Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Top 5 Pengeluar Smartphone Terbesar Suku Ketiga 2012

Berdasarkan data dan statistik terkini yang dikeluarkan oleh IDC (International Data Corporation), pasaran mobile phone dunia meningkat sebanyak 2.4% untuk suku ketiga 2012 (Q312). Sejumlah 444.5 juta unit mobile phone dipasarkan oleh pengeluar – pengeluar telefon dunia pada Q312 berbanding 434.1 juta unit tempoh sama tahun 2011. Perkembangan ini didorong oleh penguasaan Samsung dan Apple. Berikut adalah Top 5 Pengeluar Smartphone Terbesar Dunia Q312.

Top 5 Pengeluar Smartphone Terbesar 2012

Top 5 Pengeluar Smartphone Terbesar Suku Ketiga 2012

Top 5 Pengeluar Smartphone Terbesar Suku Ketiga 2012

Berdasarkan data di atas, Nokia tidak lagi tersenarai dalam senarai Top 5 dan membuka peluang kepada pengeluar – pengeluar lain seperti RIM (Research In Motion), ZTE dan HTC untuk menguasai pasaran. Walau bagaimanapun, Nokia masih lagi berasa di tempat kedua di belakang Samsung sebagai pengeluar terbesar untuk tahun 2012 (sehingga suku ketiga – rujuk data di bawah). Hasil daripada laporan ini dapat dirumuskan bahawa pengguna tidak lagi memilih platform Symbian, dan mereka (Nokia) sekarang berada dalam proses peralihan dari Symbian ke Windows Phone platform dan sedikit sebanyak menyumbang kepada situasi ini.

Bagi Samsung, hasrat mereka untuk muncul selaku pengeluar smartphone terbesar dunia untuk tahun 2012 hampir menjadi kenyataan setelah berada di tempat kedua untuk tahun 2011 (5 Pengeluar Telefon Terbesar Di Dunia 2011). Untuk rekod, penguasaan 31.3% oleh Samsung untuk suku ketiga 2012 merupakan kali pertama terjadi sejak Q409. Peningkatan penguasaan pasaran banyak didorong oleh model high-end produk mereka seperti Galaxy SIII.

Bagi Apple pula, walaupun iPhone 5 telah dikeluarkan, penguasaan mereka bakal menunjukkan peningkatan yang ketara pada suku ke-empat 2012 memandangkan produk berkenaan belum lagi memasuki kebanyakan pasaran di dunia.

Top 5 Pengeluar Smartphone Sehingga Suku Ketiga 2012

Top 5 Pengeluar Smartphone Sehingga Suku Ketiga 2012

Final thought

Tidak ada apa – apa yang saya harapkan selain daripada tunggu dan lihat samada Nokia dan RIM (Research In Motion) mampu bersaing dan bertahan dengan tekanan dari pesaing – pesaing yang semakin agresif dalam usaha mereka menguasai pasaran smartphone dunia. Sebagai pengguna, kewujudan pilihan yang pelbagai adalah satu kepuasan dan kelebihan yang tidak dapat digambarkan dengan kata – kata.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. Apple tempat kedua mengeluarkan produk iPhone yang berteknologi tinggi. Keluaran iPhone 5 sangat amat ditunggu2 ramai
    Mummy Akmar recently posted…iPhone 5 Gadget Impian

  2. aku tetap sokong nokia mcm mana pon
    Juan recently posted…Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Keluarga

    • Kalau kerjasama diorang dengan Windows Mobile platform berjaya dan dapat menarik pengguna, memang ada kemungkinan besar diorang akan bangkit semula. Kita tunggu suku ke-4 nanti camana.

  3. Jauhnya beza samsung dengan apple. Betul la orang kata kan sekarang ni zaman samsung bukan zaman nokia kalau di banding dulu. tapi sekarang nokia pun macam mahu meningkat balik ja. tapi tetap terbaik apple. bukan sebab apa, tetap maintain. Jatuh pun tak jatuh sangat, naik pula, memang naik gila.
    Naziman recently posted…Produk atau Perkhidmatan diinginkan dari Eizil Network

  4. jauh beza samsung dgn iphone..

    ps: nak tnye sikit yg psl note sb shraqs guna note jgk kan…em yg note 1 tue xcompatible ke dgn android 4.0? sbb ms ciktom bli tue dia dah upgrade terus..ciktom bli dgn celcom centre..tp asyik hang je..pastu bateri pun laju je abis..kwn yg guna note jenis sm tp xupgrade ok je..pendapat shraqs kenapa ek?
    cik tom recently posted…Panduan Lengkap Peperiksaan Penolong Penguasa Imigresen KP27

    • Sepatutnya takde masalah dengan ICS. BTW, ciktom guna ICS versi apa? 4.0.3 @ 4.0.4? Kalau yang banyak problem versi 4.0.3. BTW, mungkin dlm sehari dua ni saya akan keluarkan post cara utk siasat masalah bateri di Android.

      BTW, tips mudah utk kurangkan masalah hang ciktom tekan Home button lama2-> Task Manager -> RAM -> Clear Memory. (Jadikan kebiasaan).

  5. mmg sengit persaingan mereka…kene buat post mortem byk kali tu..huhu
    Jebeng Otai™ recently posted…Redbull Airforce : Jokke Sommer Lebih Ekstrim

  6. sekarang ni zaman samsung, zaman nokia dah berakhir :)
    Shahrul recently posted…Muat Turun dan Cuba Windows 8 untuk 90 hari

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*