Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Tarikh Istimewa MobilityWorlds – 23 Disember

Hampir 5 hari mobilityworlds sunyi sepi tanpa mengeluarkan sebarang post terbaharu sejak 23 Disember 2012. Dalam tempoh tersebut, macam – macam perkara berlaku.. so, apa istimewanya tarikh 23 Disember untuk MobilityWorlds? Jujur saya katakan, tarikh ini cukup bermakna bagi saya dan blog ini khususnya.

23 Disember

23 Disember

23 Disember

Paling penting, tarikh 23 Disember merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan saya (kali ke berapa tu jangan tanyaRAHSIA).

Yang ke dua, tarikh 23 Disember juga merupakan tarikh ulang tahun pertama untuk blog MobilityWorlds. Kali pertama mendapatkan domain dari Namecheap pada tahun 2011, memang disengajakan memilih tarikh berkenaan untuk memudahkan saya mengingati tarikh untuk proses renew.

Rangkuman Kisah Dari 23 – 28 Disember 2012

Seperti biasa, setiap kali ulang tahun perkahwinan, kami suami isteri akan bercuti. Kadang – kadang melancong dan kadang – kadang melencong tak tentu hala. Untuk tahun ini, saya dan isteri banyak habiskan masa bersama di rumah dan jalan – jalan di kawasan sekitar Kajang dan Bangi sahaja memandangkan banyak lagi tempat yang menarik di kawasan ini belum lagi kami explore. Antaranya, tempat – tempat makan yang menarik. (akan saya kongsikan menerusi post yang akan datang).

Apa hadiah anniversary? Tahun ini saya dapatkan iPhone 5 untuk isteri memandangkan minatnya kepada Apple sudah mula membuak – buak kembali sejak mendapatkan iPad mini.

iPhone 5

iPhone 5

Bila dah dapat iPhone 5, secara tidak langsung Galaxy Note N7000 terpaksa dilepaskan, karang pening kepala nak uruskan smartphone banyak – banyak mengalahkan businessman la pulak.

Perancangan Untuk Tahun 2013

In Shaa Allah! Untuk tahun 2013, saya akan cuba kekalkan niche blog ini sebagaimana sekarang dengan memuatkan isu – isu yang berkaitan dengan perkembangan teknologi semasa di dunia dan Malaysia khususnya. Tips dan trick yang berkaitan dengan mobile platform seperti Android akan diteruskan seperti sediakala dan mungkin akan ada penambahan terhadap isu yang berkaitan dengan platform iOS (iPhone) dan tidak ketinggalan, isu – isu yang berkaitan dengan platform WordPress yang menjadi tunjang kepada kewujudan blog MobilityWorlds ini.

Terima Kasih

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan – rakan blogger dan pembaca di MobilityWorlds yang tidak putus – putus memberikan dorongan kepada saya samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Selamat Tahun Baru, Panjang Umur & dimurahkan rezeki oleh Nya.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. tahniah…harap tak lambat sangat wish ni, saya doakan semoga perkahwinan kekal hingga akhir hayat dan blog ini terus berkembang maju.

  2. Tahniah bro utk 2 kes yg serentak =)

    Moga kekal bahgia bersama isteri tersayang yer dan iphone 5 tu mmg hadiah sempoi punya…terbaiklah!

    Kekalkan niche ni bro…best!
    hafizmd recently posted…Edisi Ringkas Ambil Kesempatan 10 Blogger Terbaik Malaysia 2012

  3. aku harap ko terus tulis kat blog ko ni. jangan berhenti aa..
    titan recently posted…Tahun 2012. Sayonara.

  4. selamat menyambut ulang tahun perkahwinan bro. semoga hubungan bro dan isteri berkekalan hingga akhir hayat
    Ladfe Amir recently posted…Ranking Ladfeamir.com Di Hujung Tahun 2012

  5. Selamat ulang tahun untuk segalanya ya!
    Semoga segala perancangan dapat dilaksanakan ya!
    8-)

  6. Terima kasih owner kerana kesudian meng update mengenai teknologi terutama dunia komunikasi. Jasa anda sentiasa di kenang semua.
    HARIMAU MALAYA recently posted…Fans have made unanimously decision

  7. Tahniah bro dan hppy annaversary :)
    WRizuan recently posted…Unifi @HyppTv Alami Gangguan ?

  8. tahniah
    semoga sentiasa gembira dan bahagia
    TehR recently posted…Apa Maksud Incoming Links?

  9. Tahniah bro dan heppi annaversary
    Cikgu Hairul recently posted…Tanah Runtuh di Bukit Setiawangsa

  10. Sampai sekarang tak dapat pegang lagi iphone 5, tak terasa nak beli tetapi terasa ingin merasa ringanya seperti orang duk kata.

    Tahniah untuk anniversary.
    Izzat Aziz recently posted…Resolusi 2013 #2 : Kearah Kehidupan Yang Lebih Sihat

  11. Tahniah bro…moga ALLAH merahmati n meredhoi apa yg kita lakukan…

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*