Memiliki akaun Google AdSense merupakan satu privilege. Saya berkata sedemikian kerana hakikatnya bukan senang untuk memiliki akaun Google AdSense dan apatah lagi untuk mengekalkannya. Sejak sekian lama diperkenalkan, Google AdSense masih tetap menjadi pilihan utama blogger walaupun cuba disaingi oleh pelbagai perkhidmatan CPC (Cost Per Click) dan PPC (Pay Per Click) yang lain seperti Chitika, AdBrite, Nuffnang dan sebagainya. Antara kelebihan AdSense ialah 100% PERCUMA dan dimiliki oleh syarikat yang sememangnya cukup gah dengan namanya “Google Inc”. Jadi tidak ada sebab untuk diragui soal legit atau tidak.

Google AdSense
Personally, saya pernah mendaftar sebanyak DUA kali untuk mendapatkan akaun Google AdSense, kali pertama adalah pada tahun 2007 dan di ban pada tahun 2008. Akaun kedua didaftar pada tahun 2008 hingga ke hari ini. Sesungguhnya saya mempelajari beberapa perkara penting apabila memiliki akaun Google AdSense. Perkara pertama yang perlu dititikberatkan ialah Term and Conditions dan yang kedua ialah AdSense Program Policy yang bakal menentukan hidup mati akaun Google AdSense anda.
Oleh yang demikian, saya akan kongsikan beberapa tips penting untuk melindungi akaun Google AdSense anda ;
Simpan Sebarang Maklumat Tentang Akaun AdSense Anda Sebaik Mungkin
Jangan sesekali mendedahkan maklumat akaun Google AdSense anda di mana – mana forum, laman web atau blog kerana tindakan sedemikian adalah melanggar TOS AdSense. Sekalipun anda ingin menunjukkan bukti pendapatan, pastikan segala maklumat seperti nama dan ID anda disembunyikan terlebih dahulu. Perlu diingat, untuk memperolehi akaun Google AdSense bukanlah sesuatu yang mudah dan dengan memaparkan bukti pendapatan boleh menjadi penyebab serangan ke blog anda dari pihak ketiga yang tidak berpuas hati atau cemburu. Nasihat saya, tidak perlu dipaparkan sebarang penyata Google AdSense!
Lindungi ID Google AdSense Anda
Ketidakcekapan kita dalam melindungi ID Google AdSense boleh menyebabkan kod AdSense anda digunakan dan muncul di laman web atau blog yang tidak sepatutnya. Terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang suka membuat klon blog dengan meng “copy” keseluruhan post dan tidak terkecuali kod AdSense anda dan bagi yang ingin menyerang akaun AdSense anda pula, mereka hanya perlu menambah kod AdSense anda di laman mereka yang mengandungi bahan lucah, bahan hak cipta dan sebagainya. Sedar tak sedar akaun Google AdSense anda akan di ban oleh Google tanpa mengetahui sebabnya.
Untuk memastikan kod AdSense anda hanya muncul dalam blog anda, login ke akaun Google Adsense anda -> Adsense Setup -> Site Authentication. Terdapat pilihan untuk memaparkan iklan AdSense di laman – laman tertentu sahaja.
Jangan Menipu
Penipuan dengan menukar IP dan klik iklan sendiri akan membuatkan akaun anda di ban oleh Google. Google menjejaki alamat IP anda setiap kali proses login / log keluar dan juga IP pihak yang mengklik iklan. Jika IP ini adalah yang sama, kemungkinan besar anda menerima e-mel amaran dari Google atau lebih teruk akaun anda akan di ban.
Penggunaan teks / banner yang menggalakkan orang ramai untuk mengklik iklan juga melanggar Google AdSense TOS. Bagaimana mereka lakukannya, saya sendiri tidak pasti samada mereka menggunakan auto bots untuk melakukan pemantauan dan pengesanan. Apa yang pasti, kita takkan terlepas dari mereka.
Elakkan Bahan Yang Melanggar Hak Cipta
Pastikan setiap bahan yang anda muatkan di blog tidak melanggar sebarang hak cipta pihak ketiga, contoh :- gambar, muzik, games, perisian dan sebagainya.
