Antara masalah utama yang dihadapi oleh pengguna smartphone ialah tahap ketahanan bateri, makin canggih spesifikasi sesebuah smartphone, makin banyak resource yang diperlukan. Sejujurnya, berapa lama tempoh masa bateri smartphone anda mampu bertahan sebelum recharge? Berapa ramai antara rakan – rakan pembaca yang membawa charging cable ke pejabat? Kalau dah sampai tahap tak boleh berenggang dengan charging cable, itu antara satu tanda bahawa smartphone anda mengalami masalah bateri yang serius. Untuk pengguna Android smartphone, di bawah ini saya kongsikan Tips Dan Cara Jimatkan Bateri Android menggunakan default sistem yang tersedia ada di peranti anda yang hanya memerlukan sedikit sentuhan.

Cara Jimatkan Bateri Android Smartphone
Sebelum mengaplikasikan tips yang bakal saya kongsikan, ada baiknya anda membaca post saya yang terdahulu tentang kaedah mengenalpasti Punca dan Cara Mengatasi Bateri Android Cepat Habis.
Tips dan Cara Jimatkan Bateri Android Smartphone
1. Wi-Fi, Bluetooth & GPS
Penggunaan Wi-Fi, Bluetooth dan GPS antara fungsi yang paling banyak menggunakan bateri resource. Pastikan anda hanya menghidupkan fungsi ini bila diperlukan sahaja.
2. Charging cable
Ramai yang menganggap penggunaan charging cable boleh diguna sesuka hati, asal bateri dapat charge kira OK. Perlu diingatkan bahawa setiap charging cable yang dibekalkan mempunyai spesifikasi yang berlainan terutamanya kadar arus aliran elektrik dan pin. Jadikan kebiasaan untuk menggunakan charging cable yang dikeluarkan khusus untuk sesebuah smartphone untuk mengelakkan kesan buruk dalam jangka panjang.
Selain dapat menjimatkan penggunaan bateri, kesedaran ini juga penting untuk melindungi gadget hasil dari pelaburan anda.
3. Aktifkan fungsi Power Saving
Fungsi ini boleh diakses menerusi Notification Bar atau (Setting -> Power Saving). Anda boleh tentukan mode yang diinginkan atau biarkan secara default.

Power Saving Mode
4. Hadkan Background Process
Secara default Limit Background Process ini disetkan kepada Standard limit. Anda boleh setkannya ke No background processes. ( Setting -> Developer options -> Apps ).

Limit Background Processes
5. Window, Transition Animation & Animator Duration Scale
Setkan Windows Animation, Transition scale dan Animator Duration OFF atau setkan ke scale yang lebih rendah. (Setting -> Developer options -> Drawing).

Window Animation Scale
6. Data Usage
Untuk yang menggunakan data package dari telco, anda boleh setkan Mobile data OFF. Hanya turn ON bila diperlukan sahaja. ( Setting ->Data usage)
7. Sync
Setkan fungsi Sync OFF, sekiranya anda menggunakan pelbagai jenis akaun email (GMail, Dropbox, Samsung Account dan sebagainya) atau anda boleh hadkan jenis Sync yang diperlukan sahaja. Setting ini perlu ditetapkan satu persatu. Selain dapat mengurangkan penggunaan bateri, dapat menjimatkan penggunaan data package anda. ( Setting -> Accounts & Sync).
8. Disable Bloatware
Stock firmware yang dikeluarkan oleh Samsung didatangkan sekali dengan beberapa bloatware, antaranya ialah Flipboard, Yahoo Finance dan Yahoo News (Galaxy S3). Setiap satunya akan beroperasi secara background dan menggunakan bateri resource dan data. Untuk disable, ( Setting -> Applications Manager -> All -> klik setiap satu aplikasi bloatware -> Disable ).

Bloatware
9. Screen Brightness dan Timeout
Setkan Screen Brightness ke Automatic dan Screen Timeout yang lebih rendah (mengikut keselesaan mata anda). ( Setting -> Display -> Screen ).

