Sebelum ini saya pernah melakukan sedikit review tentang filem Ghost Rider : Spirit Of Vengeance, dan saya jamin ramai yang telah menonton filem tersebut dan ada pendapat masing – masing. Untuk review kali ini, saya akan buat sedikit review berkaitan dengan filem terbaharu keluaran Marvel iaitu The Avengers.

The Avengers 2012
Pada Sabtu (5 Mei 2012), selepas selesai proses return, renew dan pinjam beberapa buah buku di Perpustakaan Negara, terus sahaja ke The Mines, Serdang. Asalnya pergi ke Mines semata – mata nak main bowling dan tidak ada langsung perancangan untuk menonton filem. Tapi, disebabkan terlalu ramai di pusat bowling dan malas nak menunggu lama,.. kitorang cancel jelah niat nak main bowling. Tengok punya tengok senarai filem yang ditayangkan, takde satu pun yang berkenan, rembat je The Avengers. Personally, tak berapa minat cerita The Avengers kerana watak Captain America dan Thor. :)
Personal Review
Cerita The Avengers ini sesuai untuk kanak -kanak yang meminati watak – watak superhero seperti Captain America (Chris Evans), The Hulk (Mark Ruffalo), Iron Man (Robert Downey Jr.), Thor (Chris Hemsworth) dan beberapa watak sokongan lain seperti Samuel L. Jackson, Gwyneth Paltrow dan Scarlett Johansson.
Plot Cerita
Plot cerita The Avengers berkisar kepada peranan kumpulan yang dikenali sebagai The Avengers (Captain America, Hulk, Iron Man, Thor) di bawah SHIELD dalam usaha mereka mempertahankan bumi dari ditakluk oleh Loki (Tom Hiddleston) iaitu abang kepada Thor yang datang dari dunia lain. Untuk plot cerita saya bagi 3/5 star rating.
Aksi, Special Effect Dan Kesan Bunyi
Tidak dinafikan, aspek aksi, special effect dan kesan bunyi filem The Avengers adalah anatara yang terbaik. Saya bagi 5/5 star rating.
Watak Dan Skrip
Watak dan Perwatakan dalam filem The Avengers cukup baik kerana dibawa oleh senarai pelakon yang cukup berkaliber dan banyak melibatkan dialog yang lucu terutamanya watak Iron Man dan The Hulk. Saya bagi 4/5 star rating.
Final Thought
Saya bagi 4/5 star rating untuk The Avengers itupun disebabkan beberapa watak yang tidak begitu menyerlah seperti Thor. Watak yang paling menonjol dan menarik perhatian saya ialah Loki. :)
P/S : Tak sabar untuk menonton Filem Dark Shadows (Johnny Depp).
Trailer Iron Man 3 dah klua! Nampak macam teruk kali ni Tony Stark kena. Siap masuk spital lagi. Rumah tepi lautnya pon hancus kena tembak. Collection armornya habis terbakar. Babak-babak last seolah-olah menunjukkan Tony Stark/Iron Man akan mati…
Kulop Asfarinas recently posted…TRAILER PILIHAN: Tony Stark Mati Dalam Iron Man 3?
woah..rating yg dberikan..tinggi tu..tp smpai skrg ni x berkesempatan..ntah sape la yg nak tgk movie ni lagi
chii recently posted…Wordless Wednesday #22 – Pak Andam
Cerita bagus bg saya. :)
shraqs recently posted…Samsung Galaxy SIII – Designed For Humans And Inspired By Nature
teringin sangat nak gi tgok citer nih…tp blom ada masa lagi…=(
sollehahn recently posted…Jadikan telefon anda kalis air dengan Liquipel
Kalau macam tu kena pegi tengokla tuh :)
shraqs recently posted…Statistik Perkahwinan Pasangan Gay Yang Menggerunkan
Seperti biasa Marvel agak teliti dalam pembikinan filem superhero. Watak2 di masukkan dengan cantik dan skrip amat kuat sekali. Special effect jangan cakap la..mantop!
As usual Robert Downey Jr akan ambil centre stage. He’s a very good actor, so yg lain2 terpaksa di belakang. Still, Scarlet Johannsson turut mencuri perhatian :D Kawe bagi 4.5/5 for pure entertainment.
Dulu Lain Sekarang Lain recently posted…Gaji Minima Bagi Pekerja Di Malaysia
Scarlet Johansson memang sentiasa menarik perhatian bro :)
Huwaaa… Tak sempat lagi… Teringin jugak… Downloading in progress…
Izzuddin Fauzi recently posted…Musafir Ke Ipoh
Link dah ada,.. tapi tak berapa cantik lagi gambar :)
Dalam banyak2 review yang aku baca di lain2 blog, aku paling suka dan senang baca review ko sebab simple dan S.T.T.P
Lagi satu cara penulisan ko.
Kaki Movie ni :)
TQ, bro. Aku cuba buat STTP sebaik mungkin, lagipun kita bayar kan.. :) Bab kaki movie tu,.. depends pada genre & pelakon jugak :)
alamakaih..x der kesempatan ag nk tgk wayang.. :)
Jebeng Otai™ recently posted…Rugbi dan Lelaki Kacak
Takpe bro. Hari minggu bleh cuba pegi sat..
shraqs recently posted…Samsung Galaxy SIII Akan Menjadi Telefon Rasmi Untuk Sukan Olimpik London 2012