WordPress Hack atau Deface! Inilah yang paling tidak sedap didengar dan digeruni oleh pengguna WordPress platform. Baru-baru ini mobilityworlds telah di hack. Sememangnya saya agak bernasib baik kerana coder (Dr. Cruzz), pihak yang bertanggungjawab tidak melakukan sebarang kerosakan kepada fail database dan juga tidak meng”inject” sebarang malware ke dalam fail mobilityworlds. Jadi, saya amat berterima kasih kepada Dr. Cruzz kerana tindakannya telah menyedarkan saya (wake-up call) tentang peri pentingnya security di WordPress. Dengan prasangka yang baik saya menerimanya seolah-olah Dr. Cruzz memaklumkan kepada saya “…bro, di mana sekuriti ni?”.

WordPress Hack
Bertitik tolak dari kejadian tersebut, saya telah melakukan beberapa perubahan drastik, antaranya update versi WordPress yang disediakan oleh pihak hosting di Fantastico kepada versi yang terkini, membuang plugin yang berisiko, patching code dan macam-macam lagi.
WordPress Hack! Tips Sebelum Dan Selepas
Hari ini, saya telah memutuskan untuk menulis post perkongsian yang dirasakan berguna kepada rakan-rakan blogger dan pembaca yang menggunakan WordPress sebagai platform untuk berblog. Di bawah ini, saya senaraikan beberapa langkah atau kaedah yang boleh diguna pakai untuk meningkatkan tahap keselamatan blog anda. Sesetengah “patching” asas boleh membantu melindungi dan mencegah blog anda daripada di hack.
1. Backup
Ini adalah langkah pertama dan yang paling penting. Sebelum anda merancang untuk membuat apa-apa perubahan, pastikan anda melakukan backup database terlebih dahulu. Anda boleh lakukan ini secara manual melalui cPanel atau menggunakan plugin yang tersedia.
2. Update Versi WordPress Anda
Langkah kedua yang penting selepas membuat backup ialah update WordPress anda kepada versi yang terkini. Anda harus sentiasa memastikan bahawa versi blog anda sentiasa up to date.
3. Tukarkan Username Login Password Anda
Secara default, login wordpress adalah “admin” dan kebanyakan penggodam maklum akan hal ini. Kita perlu mengubah ini kepada sesuatu yang lain yang sukar untuk diteka. Perkara yang terbaik untuk dilakukan ialah dengan “delete” default admin dan membuat custom login yang baharu. Saya mencadangkan agar anda menggunakan kata laluan yang kukuh yang melibatkan kombinasi upper key, lower key, nombor dan simbol. Kebanyakan penggodam akan cuba menggunakan kaedah “brute force” untuk meneka kata laluan anda, dan sekiranya kata laluan anda adalah benar-benar kuat seperti yang saya nyatakan sebelum ini, anda tidak perlu risau.
4. Install Better WP Security plugin
Sekiranya anda memilih untuk menggunakan plugin, Better WP Security adalah pilihan pertama. Segala fungsi keselamatan blog WordPress telah lengkap.
5. Install WP Security Scan

WP Security Scan Plugin
Plugin ini adalah antara yang terbaik. Ianya mudah digunakan dan bertindak secara automatik. Ia akan mengimbas blog wordpress anda untuk mengenal pasti sebarang kelemahan dan memaklumkan kepada anda jika mendapati mana-mana kod jahat dan sebagainya. Sekiranya teks yang dipamerkan di Initial Scan berwarna hijau, maka segalanya berada dalam keadaan yang baik. Sebaliknya, jika berwarna merah, anda perlu berbuat sesuatu untuk mengubahnya.
6. Tukarkan WordPress Database Table Prefix
Pilihan ini boleh dilakukan menggunakan WP Security Scan (no.5) di atas di bahagian Database. Secara default, wordpress database table prefix menggunakan wp_. Rujuk di cPanel -> Database -> phpMyAdmin -> dan klik di bahagian wordpress database anda. Semua awalannya bermula dengan wp_. Situasi ini sememangnya diketahui oleh penggodam.
