Secara default, setiap imej dan video yang terdapat di smartphone Android akan dipaparkan di Galeri samada disimpan di dalam internal storage mahupun external storage (microSD), dan perkara ini tidak begitu menyenangkan memandangkan setiap individu mesti memiliki imej atau video yang tidak mahu diakses oleh pihak ketiga. Sudah menjadi lumrah manusia (pihak ketiga), bila melihat atau memegang smartphone, antara perkara pertama yang diakses ialah aplikasi kamera atau galeri. Untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku, sila ikuti tips mudah di bawah untuk sembunyikan folder dan imej dari galeri di smartphone Android anda.
Syarat Asas Yang Diperlukan ;
- Android 4.0 ICS
- Tidak memerlukan root akses
- Smartphone anda memiliki fungsi file browser. Cth: aplikasi MyFiles yang terdapat di model smartphone keluaran Samsung
NOTA : Tidak ada jaminan kaedah ini boleh diaplikasi di peranti yang menggunakan Android versi Gingerbread atau Honeycomb memandangkan saya hanya melakukan testing di peranti ICS 4.0 sahaja.
Langkah – Langkah Untuk Sembunyikan Folder Dan Imej Dari Galeri
- Wujudkan satu folder baharu samada di internal atau external storage (disarankan) menggunakan aplikasi file browser (aplikasi MyFiles untuk Samsung).
Cth :- MyFiles -> extSdCard -> Menu -> Create Folder -> masukkan nama Folder contoh “TOP SECRET” -> Save.

Create Folder
- Pindahkan kesemua video dan imej yang anda ingin sembunyikan ke folder berkenaan.
Cth : – Folder DCIM (imej dari kamera) -> Menu -> Move -> Select All -> selesai memilih imej yang dikehendaki -> Done -> browse ke folder “TOP SECRET” -> Done (tunggu sehingga proses Move selesai).
- Selesai proses pemindahan di atas, ubah nama folder “TOP SECRET” dengan meletakkan dot (.) di hadapan kepada “.TOP SECRET” dan Save.
Caranya :- Hold folder “TOP SECRET” untuk seketika -> Rename “.TOP SECRET” -> OK. Folder “.TOP SECRET” dan kandungan di dalamnya tidak lagi dipaparkan di file browser serta galeri.

Rename Folder
- Untuk mengakses folder “.TOP SECRET” :- File Browser (MyFiles) -> Menu -> Setting -> tick Show Hidden Files.
Ok, selesai!
Tips sembunyikan folder dan imej dari galeri ini juga boleh diaplikasikan kepada mana – mana fail, dokumen, imej atau video secara independent. Walau bagaimanapun, saya sarankan agar disimpan di dalam satu folder bagi memudahkan anda mengingatinya. Jadi, apa lagi cepat – cepatla sembunyikan apa – apa yang patut sebelum terlambat.
hi shraqs,
tqvm..its very use full..you’re the master..
saya guna app lock.apk .. senang… semua app boleh lock :)
Itu pun salah satu pilihan yang baik.
bagus juga boleh sembunyikan imej ni..baru privasi sikit kan
kimmie recently posted…Petron ambil alih Esso
wah, nmpknya ini tips mudah nih
Ha’ah! Paling mudah tak payah nak pakai aplikasi apa semua. :)
Terbaik nanti ada android boleh buat mcm ni.
Anytime bro! Ini baru yang basic.
rasa guna application pun boleh. lupa apa nama dia
sebab haritu main google.apk jumpa terus install dalam phone adik
syahrilhafiz recently posted…Wajah Baru Nuffnang : OK & Tak OK
Application memang banyak boleh guna, siap dengan password lagi :)
shraqs recently posted…Tips Sembunyikan Folder Dan Imej Dari Galeri (Android)
kalo x silap semua sistem linux leh pki mcm ni..hehe
Jebeng Otai™ recently posted…Giveaway Pertama Daddydee : Review Ringkas
Memang boleh bro. BTW, kalau ada root access boleh buat lagi advance.
Haha.. Tips untuk menyembunyikan gambar / video skandal! :D
anif recently posted…4 x 100m Wanita – Rekod Berusia 27 Tahun Berjaya Dipecahkan
Kalau ada tu cepat2 la sembunyikan… karang tak pasal2 keluar d internet :)
Aku mana ada android maa..
titan recently posted…Mencintai Ain Maisarah – Part 8
Bila nak dapatkan satu ni?