Untuk mewujudkan dan seterusnya mengekalkan sesebuah blog yang stabil dan konsisten memang agak mencabar. Perkara utama yang perlu dipertimbangkan ialah apakah topik blog utama atau tema blog pilihan. Pemilihan niche/tema/topik blog yang tepat akan memberi banyak kelebihan. Secara tidak langsung, proses memantapkan struktur dan aliran blog menjadi lebih mudah. Di bawah saya senaraikan beberapa topik blog / tema / niche blog yang mampu untuk kekal evergreen berdasarkan pengalaman sendiri.
Beberapa niche/topik/tema yang anda boleh pertimbangkan:
1) Personal Blog/Quotes of Life
Laman web atau blog yang berkisarkan pada aspek kehidupan adalah antara yang mendapat sambutan yang tinggi dari segi “traffic”. Orang yang melawat blog sedemikian mempunyai pelbagai sebab. Bagi sesetengah orang, ia adalah satu hobi, mereka mencari bahan bacaan yang ringan sebagai cara untuk melepaskan tekanan, manakala bagi sesetengah orang, mereka mencari satu sudut pandangan, pendapat tentang sesuatu isu atau topik kehidupan. Apa yang pasti,terdapat banyak sebab yang sememangnya tidak ada alasan yang tertentu. Dengan mewujudkan blog yang berkaitan dengan niche ini, sememangnya mudah untuk anda mendapat pembaca dan pengikut yang setia.
2) Agama dan Kerohanian
Majoriti penduduk di dunia masih berpegang kuat kepada konsep keagamaan dan kerohanian. Sememangnya menjadi lumrah manusia, setiap kali berhadapan dengan kesukaran dalam hidup, antara pilihan yang biasanya menjadi jalan penyelesaian ialah dengan merujuk kepada konsep agama dan kerohanian. Justeru, topik blog sedemikian pasti akan menarik ramai pembaca yang setia.
3) Pemakanan dan Berat Badan
Corak hidup manusia sekarang cukup berbeza, masing-masing mengejar masa sehinggakan mengabaikan soal pemakanan, berat badan dan kesihatan. Lama kelamaan, situasi ini akan memberikan kesan buruk terhadap tahap kesihatan. Peluang ini telah digunakan sebaiknya oleh pihak-pihak tertentu yang memiliki kemahiran dan kepakaran dalam aspek kesihatan untuk mengaut keuntungan. Perniagaan dalam industri pemakanan telah berubah menjadi sebuah perniagaan yang cukup besar dan mencecah angka berbilion ringgit.
Jadi, dengan membina blog dan memilih topik blog sedemikian yang mampu memberi kesedaran dan nasihat mengenai isu-isu ini adalah lebih daripada yang diperlukan dan anda mampu menarik perhatian ramai walau apa jua pendekatan yang anda ambil.
4) Dating Site / Sosial Site
Setiap manusia yang normal perlukan pasangan, dan ianya adalah fitrah semulajadi. Membina blog atau laman web yang boleh mewujudkan interaksi antara orang yang berlainan pasti akan menarik trafik yang tinggi. Sebagai contoh, lihat laman sosial seperti Facebook, Twitter, Linkedin dan sebagainya. Apa yang pasti, dengan topik blog jenis ini mampu menarik ramai pengguna.
5) Resipi Masakan
Jenis makanan dan resipi setiap negeri/negara adalah berbeza. Mewujudkan sebuah laman web atau blog yang menggunakan topik blog ini dengan memuatkan resipi dari pelbagai budaya pasti akan menarik ramai pembaca dari seluruh dunia.
Kesimpulan
Mana-mana blog yang berkisar kepada topik-topik di atas mempunyai peluang yang cukup baik untuk berjaya. Ini adalah kerana ia berkisar tentang isu-isu yang berkaitan secara langsung dan memberi kesan kepada orang ramai setiap hari. Orang akan sentiasa mencari maklumat mengenai isu-isu ini. Walau bagaimanapun, untuk mengekalkan kejayaan anda, pastikan topik atau artikel anda mengikut aliran semasa.

saya punya blog lebih kepada pelbagai info atau apa apa saja, asalkan bukan entry copy dan paste, hehe
Juan recently posted…Subscribe to Youtube
copy & paste tak bagus utk branding & SEO,..
pasal teknologi mcm blog bro pun mantap apa..:)
aku pun ada cita-cita nak buat niche blog….:)
tuan tanah recently posted…Jersey Baru Harimau Malaya 2012
topik pendidikan pun ok gak… tapi pasal gadget2 terkini pun ramai orang duk cari..
zik recently posted…Kucing berenang, cool jer.