Serangan SQL Injection adalah lebih mudah dilakukan dengan penggunaan awalan yang sedia ada kerana ia lebih mudah untuk diteka. Menukar table prefix ini amat disyorkan dan anda boleh melakukannya menerusi dua kaedah. Cara manual memerlukan beberapa peringkat kerja yang rumit dan teknikal dan tidak disyorkan untuk newbie; dan cara yang kedua anda boleh gunakan plugin WP Security Scan dan jauh lebih mudah.
Klik di WSD Security -> Database. Sebaik sahaja anda berada di dalamnya, anda diberi pilihan untuk menukar nama table prefix anda kepada sesuatu yang sukar untuk diteka.
7. Elakkan Script Injection
Lindungi blog WordPress anda daripada script injection, dan sebarang pengubahsuaian yang tidak diingini. Copy dan Paste kod di bawah di root .htaccess anda;
[code]# protect from sql injection
Options +FollowSymLinks
RewriteEngine On
RewriteCond %{QUERY_STRING} (\<|%3C).*script.*(\>|%3E) [NC,OR]
RewriteCond %{QUERY_STRING} GLOBALS(=|\[|\%[0-9A-Z]{0,2}) [OR]
RewriteCond %{QUERY_STRING} _REQUEST(=|\[|\%[0-9A-Z]{0,2})
RewriteRule ^(.*)$ index.php [F,L][/code]
8. Scan Blog Anda Di Sucuri SiteCheck
Untuk mengenalpasti samada blog anda dijangkiti malware atau di blacklist, anda boleh menggunakan perkhidmatan Sucuri SiteCheck secara percuma.
9. Install Bulletproof Security Plugin
Selain daripada menggunakan plugin WP Security Scan (no.5) anda boleh pertimbangkan penggunaan plugin Bulletproof Security.
10. Gunakan cPanel dan Logik
Ini adalah logik sahaja, sekiranya blog anda di hack, sebarang perubahan akan direkodkan di cPanel anda samada di “Error Log” atau anda boleh mengenalpasti fail yang telah diubah berdasarkan masa dan waktu yang tercatat di root WordPress Installer anda.
11. Hubungi Syarikat Hosting Anda
Last but not least, pilihan ini saya letak sebagai pilihan terakhir kerana pada pendapat peribadi adalah lebih baik sekiranya kita dapat “explore” terlebih dahulu kesan daripada pencerobohan tersebut. Setidak-tidaknya dapat mempelajari sesuatu yang berguna dan sebagai mempersiapkan diri di masa hadapan sekiranya perkara yang sama berulang. Sememangnya pihak hosting anda akan menyelesaikan masalah anda, tapi adakah anda mempelajari sesuatu daripada apa yang terjadi. Biasanya penyedia hosting hanya akan memaklumkan anda perkara yang asas sahaja seperti “terlalu banyak plugin outdated” dan sebagainya.
Kesimpulan
Ini hanyalah sebahagian sahaja tips sebelum dan selepas wordpress anda di hack. Terdapat banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan untuk melindungi atau meningkatkan tahap keselamatan blog WordPress kesayangan anda daripada dicerobohi. Sekiranya ada yang ingin bertanya lebih lanjut, sila kemukakan di bahagian komen di bawah dan saya akan cuba membantu setakat yang termampu.
Perlu diingatkan adalah mustahil untuk melindungi blog wordpress anda 100% dari dicerobohi dan tips yang saya kemukakan di atas hanyalah sebahagian daripada cadangan. Diharapkan perkongsian ini dapat memanfaatkan pembaca dan pengguna blogger yang lain dalam usaha kita untuk mengurangkan risiko daripada WordPress Hack atau Deface ini.
