Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Stop SOPA

Stop Online Piracy Act (SOPA). Sekarang ini semua media network yang utama sibuk memperkatakan tentang isu ini. Perlukah kita ambil tahu tentang isu ini? Sebagai blogger, apakah kaitannya SOPA dengan kita? Saya bukannya menetap di US, apa kaitan SOPA dengan saya? Apakah peranan saya dalam kempen stop sopa?

SOPA atau Stop Online Piracy Act ini diperkenalkan pada 26 Okt 2011 oleh Perwakilan Lamar Smith (R-TX) dan kumpulan yang terdiri daripada 12 penaja bersama yang lain. Ia kini didengar dalam House Judiciary Committee, dan jika ia diluluskan, ia akan dibawa ke Dewan untuk proses pengundian. Selepas melalui Senat, dan jika diluluskan ia dialirkan kepada Presiden.

SOPA diperkenalkan bertujuan untuk mencegah pelanggaran hak cipta dan penyebaran haram kandungan melalui laman web. Sekarang ini kita masih bebas untuk menghantar/mengupload sebarang jenis kandungan yang berbeza dan kontroversi, termasuk kandungan copywritten dan cetak rompak. Jika SOPA diluluskan, situasi sekarang pastinya akan berubah.

SOPA diperkenalkan bertujuan untuk mencegah pelanggaran hak cipta dan penyebaran haram kandungan melalui laman web

Sebagai contoh, laman Youtube; Youtube tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang jenis kandungan atau video yang diupload selagi pengguna mematuhi TOS mereka, tetapi, berdasarkan SOPA, Youtube mesti bertanggungjawab ke atas setiap bahan copyright yang diupload oleh pengguna ke laman mereka. Sebarang pelanggaran akta ini boleh membawa kepada laman seperti Youtube, Facebook, Twitter, Stumbleupon, Reddit dan laman-laman utama yang lain berkemungkinan besar akan ditutup atau disaman kecuali mereka menapis kesemua kandungan di laman mereka.

Segala kebebasan, inovasi, dan peluang ekonomi yang kita perolehi melalui internet akan terjejas. Kemungkinan besar laman-laman yang biasa kita lawati setiap hari akan dihalang begitu juga dengan link atau kandungan yang kita kongsikan di laman-laman sosial akan ditapis dan dihalang.

Adakah SOPA akan menjejaskan Blogger di Malaysia? Jawapannya YA! Blogger akan kehilangan search trafik dari US sekiranya kandungan blog mengandungi unsur-unsur copyright dan secara tidak langsung menjejaskan ad revenue.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang SOPA, rujuk video di bawah;

PROTECT IP / SOPA Breaks The Internet from Fight for the Future on Vimeo.

Maklumat tambahan, rujuk laman americancencorship.org. Sebagai blogger Malaysia, jom beramai-ramai maklumkan rakan-rakan anda di US supaya bertindak untuk menghentikan SOPA. Kita mampu mengubahnya! Apa kata rakan-rakan blogger sekalian? Jom kita sokong beramai – ramai kempen stop sopa ini.

UPDATE : Website Strikes On SOPA PIPA

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. susah gak…pasni xde lagi jutawan internet ..eheehe
    chii recently posted…Apa Yang Penting..Kerjasama

  2. lanun zaman moden :)
    adamfaiz recently posted…Jangan Bikin Panas!!

  3. macam ni makin bertambah la kerja peguam, hakim nak kendalikan kes
    banyak sangat ni
    tehr recently posted…SBPA Disemak Semula

  4. adusss… sakit jugak ekkk kes nih.. kalau mcm kes bagi kredit
    lagi ler diorang boleh suspended.. kacau2…
    nurmisnan recently posted…Merawat sakit belakang dengan senaman Qigong

  5. Harus sama sekali dihentikan!
    acapz recently posted…Laman Web Rasmi Sony Picture Dan Facebook Page Digodam Oleh Anonymous

  6. jika akta ini lulus, memang akan menyekat semua kebebasan yg kita ada sekarang. mungkin takde lagi blog masa tu.
    kimmie recently posted…Dato Siti Nurhaliza di History Channel

  7. kalau kat malaysia..ramai dah blogger kena saman nanti..
    ohcikgu recently posted…Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) – Sekolah Menengah

  8. nasib baiklah hanya di US kan..
    bardboo recently posted…Rumah Wardina Safiyyah Kena Rompak

    • Kalau dikuatkuasa di US memang akan berjangkit habis. Cth mudah cam WordPress,.. kalau ada blogger yg guna platform WP pastu buat blog yg kongsi pirate, lagu, video etc etc.. WP akan kena,.. kalau banyak camtu takut nanti WP akan down
      shraqs recently posted…Samsung Di CES 2012

  9. Tak best la berblog nanti
    Mekar recently posted…Cara Pasang Favicon diblog WordPress

  10. sedih jugak kalau macam ni kan…susah la…harap dihentikan..ataupun dia buat la setiap yg pirate ni diberikan kredit kepada owner asal..
    nizam recently posted…Pelaburan Emas Semakin Meningkat

  11. Nasib baik skg ni cuba dilaksanakan di US…tapi mende ni kalau berjaya dan diperluaskan sampai ke sini….Alamatnya ramai ler yg syusah cari makan…tapi aku rasa org2 kat sana lagi membangkang kuat kot…(dgn harapan laa)
    yas recently posted…Keputusan Terkini Badminton Terbuka Malaysia 2012

    • Bab undang2 camni memang banyak datang dr diorang (US), tahun 2009 dulu FTC (Federal Trade Consumer) perkenal peraturan yang kita (pemilik blog/website) kena isytihar “Disclosure” kalau ada buat review atau jual barang/promote ke apa semua tu. Tapi yang tu okey la sebab nak jaga pengguna, kalau yang ni memang parah la.
      shraqs recently posted…Root Untuk Asus Transformer Prime Kini Online

  12. mane boleh stop sume…harap2 x la sebab susah la nanti

    Wira Chomel recently posted Cinta Itu Indah, Andai Dibajai Zikrullah

  13. hai..sedih jiwa bgni :(
    suri recently posted…Adakah Kita Kawan?

  14. wah mmg berat.agaknya cam picture tu yang dair laman mereka klu kita amik kena block gak..mmg mendatangkan maslah pada blog2 cikai cam kita nih huu
    suri recently posted…Belut Elektrik Part II

  15. jika diluluskan..hilang la “seni” online hehehe
    tuan tanah recently posted…Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Terbaik Asia

  16. Hanya tunggu & lihat perkembangannya dari jauh.. Yang tentangan daripada komuniti online memang hebat!
    anif recently posted…Bertukar Kepada MPV?

  17. mereka takkan berjaya sekat 100% rasanya…
    Shahrul recently posted…Boleh ke Kita Sekat Internet Piracy?

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*