Melalui post kali ini saya akan kongsikan satu lagi tips khusus bagi pengguna smartphone Android yang gemarkan muzik dan sentiasa menggunakan earphone atau headphone. Secara default, smartphone Android sudah dilengkapi dengan sistem bunyi dan equalizer yang mantap. Walau bagaimanapun, kesan bunyi tersebut masih boleh ditingkatkan dengan sedikit penambahan aplikasi ketiga.
Dalam kes ini saya akan syorkan DUA aplikasi third party yang mampu memberi kepuasan untuk halwa telinga rakan – rakan sekalian.
Equalizer
Aplikasi equalizer ini boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play dan memiliki kesan bunyi yang cukup baik. Disyorkan.

Equalizer
Beats Audio Installer
Aplikasi Beats Audio Installer ini hanya sesuai untuk rooted phone sahaja dan boleh di muat turun dari Google Play.

Beats Audio Installer
Kesan bunyi yang dihasilkan oleh Beats Audio Installer ini mungkin berbeza mengikut peranti.
Personal Thought
Saya lebih mengesyorkan penggunaan Equalizer berbanding Beats Audio Installer memandangkan kesan bunyi dan option pilihan yang ditawarkan oleh Equalizer adalah lebih banyak dan mudah untuk digunakan.
NOTA : Kesan bunyi ini hanya akan berkesan dengan penggunaan earphone atau headphone sahaja. Enjoy your music!
ini yang saya cari selama ni. terbaik bro. tengah download sekarang ni ;)
Amirez recently posted…Impiana Guest House Sedia untuk Diduduki
Kira langkah kanan la ni yer. :)
molek sangat ni, bro
terima kasih banyak
tehr recently posted…Pantun Hari Isnin
Sama2.