection..
Initialzation..
Get PIT for mapping..
Firmware update start..
factoryfs.img
Complete(Write) operation failed.
All threads completed. (succeed 0 / failed 1)
kenapa ekk??
hai..sya mo tnya bh..apa masalah sbenar kalau kita tidak dapat download dari google play??
Boleh cuba trick ni dr Google :
1. Tap Menu > Settings > Applications > Manage Applications
2. Go to “All”
3. Scroll down to “Google Play Store” and tap to select it.
4. Click on ‘Force Close’
5. Click on ‘Clear Data’
6. Click on ‘Uninstall Updates’
7. now it is safe to click on ‘continue’ when u open the market..so go ahead.
8 Enjoy Installing/Updating your desired apps.
Alhamdulillah, akhirnya Galaxy Note saya sembuh dari sakitnya.
Semoga Allah yang membalas budi atas jasa postingan Anda.
Terima kasih Sdr. Shraqs.
Sama2. Gembira mendengarnya.
askum bro..tq so much to u sbb ur tutorial ni lah yg dlm alam maya yg pling tepat n amat membantu newbies mcm sy nie memahami n upgrade android secara ‘diy’ dgn selamat…moga bro dpat sentiasa update kan site bro nie supaya newbie mcm sy nie x sesat jalan n hp sy nie kna “brick”..tq sooo much bro..u r my lifesaver…
cant live my life without my note ever..
W’salam,
InsyaAllah saya akan teruskan update blog ni.
BTW, seronok dapat tahu post ni membantu bro…
knp sy x dpt nak unroot? odin ckp fail. sy pakai dxlr5 on rooted phone. skang sy nak unroot balik..
Boleh cuba unroot guna SuperSU,.. ada option untuk Full Unroot.
nti die akan install sndiri ke yg dxlr5 official fw?
DXLR5 tu dah dikira official firmware… cuma nak buang root je kan.
shraqs recently posted…Cara Mendapatkan Akaun Apple ID US Dengan Percuma
nak tnya sy ada s3 made in veitnam..boleh ke klo nak wat setting mcm s3 yg biasa dari sini..sbb s3 veitnam ni seting lain je
Made in Vietnam? model S3 international ke? I9300?
shraqs recently posted…Samsung ATIV Smart PC – Windows 8
MODEL I9300 NYE
Original Samsung S3 ke?
dia kata original tp made in veitnam…camner ek leh tak encik bantu…
Rasanya takde masalah kot, sebab assemble je di Vietnam.
BTW, sekarang ni guna firmware versi mana? Kalau Malaysia XME.
shraqs recently posted…Cara Cashout Google AdSense Melalui Western Union
Salam.. klau nk update latest firmware ni kene unroot dulu ke? dh lupe laa.. mls nk gune odin, data bnyk..
Tak perlu unroot, boleh buat terus. BTW, bagus buat backup dulu di Kies @ cwm..
tq2..
salam… sy nak tny, sy dah upgrade(modding) SGNote GT-N7000 sy pg android 4.1 jellybean cyanogenmod…
tapi mslhnya, sy dah xdpt guna lagi aplikasi s pen & smua aplikasi Samsung Apps yang ada dlm SGNote yg msh stock firmware… mcmmn sy nak dptkan aplikasi2 tersebut?
Setiap aplikasi dr samsung perlukan signature khusus. Kalau tak dpt download direct dr samsung apps, memang tak dpt guna. Sorry
Kalau dh update ke android 4.0.4 tuh, nanti bleh dpt premium suite cam s pen,s note yg ade kt galaxy note 2 tu kan?
4.0.4 masih lagi ICS belum Jelly Bean. Aplikasi premium d Note II hanya akan diperolehi di Note bila upgrade ke Jelly Bean 4.1. Buat masa ni Note belum lagi terima Jelly Bean 4.1. :)
Salam bro,terima kasih banyak2…hp abg sy dpt diselamatkan..hehe…selamat diupdate ngan yang baru ni..hehe..abg sy xbrani wat…saya gunakan cara odin tu..mudah dan pantas…
W’salam.
Saya tumpang gembira mendengarnya. BTW, TQ sebab mention kat sini.
salam sifu kawan nak tanye ada x application yg boleh download video dari youtube guna galaxy note..
W’salam.
Rasanya banyak aplikasi utk download video Youtube guna Android. BTW, sy tak dpt sarankan memandangkan tidak menggunakan aplikasi sedemikian. Boleh cuba search di Google Play atau Samsung Apps.
salam bro…
bro leh guna application TUBEMATE….
bleh tgk and bleh download skli..
thnx
TQ Apis sebab berkongsi.