Screen Brightness and Timeout
10. Sound dan Vibration
Untuk setting Sound dan Vibration, disablekan semua sekali Keynotes, Touch Sounds, Screen lock sounds, Haptic feedback dan Auto haptic. ( Setting -> Sound -> System ).

Sound
Rasanya cukuplah 10. Selain dari yang saya senaraikan di atas, masih terdapat beberapa lagi cara jimatkan bateri Android smartphone antaranya ialah dengan tidak menggunakan Live Wallpaper dan dapatkan bateri spare.
Sekiranya anda masih menghadapi masalah kehabisan bateri yang serius, tiba masanya untuk anda melakukan edisi siasat.. rujuk post Kenal pasti Punca Dan Cara Atasi Bateri Android Cepat Habis.
Sekiranya anda mempunyai tips atau cara jimatkan bateri Android, jangan segan – segan untuk kongsikan pengalaman anda menerusi ruangan komen di bawah. Diharapkan dengan perkongsian ini nanti dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna Android smartphone di luar sana.
Saya guna Samsung galaxy tab 2. Nak Tanya berapa lama batery tahan eh? Terasa mcm kejap je abes. Padahal baru je beli.
nak tnye..sy pengguna S3,kenapa S3 sy mengambil masa yg lama utk fully charge..bayangkan dr jam 2 ptg sampai 6 ptg baru 17% aje.cmne tu?
Mungkin masalah charger. Cuba charger yg lain.
askum..saya baru pakai s3 blum root lagi..saya nk tanya pasal no 4 tu kita kne on kan Developer options kan..x dew effect kew kat hp..??
Takde apa kesan selagi tak ubah apa2 yang boleh jejaskan phone.
salam tuan tanah..
me pki note 1 ..br 6bln gitu..tp br hr ni 8 Jan 2013 me jumpe blog ni..
mmg aplikasi kan seme yg disenaraikan la.. hehe
tq byk2 tuan tanah sbb kongsi info yg bergune ni..
Sama – sama.
bdk2 android byk yg pakai launcher utk bg nampak lawa dorang punye UI. launcher ni kalau utk phone spec rendah mmg lag sikit. aku pun pkai android gak, segala animation/transitions aku off kan aje. habis basic haha
vibration pun aku off utk semua kecuali incoming call or sms.
ramai org charge phone masa tido, so dia over charge agaknye. lama2 bateri jadi lemah gak. aku charge phone kalau bateri dia betul2 habis. masa charge kalau dah 100% aku cabut terus charger. tapi kan, cara charge bateri macam aku bagitau ni betul ke bleh jaga bateri kita? ke mitos je?
Meuz recently posted…Minta Maaf Banyak-Banyak
Tang launcher tu memang saya setuju, buat berat phone je.
Utk charging methods,.. jujur saya katakan masih ramai yang berpegang kepada tips berkenaan sebab dah terbiasa. Kebanyakan smartphone / mobile phone sekarang tidak ada masalah overcharge kerana menggunakan Lithium bateri. Setiap kali dah full charge, secara automatik charging akan stop.
Cuma satu perkara jelah, setiap bateri ni ada tempoh recycle masing – masing, bila dah sampai satu peringkat/tempoh masa… memang perlu ditukar dengan yang baru.
Aku pkai sola, bateri built in. Mmg takleh tkr la kan?
meuz recently posted…Minta Maaf Banyak-Banyak
Sony Xperia Sola tu ke?
Ada masalah bateri serius ke?
bateri buat masa skrg takde masalah pape sbb baru beli. hehe
bateri mmg tahan lama. bukak lagu, data transfer, gps etc. bateri boleh tahan dalam sehari lebih. aku mmg selalu tgk application ape yg tgh running. kalau app yg running tu aku rse tak perlu, aku stop-kan aje. hehe
Meuz recently posted…Minta Maaf Banyak-Banyak
Kalau takde problem, kira oklah tu. Utk phone jenis built in bateri masih boleh tukar, tapi kena ke kedai la. Nak buat sendiri tu rumit kerjanya.
kenapa wifi note sy slalu putus2 ek?