Terima kasih kerana info yang amat berguna kepada saya, sedih betul website kena hack sekarang, dah kena deface dengan tanjung periok hacker, sabor je lah.
hafizbiz recently posted…Live report: Will Google Chrome OS change Linux?
Saya syorkan bro hafiz guna Better WP Security plugin. Ini memang terbaik.
Sekarang ni hosting sealserver dah kenakan bayaran RM25 kalau nak buang/selesaikan masalah deface/kena hack. Sapa2 yang masih dok situ kenalah pindah ke hosting yang lagi berperikemanusiaan.
Contact hosting pun tak guna..
Cikgu Hairul recently posted…Syukur lagi
Cekik darah tu. Tak lama lagi ramai akan pindah hosting kalau macam tu. Btw, thank you sebab sharing.
setuju tu.Sebaiknya selongkarlah dahulu,mana tahu dari situ kita dpt belajar dan dikemudian hari jika perkara y sama berulang senang sikit untuk dilaksanakan…
W.HabibuRahman recently posted…Surat Khabar Punya Cerita # 2
Betul tu bro. InsyaAllah kalau terjadi lagi (mintak jauh), takdelah gabra sangat. :)
shraqs recently posted…Google Memberikan Sitelinks Untuk MobilityWorlds
terimakasih banyak atas tips_nya…saya baru tau..dan saya akan terapkan.semoga gak akan kena hack lagi.
obat tradisional darh tinggi recently posted…Obat tradisional berbagai macam luka
Sama2. At least dr pengalaman sy ini dpt dijadikan panduan utk rakan2 blogger lain.
shraqs recently posted…Google Memberikan Sitelinks Untuk MobilityWorlds
info sngat menarik sbgi sy pengguna baru wp self hosting
muazfaris recently posted…Poster Islamik – Antara Pegang Awek dan Pegang Anjing
Setakat untuk berkongsi, peringatan pada yang lain jugak :)
kena ambil ikhtibar..
terima kasih atas tips tersebut
Mus recently posted…Senarai Perkhidmatan Kereta Sewa Di Sabah
Sama2
plugin wp security scan tu tak penah guna lagi..terima kasih ats perkongsian
nuriz recently posted…Video Kanak-kanak 4 tahun dipaksa lari dalam kesejukan
Sama2 :)
terbaik tips ni.. boleh digunapakai.. aku setakat patch2 dengan update version je buat..password tu je la.. hmm,usik table database prefix tu pernah baca tapi tak berani buat.. takut rosak database,lagi nanges..hoho..
Izwan recently posted…10 Blogger Cun Dan Handsome Januari 2012
Kalau nak tukar database prefix, bleh guna WP Security Scan… senang je
takat ni depa hosting mtk suri sllu tukar kata lalun huhu…lain2 katanya still bloh control lagi klu ada apa2 maslh huuu..
itu antara option terbaik, tiap 3 bulan tukar passwrd
bila baca blog org kena hack..seram gak dibuatnya..tp tiada gak tindakan susulan dibuat utk keselamatan..ehehe…
apa pun..thanks utk info
chii recently posted…Kerja Kerja
Mustahil nak atasi 100%, akan ada je cara diorang ni nak hack..
mesti akan bertalu2 htr.tak tahun ni akan dtg kena ae jaga2 huhu…
suri mau je buat lauk!
nice tips bro. bley dipraktikkn dn dikongsikan bersama. tq again :D
acapz recently posted…ANON SMS BOMBER (Malaysia ONLY)
Mana2 berguna silalah guna pakai…
info terbaik…boleh follow ni. Thanks
Shahrul recently posted…Blogr.my – Laman Baru Untuk Ping Entri Blog
Your most welcome
shraqs recently posted…Galaxy S Advance (GT-I9070)
tips yang sangat berguna. elok jadikan panduan. mohon share kat blog satu lagi, semestinya dengan kredit ;)
Amirez recently posted…Pengalaman Kena Denda di Sekolah
Boleh je. Dialu-alukan utk kebaikan bersama
shraqs recently posted…Kekayaan Apple (InfoGraphics)
Akupun pernah juga kena script injection tahun lepas.. sampai kena halau dari hosting lama.. memang menyusahkan kita kalau jadi macam ni..
kulanz recently posted…Jalan-Jalan ke Muzium Sejarah Cina, Kuching
Guna hosting apa tu? Kejam tu sampai cam tu sekali.
shraqs recently posted…Top Commentator Awards – Januari 2012
diorang hendak test market agaknya.
titan recently posted…Dua hari terakhir..