Salam Bro Shraqs,
nak tanya, kenapa proses flash N7000DXLR5_N7000OLBLR2 mengambil masa terlalu lama? Selalunya berapa minit? Tkasih
W’salam,
Normally kalau flash sekejap je. Mungkin dalam masa 2 -3 minit. Paling lama pun mungkin takkan lebih dari 5 minit kot.
salam,saya try download odin 1.85 link yg bro Shraqs bg,sepatutnya saiz download 198mb tp bila siap download jd saiz 199kb jer,cmner ni?
Fail tu dah betul. Kena extract dulu
sori bro slh tgk daaa…jgn maree nnt cpt tua…
Salam bro..nk tny satu benda ni..skrng ni sy dah upgrade ke android version 4.0.4..kat phone ni ada bagi notification utk update firmware baru2 ni..dxlr5 kalau x salah..saiz nye just lebih kurang 26.36 Mb je..tp bila selesai download je (ikut phone) sy install la firmware ni..tp lepas auto reboot, dia ckp fail to update firmware n dia suruh try update pakai keis..dah try pakai keis pn still fail utk update..nape ye?
Ini kes sama ngan Zarul sebelum ni. Sy cuma boleh syorkan 2 cara sahaja :
1. Flash firmware DXLR5 guna Odin
2. Buat factory Reset, then cuba upgrade semula guna OTA @ Kies
Cara ke-2 tu tetap fail gak. cara pertama gak yang boleh.
yang paling best sekali 4.0.4 DXLR5 ni dah leh hantar MMS tanpa aktif Pakej Data….. yang di tunggu dah kunjung tiba. aku pun root lah Note aku.
Dah byk kali try dowload DXLR5 berjaya tapi after reboot installing fail. Then restart. Pop up ‘firmware update failed. Try using kies or contact service centre’ . First update failed. Why?
Update guna OTA ke? Boleh cuba guna Kies @ flash guna Odin.
Yup OTA. Kies file sgt besar dgn internet slow fail di tgh jln. Download file pun fail tgh jalan. Fed up. Tgu next update la. Ni minor update je kan?
Kalau macam tu boleh jadi sebab fail yg didownload tu corrupt (internet connection problem). BTW, update yg ni lebih kepada fixing bugs. Kalau takde problem, tak perlu update.
OK. Tq :-)
Most welcome. :)
salam tuan, saya pon mempunyai masalah yg sama bila nak update kepada DXLR5, boleh ke kita root dengan menggunakan dxlr2
Boleh takde masalah.
Firmware DXLR5 tu dah boleh install via OTA Isnin lepas lepas ramai yg complaint kat Samsung Centre. Germany dah dapat latest firmware bbrp minggu lps. Malaysia bila?
Latest Official FW utk Germany pun masih 4.0.4 XXLRQ.
shraqs recently posted…Tarikh Penting Android Jelly Bean 4.1 Update Bagi Pengguna Smartphone Samsung
Salam. Berapa saiz update 4.0.4 nih? Saya try download dekat 700mb. Betul ke?
W’salam
Betullah tu. Memang saiznya besar.
Untuk 4.0.3 tak sampai 400mb. Wah….lama nak kena tunggu ni….
paklim recently posted…(Alexa) Increasing Again
Nampak gayanya ada masalah utk download. 3 kali dload unsuccesfull.
paklim recently posted…(LOL) Cat Ninja
Nampak gayanya ada masalah utk download. 3 kali dload unsuccesful.
paklim recently posted…(LOL) Cat Ninja
Download dari samfirmware ke?
Guna link yg diberi. Nampak.gaya tunggu jelly bean aje hahaha
paklim recently posted…(PR1MA) Phase 1 Project Info
Rasanya itu yang terbaik.
salam bro..aku dah ikut cara semua yg bro ajar nak root note ics 4.0.4 ni.. tp bila running odin dan letakkan kernel tu di kuar failed.