Biasanya boleh settle dengan restart.
wah…banyak tips penjimatan utk s3 ni. memang sgt ‘benri’!
SR recently posted…Pasca Piala AFF Suzuki 2012 – Malaysia ditakuk lama
Kogsi based on pengalaman sendiri je…
banyak lagi rupanya cara nak buat saving bateri ni.
Mus recently posted…(Gambar Instagram) Kisah Ke Kebun Buah Tarap Di Kg. Baru Saub, Nabawan
Memang banyak bro Mus. Ini pun saya hanya senaraikan fungsi built-in sahaja dan tidak melibatkan third party apps.
Terbaik la bro awak punya tips. Setakat ni aku guna save lagi. Tq sbb sharing. :)
Your most welcome.
Jom join group Samsung CLub.
Boleh kongsikan tips2x pasal Samsung nie..
wifi dan bluetooth tu yang selalu lupa padam lps pakai
Itu memang normal bro.. selalu jugak hadapi benda sama, especially WiFi.
shraqs recently posted…Samsung ATIV Smart PC – Windows 8
ataupun beli & bawa bateri spare untuk memastikan anda terus ber”smartphone” heh :P
hafidz recently posted…Liverpool FC Adidas Organiser Bags
Bab bateri spare tu memang digalakkan sangat2 especially kalau travelling @ outstation.
chii guna samsung ace..mmg bateri skrg ni da tahap kronik..hanya mampu bertahan 3 jam je kalau on tenet..kalau x..4 jam lebih..adoiyaii…
chii recently posted…Proses Pemindahan Udang Galah
Bolehla divuba tips di atas Chii.. manala tau kot2 berkesan.
Seriusly aku lom lagi guna memana android sklipung…..adoyaiiii…btw, terima kasih krn tips ni bro….
Boleh jadikan panduan,… manala tau satu hari nanti angkat Android plak.
aku punya phone selalu jer habis bateri, tension oo
Juan recently posted…Ruang Bicara Pandangan Terhadap Prestasi Proton as National Car Maker
Heavy user kot… ha ha
ye la. bagus tip ni.hehe
p/s : blog dah berubah eh ? font menarik ni.hehe
pahan recently posted…Update paling menarik dari blog walking #1
Saiz font dulu besar sangat (84kb) yang ni jauh lebih kecil (24kb), nak kecilkan html file saiz dan ringankan loading page….
Android Smartphone yer sekarang ni ramai pakai.. Saya pakai lain! Hahha.. Thanks share~
Mummy Akmar recently posted…iPhone 5 Gadget IMPIAN
Mummy guna BB kan.
A ah saya pakai BB…apa OS nya eh? Hahaha *blur*
Pehtu dengar JellyBean lah .. mcm2 lah ..
Ketinggalan sangat ni..
sy tiada pengalaman dalam android ni..tapi bila sebut bab bluetooth tu, betul la..kena pastikan selalu off jika nak jimatkan bateri..hehe
Bluetooth memang penyumbang besar pd bateri tak kira apa2 jenis phone sekalipun
nice info bro..ada yang dah buat, ada yang baru tahu dan baru buat..thanks
Most welcome!
Guna juice defender….
Kalau guna apps, Juice Defender salah satu yg boleh dipertimbangkan. Buat masa sekarang (post) saya hanya fokus kepada built-in function sahaja.
tips yang baik. dah buat mana yang belum buat lagi kat SII buruk saya ni :)
Amirez recently posted…Cara Berkesan Hilangkan Sedu Dengan Cepat
Nanti bolehla bagi respon camana hasilnya..
setakat ni ok cuma tips #4 tu memang betul SII saya jadi kurang responsive. tapi bateri memang tahan lebih lama sekarang ni ;)
Amirez recently posted…Statistik Blog Bulan Oktober 2012
Kalau tak off pun takpe, boleh kurangkan ke 3 mungkin.
saya juga menggunakan smartphone cap ayam… bateri memang cepat abes jika selalu online.. terpaksa balik2 caj.. terimakasih diatas tips cara menjimatkan bateri smartphone.
donnyien recently posted…Giveaway hatiputera.com
Kalu guna utk browse internet memang bateri cepat habis, terpaksa terima hakikatnya. :)