Gamaknya :)
shraqs recently posted…Galaxy S Advance (GT-I9070)
emm..camanalah leh kena hack ni. pandai betul diorang main hack-hack ye..
ohcikgu recently posted…Isu Harga Gula Malaysia Kekal Walaupun Harga Gula Dunia Menurun
kebanyakn diorang ni main ikut rembat je
perbuatan menceroboh blog org lain tetap tidak boleh di terima.. kalau dapat tangkap kita sebab bontot dia ramai ramai hehehe :)
rahman recently posted…Cina muslim juga sambut tahun baru cina
betul…. setuju :)
Tak suka dengan kes macam ni
Banyak kerja yg nak kena buat
tehr recently posted…Meraba Dalam Komuter
Takpe,.. Bleh belajar, dlm hati panaaaas jer :)
shraqs recently posted…Di Sebalik iPhone Trademark
Banyak info mengenai sekuriti w/p disini…tuk b/spot x de ke bro? Nasib bek juga yer…derang x masukkan malware /virus dlm blog bro…
yas recently posted…Banguan Simen yang LutCahaya – Jimatkan Eletrik
itula kelebihan guna blogspot. Diorang ni jarang nak kacau blogspot kecuali yang guna hosting berbayar. Kalau ada malware jawabnya lagi leceh la keje… clean install la jawabnya :(
shraqs recently posted…GoDaddy – Domain Kupon Kod Januari $1.00
wah banyak yang tak buat…cuma yang sll buat backup data jer..yang lain tak pandai hehehe
tuan tanah recently posted…Kini Genap 10 Tahun Part 1
Backup paling penting,..Guna plugin tu pun dah ok
shraqs recently posted…Galaxy S Advance (GT-I9070)
tentang update wordpress tu lah yg sy malas..nnt sy kena install semula smiley2 sy yg comel tu..tak tau lah kenapa setiap kali update setiap kali tu lah dia hilang..
adele recently posted…Double Jeopardy
Guna plugin WP Grins kan. Kalu yang tu mungkin sebab dah lama tak update. Last time plugin tu update tahun 2007.Mungkin sebab tu kot.
shraqs recently posted…Di Sebalik iPhone Trademark
bagus ni bro…dulu aku pernah jugak post pasal ni…tapi more to kawal melalui .htaccess je…hehe…
tak ingat ada lagi ke x… ngeee
nizam recently posted…Boleh Tahan Berat
htaccess banyak yg bleh lepas dah skrg ni… susah aar
shraqs recently posted…Di Sebalik iPhone Trademark
Terima kasih. Banyak juga tips yang dikongsikan sebagai security dalam blog. :)
NikThoha recently posted…Hargai Nikmat Masa Lapang
Itulah yang seronoknya dalam berblogging ni kan, dapat pengalaman baru boleh plak dikongsikan dengan rakan2 blogger yang lain. Yang mana berguna, boleh dijadikan panduan..
shraqs recently posted…Di Sebalik iPhone Trademark
Nampaknya ada hikmah disebalik kejadian yang tidak diingini itu..
Pemilik blog ini semakin peka dan perihatin dengan isu keselamatan blog dan melakukan banyak kajian mengenainya. :D
Syabas!
anif recently posted…Skim SARA 1Malaysia
Itulah hikmah di sebaliknya, banyak perkara baru dpt belajar.
shraqs recently posted…Tips Sebelum Dan Selepas WordPress Anda Di Hack!