Tak pasti apa isu sebenar, cuba check :
1. Pastikan CF-Kernel dah extract/unzip terlebih dulu (dapatkan dlm format .tar)
2. Ada kemungkinan juga fail CF-Kernel yg didownload dah corrupt. Cuba download semula
3. Tick Unknown Sources di GNote (Setting -> Security)
p;ease
Sorry ega lambat reply,.. cuti raya. :)
Saya andaikan ega menggunakan Galaxy Note yang menggunakan carrier unlock. Jika betul, latest update yang dikeluarkan oleh samsung akan block semua carrier. Antara cara yang dapat saya syorkan ialah :
1. Rujuk carrier (pembekal perkhidmatan) yang ega gunakan sekarang
2. Downgrade ke Firmware yang lama
3. Unlock menggunakan aplikasi Galaxy S Unlock (Google Play Link) – perlu root terlebih dahulu.
tolong saya ada problem sedikit kenapa saya habis update soware melalui via ota sukses tapi problem dijaringan n muncul notavication masukan tombol control hunci jaringan please help me
gemana cra buka tombol kunci jaringan di dxlr5
terima kasih
Kalo hantar samsung centre je utk update blh tak?
Boleh je, takde masalah punya.
dgr cite jelly bean da ada untuk note melalui OTA?tul ke?
Belum lagi. Kalau ada pun mesti custom ROM punya. Ikut sumber diorang, Galaxy S3 memang akan dapat Jelly Bean tapi tak confirm utk S2 & Note. Base on 1st testing, S2 & Note memang dapat handle Jelly Bean, tapi end productnya tak pasti. Kena tunggu Note 2 keluar dulu, tengok camana. Kalo Note 2 guna Jelly Bean, ada harapan Note akan terima update. :)
shraqs recently posted…Tips Sembunyikan Folder Dan Imej Dari Galeri (Android)
sy baru je upgrade..tp x cam x de beza pun kan..yg saya perasan keypad dah lain..bila touchwiz nk update ya?
Ibu Mifzal Arsyad recently posted…Keistimewaan Malam Lailatul Qadar
Update kali ni lebih pd bug fixes. Tang Touchwiz tu tak tau la, mungkin tak kot.
ble nak update root utk update terbaru nie…tk sabar nak menunggu,,,
Post dah siap tunggu nak release je lagi. Problemnya takde kernel root utk Msia lagi. Developernya dok bercuti skrg nih. :-)
salam..ari tu saya da try untuk update..tp odin cm lambat detect..Kies kena on jugak ke masa nk flashing tu?pastu ODin mmg amek masa lama ke ntk detect?..sy tggu dekat 20 minit tp xde apa2 pun
Ini mesti driver tak berfungsi dengan baik. Ikut step ni :
1. Connect phone ke PC
2. On Kies
3. Tunggu hingga Kies dpt detect phone,.. kalo tak dapat, buat Troubleshoot Connection (Tools -> Troubleshoot Connection error). Kies akan download & install driver utk phone. Follow instruction
4. Sambung phone semula hingga Kies dpt detect. Kalo dah dapat, maksudnya Odin akan dpt detect juga.
P/S : Masa guna Odin, jangan on Kies.
thank saudara shraqs…saya akan cuba lagi step nh..thank u sbb membantu
saya akan cuba lagi pas dpt guide nh..thank cik shraqs sbb membantu
Apa2 hal boleh maklumkan. BTW, most welcome.
bila nak update rooting 4.0.4 ICS….. camana ngan Rocket ROM? ok ke? camana nk install?
Sabar dulu,.. masih menunggu kernel baru yg compatible utk DXLR5 (Msia), kalau nak buat boleh guna kernel German..
P/S : Dah lama tak guna custom ROM sebab banyak kerja nak kena buat. Biasanya, kalau nak install custom ROM mesti buat clean / full wipe. Dan aku dah tak sanggup nak setting semua benda ulang kali, especially email :(
Aku lom guna lagi android nih….tp klau camni rasanya aku kne anta kedai member aku yg aku percayai tu dlu…hehehe
Yas recently posted…Pandalela Rinong Raih Gangsa
Ini optional je Yas. Nak buat auto update pun boleh. :)
salam..KIeS tu akan digunakan masa bila?
W’salam. Kies ni penting utk pengguna smartphone Samsung. Boleh guna utk upgrade firmware, backup dan download aplikasi dari Samsung Apps. Kies memudahkan smartphone dikenalpasti oleh PC/Laptop dan install driver.
BTW, cara upgrade firmware yg paling selamat ialah guna Kies atau OTA. Guna Odin ni bagi yang tak berapa sabar menunggu upgrade melalui Kies.
rasa mcm tak layak je aku baca post ni sbb aku xda pun hp macam ni. tp, konpem bila aku beli, blog ni aku jadikan rujukan. haha. mmg byk info pasal hp.