Serangan Bomb Click
Serangan bomb click ini biasanya berpunca dari pihak ketiga yang dengan sengaja ingin membuatkan Google bertanggapan pemilik akaun melakukan penipuan. Biasanya mereka akan mengklik iklan anda dalam jumlah yang banyak dan secara berterusan. Untuk mengelakkan situasi ini, pastikan anda sentiasa mengambil berat prestasi akaun Google AdSense. Sekiranya terdapat aktiviti yang luar biasa (jumlah klik yang mendadak), tiba masanya untuk anda mengeluarkan kesemua iklan AdSense dari blog anda dan cuba kesan IP penyerang dan block IP berkenaan daripada akses ke blog anda.
Google AdSense Support
Penggunaan Google Support adalah langkah terakhir sekiranya akaun anda di ban oleh Google. Pastikan anda mengemukakan alasan dan bukti yang kukuh untuk dikemukakan kepada mereka. Walau bagaimanapun, selama pengalaman saya memiliki akaun Google AdSense, jarang sekali saya temui pemilik Google AdSense yang di ban akan mendapat semula akaun mereka. Tak salah mencuba nasib daripada melihat jumlah duit yang anda telah kumpulkan hilang begitu saja. Untuk maklumat, boleh rujuk pada post saudara blogger Juan dari wanwidget.com pengalaman beliau menerima amaran dari Google dan cara beliau menggunakan Google Support.
dah lali dah ken ban dengan mamat adsense nih. hhaha..
titan recently posted…Kenali blogger kacak bawah tanah – Multees.com
Ini mesti kes banyak kali dah kena ni kot. :)
shraqs recently posted…Cara – Cara Root Samsung Galaxy SII GT-I9100G – ICS 4.0.3 (DXLP6)
haha..aku jarang loginpun leh kena ban..aku tak klik pun leh kene ban..aku klik pun kena ban..apa lagi?
bom klik tu bro..bot2 yg dengki dgn pakcik google..huhu
Jebeng Otai™ recently posted…Komentator Tegar Ogos 2012
Penyakit dengki & khianat
berguna gila info ni #serius
kalaulah account aku tak disable, maybe ada peluang cerah nak simpan GA ni,,hehe tapi apakan daya, kena banned sadis sungguh…
syahrilhafiz recently posted…(Parody) Sindrom Oppa Gangnam Style Rakyat Malaysia
Aku paham bro,.. sebab aku pun pernah kena jugak dulu. :)
Dah pernah 2 kali memohon, tapi masih belum berjaya. Mungkin akan cuba lagi dalam masa terdekat.
Fadzmie recently posted…Samsung bayar saman $1.05B dari Apple dengan duit syiling 5 sen adalah satu penipuan
Cuba pelbagaikan jenis post di blog bro,.. mungkin bleh selang seli entry BI plak. Biasanya blog BI lebih mudah lepas. IMO
Risaunya..br je nak wat entry earning adsense..huhu..takut lah..lgpun earning nk kumpul kemain susah..if kena banned mmg nangus x berlagu lah…
Ibu Mifzal Arsyad recently posted…Lagu Tema Drama Adam & Hawa
Boleh je Ibu,.. paling penting ID tu jelah kena jaga bebaik. At least boleh tunjuk pada blogger tempatan blog BM pun bleh buat duit ngan AdSense.
aku dah serik dengan GA sebab 3 kali kena banned .masa tu earning dah banyak.
hatiputera recently posted…Apa itu Oppa Gangnam Style
1st time aku kena ban dulu pun sebab silap sendiri, buat group ngan geng2 international. :)
pernah apply juga, tapi permohonan ditolak…huhuhuh
kimmie recently posted…10 entri terbaik DenaiHati
Lain kali cuba lagi kay. :)
Info berguna nie. Tq ;-)
Welcome. :)
great info…permohonan ditolak lagi..adehh.. :-(
dzuandiey recently posted…10 Entri Terbaik Denaihati
Takpe, boleh cuba lagi lain kali. Manalah tau ada rezeki.
Memang ada pengalaman ngeri dengan Adsense ni.. Eraning sudah mantap akhirnya kena ban! Apa pun saya percaya kalau kita tidak melanggar TOS dan sentiasa berhati-hati, semuanya akan ok.
Encik Anif recently posted…Version 2.0 – Wordless Wednesday #50
Itu yang dirisaukan. Sedih jugak kalau earning tu dah banyak tiba2 kena ban.