International Consumer Electronics Show (CES) 2013 telah pun tamat pada 11 Januari 2013 (Jumaat) lepas. Sepanjang tempoh tersebut, syarikat – syarikat gergasi teknologi dunia telah mempamerkan produk – produk teknologi terbaharu masing – masing. Sepanjang pameran tersebut, Samsung telah memperkenalkan produk – produk terbaharu yang merangkumi segala aspek kehidupan dari peralatan kelengkapan rumah hinggalah processor terbaharu mereka. Senarai terbaik dari Samsung CES 2013 boleh ditonton berdasarkan video keynote mereka di bawah.

Samsung CES 2013
Samsung CES 2013 Keynote
Menerusi video selama 1 jam 3 minit di atas, terdapat 2 produk yang mencuri perhatian saya iaitu Samsung Exynos 5 Octa Processor dan Flexible Display (Samsung & Youm).
Samsung Exynos 5 Octa Processor

Samsung Exynos 5 Octa Processor
Samsung Exynos 5 Octa processor merupakan CPU yang dilengkapi dengan 8 teras khusus untuk peranti mudah alih. Berdasarkan maklumat yang dibekalkan, CPU ini dilengkapi dengan dua cip berlainan menggunakan terma “big-Little“.
big = CORTEX A15 (high performance)
Little = CORTEX A7 (average performance)
Gabungan daripada dua cip ini membolehkan penggunaan operasi yang optimal di samping memberikan kesan grafik yang lebih baik dan penjimatan tenaga sehingga 70%.
Flexible OLED Display

Flexible Display Prototype
Seperkara lagi yang menarik perhatian ialah pengenalan kepada Flexible OLED display (Samsung & Youm). Di keynote ini, mereka turut memaparkan prototype smartphone yang menggunakan skrin melengkung.

Flexible Screen Smartphone

Flexible Screen Notifications
Bagus juga ada pembaharuan terutama pada cip pemprosesan dan skrin melengkung. Selepas ini harga-harga telefon pintar akan mula menurun dengan lebih pantas kerana permintaan ke atas teknologi terbaru ini mula bertambah. Inovasi produk akan membantu pengguna untuk mendapatkan produk pada harga yang boleh dimiliki :D
p/s: teringin sangat nak tgk skrin melengkung OLED tu walaupun berita pasalnya dah keluar tahun lepas hehe
Drexar21 recently posted…Playstation 4 dan Xbox 720 seawal bulan Mac
Nak tengok jugak macamana diorang nak optimize penggunaan skrin tu. Kalau base pd video tu takde la apa sangat setakat utk notification je.
dah boleh mula kumpul duit dari sekarang
hehe
TehR recently posted…Yang Penting
Saya tunggu dan lihat… :)
produktif sungguh nampaknya samsung sekarang ni, baik dari segi produk baru dan idea
Amirez recently posted…10 Blogger Terbaik Malaysia
Dari no 17 ke 9 dunia. Nak naik lagi tu…
mmg inovasi 2 dlm 1 tu phone dan tablet dgn skrin bleh lipat tu…kalu kuar produk ni nanti pasti ramai yg beli,tapi harga pasti melambung beb, tapi bermain di fikiran saya adakah samsung dah beli nokia??samsung dah maju ke depan,apple bila lg hehehe…..samsung mmg terbaik….
Bab harga tu mungkin ada betulnya..
terbaik dr samsung..semakin mengorak langakh utk mereka mengkongker dunia gadget
Diorang melihat jauh ke hadapan..
samsung leading nampaknya, kesian apple, hehe, canggih betul screen boleh lengkung-lengkung ni, tapi bukan nokia dah buat ke dulu screen yang flexible ni? tapi ape pun, hati saya dah berubah kepada samsung galaxy note 2, dan rumour ade cakap, screen ni akan diletakkan pada samsung galaxy s4 nnt. wah canggih beb! harga melambung lepas ni. harap samsung galaxy note 2 punya harga akan jatuh, dapat gak merasa satu benda besar letak kat tapak tangan, hehe
Dah 3 tahun samsung bangunkan flexible screen ni, tahun ni baru keluarkan prototype.. itupun lepas guna teknologi dr Youm. Tang Nokia tu plak, tak pasti camana sebab ada tengok prototype diorang tempohari lebih pada ketebalan screen.
Apa pun, nak kena tunggu dan lihat di peranti sebenar nanti.. baru boleh nak kaji lebih2.
shraqs recently posted…Official Jellybean 4.1.1 Firmware Galaxy Note 10.1 (GT-N8010)
tak sabar nak tengok kemunculan telefon yang pakai skrin ni. tunggu~~~~
Semakin canggih produk Samsung ni.. Pesaing mereka pasti tidak akan berdiam diri.
anif recently posted…Duit Poket – Mencatat Penerimaan Dan Perbelanjaan
Ini baru dipanggil inovasi, takdelah statik je.
shraqs recently posted…Who’s The Boss
betul tapi tak rasa laju sangat ke diorang keluar produk, nnt jadi macam nokia dulu.
nazray recently posted…Luka | Ainan Tasneem | Lagu baru.
Saya ni plak risau sebab diorang keluarkan terlalu banyak dengan specs hampir sama. Kalau laju dan maintain kategori sama rasanya masih boleh diterima kot.