Oh! budu recently posted…Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam
InsyaAllah, kalu umur panjang blog ni takkan ke mana2. :)
Terbaiklah tutorial kali ni :)
Upgrade jangan tak upgrade.
Bro..kalu bawak g kedai henset suh diaorang buat leh ke? Mcm leceh je nk wat sendiri…cadang nk tukar gak ke s note ni..guna s2 skrg ase kecikkkk je skrin…hehehe..
Kalau nak upgrade Galaxy S2 boleh guna cara yang disyorkan terlebih dahulu (Kies atau OTA). Penggunaan Odin ni sesuai utk yang tak dapat update cara auto (Kies & OTA).
BTW, kalo kedai boleh je diorang buat. Apa yg pasti diorang pun akan flash jugak. :)
s2 lom ag ker?..huhu
Jebeng Otai™ recently posted…Projek Amal El Qashrin Qaisara
S2 yang paling latest masih di 4.0.3 rasanya kot. (DXLPB)
bila lah phone aku ni nak dapat 4.0 ni, tu belum lagi ntah dpt jelly bean ker x
Juan recently posted…Membuka Business Facebook Fan Page
Sekarang guna model mana bro?
Waa ade step by step guide lagi. Skrg mmg zaman Android
Drexar21 recently posted…Diskaun 10% ke atas Galaxy S3 sempena Lee Chong Wei
Untuk memudahkan. :)
amaran tue menakutkan je..siap blh jd hp gagal berfungsi.. kl nk try terus xjadi..hehee.. tgh survey plan nk bli note ni..
Penting tu ciktom. At least fikir 3-4 kali sebelum teruskan. :) BTW, Galaxy Note 2 bakal dikeluarkan tak lama lagi dah.
pe beza antara note 1 n 2 yg bakal kluar tue ek? ciktom ingt nk pi beli je b4 raya note 1 tue…kl beli 1 tue rugi ek?? jauh sgt ke beza spesifikasi? sbb rs cam lmbt je plk nk tunggu note 2..huhu… hrp dpt respon n pndgan dr pakar..hee :)
Nak bgtau pun susah ciktom sebab belum ada sebarang sumber sahih pasal specs Note yang baru ni. Semua sumber hanya bagi jangkaan saja. Persoanlly saya rasa specsnya mesti jauh lebih tinggi & mungkin juga didatangkan sekali dengan Android Jelly Bean. BTW, Note 2 akan diperkenalkan pd 29 Ogos ni di Berlin.
Nasihat saya, baik ciktom tunggu dulu. Pastu buat perbandingan. Lagi satu, harga Note yg lama pun mungkin akan jatuh lagi kot. :)
zaman android dah berakhir bagi aku sebab aku pakai iPhone 4s pulak.hehehe
Kalo camtu, lepas ni kena mula berkenalan dengan term jailbreak apa semua la plak :)
huh pening jugak hehehehe….:) dgr samsung galaxy note 2 dah nak kuar..:)
budak felda recently posted…EYRIQAZZ VS DENAIHATI UNTUK SEMUA
Proses ni sebenarnya senang. Mungkin yang nampak rumit tu sebab banyak AMaRAN yang diberikan. :)
shraqs recently posted…Tutorial Memasang Favicon Pada Genesis Theme
yang amaran tu buat org suspen jer hehehe..:) apa2 thanks bro atas info nie..:)
budak felda recently posted…EYRIQAZZ VS DENAIHATI UNTUK SEMUA
Itu wajib buat bro,.. karang tak pasal2 ada yang ambik terlalu mudah.
ha’ahbetul tu ambil terllau mudah pun susah jugak nanti hehehe..:)
budak felda recently posted…EYRIQAZZ VS DENAIHATI UNTUK SEMUA
Gadget mahal bro,.. karang ada plak yang menagis tak berlagu :)
shraqs recently posted…Tutorial Upgrade Samsung Galaxy Note Android 4.0.4 DXLR5
itu lagi satu bro, bab tu kena fikir panjang hehehe…:)
budak felda recently posted…EYRIQAZZ VS DENAIHATI UNTUK SEMUA
aku da donlod file software update galaxy note dr samsung,bole ker aku run jer terus file tu?ke ada kene wat pape lu?
Software update apa tu? Kies ke atau Firmware?
Kalau nak guna cara biasa, download Kies -> Install -> Sambung Note ke PC -> on Kies (auto detect)… pastikan sambung ke internet,.. Kies akan inform pasal ada firmware update.