At least guna masa sebaik2nya. Takdela pening kepala takde keje nak dibuat kan.
My recent post Update WordPress v.2.0 Untuk Android
kalau nak stick ngan 1 niche saja memang sakit kepala nak cari ide. Pelbagai iche lagi bagus.
My recent post Update WordPress v.2.0 Untuk Android
Sya ada dua blog. Satu blog berkaitan personal yg cerita perkara yg dekat dgn saya (mymekar.com) dan satu lagi blog baru iaitu blog jalan2 cari makan (juadahmalaysia.com). Buat blog pun utk isi masa lapang sbb sya ni surirumh :-)
aku punya site is a mix and combination of personal thought + motivation + religion + finance sikit2 .. evergreen tak?
My recent post Kad Kredit & Kuasa
Yang ringan2 senang nak paham… tak payah nak pikir banyak2 kan… aku setuju tu
My recent post Etika Blogging
sama la aku, suka cari entri yg ringan2.tp kdg2 tu yg ilmiah pun baca gak.cuma tips ngan petua ni aku kureng minat sikit.huhu…
My recent post Jyoti Amge – Wanita India Paling Kerdil Di Dunia
niche mana satu tu bro? Takkan semua skali kot….
My recent post Etika Blogging
aku ada gak terfikir nak hasilkan blog isi dengan 5 point yang ada kat artikel ni. tapi tunggu bajet duit beli domain .my. kategori blog macamni menjadi tumpuan ramai.
My recent post Hasilkan kod QR (Quick Response) Pada Desktop Dengan QRGen
Ada ingredient sendiri tu bro. Itu yang jadikannya lagi special
My recent post Peluang Memenangi Produk ASUS
Blog aku masih tercari2 niche…tak reti sangat…tapi yg nyata aku dah masuk personal+berita+sukan dn lain2…kira banyak la…dah macam rojak pun ada…hehehe
My recent post ISL DiHaramkan FIFA & AFC- Safee Sali terjejas menjadi wakil negara!
yeap. yg tu la yg ramai buat :)
My recent post How To Apply A Simple And Nice Social Bar At Your Post Entry?
hoho..betul tu..aku suka semua topik. hehe..
My recent post Central South Mariner menang tipis
jangan risau bro. At least kau dpt sorang lagi pembaca tetap… aku la tu. :)
My recent post Topik Blog Yang Kekal Evergreen
itu tersangatla betul
My recent post Topik Blog Yang Kekal Evergreen
@badboo.
Boleh dkatakan ramai blogger pilih personal blog sebagai starter. Bab masakan tu, kalau kena caranya memang bleh buat bussiness…
My recent post Topik Blog Yang Kekal Evergreen
yang penting ada originality.
My recent post Topik Blog Yang Kekal Evergreen
aku pulak pasal tutorial dan berita terkini pasal it. haha
Buat blog apa pun tak susah. Yang susah ialah mengisinya dengan original content yang berkualiti tinggi.
My recent post How to add Google + Page badge to your blog
saya pilih no 1 dan 3..tapi yang 3 tu payah sikit kot..sebab belum pandai memasak lagi..hehe
kalu pasal dunia artis konfem laju traffik,… tapi kena minat la kan
kalau nak trafik banyak buat niche berita semasa..konfem mencanak trafik..kalau nak lagi tinggi buat pasal gosip artis..hehe
My recent post Percubaan pertama untuk live blogging
Apa niche kita pilih tak salah, yang penting kena rajin update dan ikut trend semasa. List kat atas tu cuma jenis niche yang pada pendapat personal aku memang takkan habis sampai bila2 pun
My recent post Topik Blog Yang Kekal Evergreen
cam blog aku lak aku lebihkan kepada tutorial n tips. tp sambil2 tu diselitkan skali ngn personal, hiburan n lain2. :)
Itu lebih kepada personal/pengalaman.
My recent post Topik Blog Yang Kekal Evergreen
blog aku tu pasal apa bro.haha, aku pun campur campur dah sekarang. lagi pun blog peribadi + info sikit sikit.
ada la jugak kan sikit evergreen dia tu..hehe
My recent post Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
Selalunya kalau kisah gossip …memang cepat naik…tapi teman lebih suka stail sendiri…seboleh bolehnya nak …create my own story dan artikel sendiri