Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh NASA, pada 5 Mei 2012 (hari Sabtu) ini merupakan tarikh kejadian bulan penuh “supermoon” yang istimewa untuk tahun ini. Pada tarikh dan hari tersebut, kejadian bulan penuh akan kelihatan 14% lebih besar (supersize) dan 30% lebih terang berbanding bulan – bulan yang lain.
Menurut space.com, kejadian supermoon ini dikaitkan dengan “supermoon equation” iaitu pada hari Sabtu ini menandakan “perigee” bulan – merujuk kepada saat di mana bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi. Dalam tempoh setahun, perigee bulan akan berlaku sebanyak 12 kali dan hari Sabtu 5 Mei nanti adalah perigee bulan yang paling hampir dengan bumi berbanding 11 bulan yang lain. Untuk memudahkan anda memahami proses perigee bulan, tonton video di bawah;
Pastikan anda melihatnya ketika ia berada di ufuk atau dibayangi oleh objek – objek tertentu. Jika tidak, kemungkinan besar untuk anda membezakan saiz “supermoon” dengan kejadian bulan penuh pada bulan – bulan yang lain tidak begitu ketara.
Jadi, ini adalah masa yang cukup sesuai untuk anda mengeluarkan segala kelengkapan yang anda miliki untuk merakam kejadian supermoon tersebut. Keluarkan binokular, kamera DSLR, kamera digital, smartphone dan sebagainya. Dalam masa yang sama berdoa supaya cuaca terang untuk membolehkan anda mendapatkan kualiti gambar yang berkualiti.
NOTA : Di Malaysia, waktu bulan penuh ialah pada tarikh 6 Mei 2012, jam 11.35pm
UPDATE : Tidak dapat merakam gambar yang baik disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan :(
tak sabar nak tengok malam ni..
Din recently posted…Menonton Perlawanan, Kelantan VS Singa. eh, Lions XII Lah !
xdan nk tgk..hujan selebat2 nya..
Jebeng Otai™ recently posted…Wireless Charging
Moga-moga dapat ambik gambar. Petang ni ada di PD.
Cikgu Hairul recently posted…Masih Ada Yang Percaya
Klau dpt snap tepi pantai mesti cunlah
shraqs recently posted…Di Mana Nak Dapatkan Profesional WordPress Theme Percuma
sini hujan lebat, memang susah la nak tengok..
syahrilhafiz recently posted…Tutorial Cantikkan Terminal Di Ubuntu ANDA Dengan Welcome Message
InsyaAllah esok terang..
keluar dslr, tapi pastu tak tahu guna..macam mana tu?? hehee….
Hentam sajalah Bard, selagi ada keluar gambar,.. jadikla tu :)
macam mana nak rakamkan klulah hp kecil jer hee…
pstt..sy suka tgok cerita org putih kt rumah depa ada loteng atas rumah tu.pastu anak2 depa teropong bulan nd bintang.kedaan waktu tu saya tgok rasa cam sweet sangat hee..
suri recently posted…Masa Untuk Berehat
Takpe suri,.. yang penting pengalaman tu. BTW, sy setuju pasal situasi dlm cerita mcm suri gambarkn tu. Kalau di luar bandar, blehlah tengok bintang kat langit, di bandar ni,.. apa pun susah nak nampak…
sah ingatkan supermak ker adui hee..dah ni baru paham apa tu supermoon
suri recently posted…Doa Ketika Terkejut Dari Tidur
Kasik gempak nama :)
keajaiban sungguh mengkagumkan umatnya..
suri recently posted…Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_04/2012
Kejadian yg unik nih. At least kita sedar besarnya ciptaan Tuhan. Tak gitu?
semlm bulan sangat cantik..kalo esok malam..lg la kan..tp sygnya..xde equipmnt yg sesuai tuk amik pic T____T
chii recently posted…Hubungan Antara Buah Dan Manusia Sejagat :p
Dpt tengok pun jadilah chii :)
Tak pernah aku sempat ambil gambar fenomena ni
Harap2 ada kesempatan nanti
tehr recently posted…Alah Bisa Tegal Biasa
InsyaAllah kita sama2 cuba tunggu & tengok.
esok ni kan, kena tggu nak tgk
Juan recently posted…Pengumuman dan Pelaksanaan Kadar Gaji Minimum Sektor Swasta 2012
Mintak2 tak hujan @ mendung.. mesti best punyalah.