Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Statistik Perkahwinan Pasangan Gay Yang Menggerunkan

Bila sebut sahaja perkataan gay (memiliki tarikan seksual sesama jantina, khususnya lelaki), secara tidak langsung terlintas di fikiran kita tentang akronim yang sinonim dan panas diperkatakan dalam politik negara kita pada hari ini iaitu “LGBT” atau ringkasan untuk Lesbian, Gay, Bi-seksual, dan Tri-seksual. Jangan risau,.. post ini bukan berkisarkan politik tanah air sebaliknya saya ingin menarik perhatian rakan – rakan pembaca di mobilityworlds untuk berkongsi statistik perkahwinan pasangan gay di Amerika yang cukup menggerunkan pada pandangan saya.

Berdasarkan statistik hasil dari dapatan undian yang dilakukan oleh Pew Research Center mendapati sokongan terhadap isu perkahwinan pasangan gay ini telah mengalami satu anjakan yang dramatik dan dalam tempoh 10 tahun lepas, dengan lebih ramai orang di Amerika sekarang menyokong berbanding yang menentang.

Peratusan Menyokong & Menentang Perkahwinan Pasangan Gay (10 tahun)

Peratusan Menyokong & Menentang Perkahwinan Pasangan Gay (10 tahun)

Peratusan Bedasarkan Generasi

Peratusan Berdasarkan Generasi

Berdasarkan statistik di atas, generasi yang paling ramai menyokong perkahwinan pasangan gay di Amerika adalah generasi yang terdiri dari generasi millenium yang lahir selepas tahun 1981.

Peratusan Berdasarkan Demografi Agama

Peratusan Berdasarkan Demografi Agama

Dari sudut agama dan kepercayaan, golongan yang paling tinggi menyokong perkahwinan pasangan gay ini terdiri dari golongan yang tidak berkaitan dengan mana – mana agama atau kepercayaan (Atheis).

Peratusan Aspek Jantina

Peratusan Aspek Jantina

Sokongan di kalangan lelaki dan wanita adalah sama. Kedua – duanya menunjukkan peningkatan sokongan terhadap isu perkahwinan pasangan gay.

Final Thought

Selaku penganut dan pengamal ajaran agama Islam, sememangnya kita sedia maklum tentang ketegasan hukum Allah terhadap pasangan yang mengamalkan cara hidup songsang dan yang bertentangan dengan norma atau fitrah semulajadi manusia yang diciptakan secara berpasangan, yakni lelaki dan perempuan. Ingat kembali kisah bencana yang ditimpakan oleh Allah S.W.T ke atas kaum Luth yang mengamalkan amalan hubungan songsang dan seterusnya ingkar kepada seruan Nabi Luth a.s. untuk kembali beriman kepada Allah S.W.T.

Malahan, dalam mana – mana borang pendaftaran yang saya jumpa sehingga ke hari ini belum lagi terjumpa bahagian klasifikasi jantina yang memiliki 3 ruang pilihan cth : 1.Lelaki 2. Perempuan 3. LGBT.

Berdasarkan statistik di atas, dapat saya rumuskan bahawa faktor pegangan agama dan didikan agama adalah cukup penting. Janganlah kita sekadar mengaku sebagai “pengikut agama Islam” semata – mata, sebaliknya jadilah “penganut dan pengamal ajaran Islam”.

Hanya 10 tahun diambil untuk mengubah pandangan masyarakat di Amerika dari menentang kepada menyokong perkahwinan pasangan gay dan ini benar – benar menakutkan. Apa kata rakan – rakan sekalian?

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. Statistik yang menarik bagi penggemarnya.
    Adakah TOPMAN kategori gay ?
    nizamghazi recently posted…Education Yang Tertinggal : Going Back To Ipoh Anonymously

    • Style pemakaian tak menggambarkan “status” orang kot. :) Ikut keselesaan. BTW, aku ni mungkin generasi yang dah lama,.. tetap setia ngan 501. :)

  2. Asasnye mmg jelas yg ia melanggar hak fitrah kejadian manusia…tu yg aku hairan bila di negara kita ni, masih ade manusia yg beragama islam sanggup sekongkol utk memperjuangkan kebebasan utk lgbt…

    semuanya konok bebas bersuara dan menuntut hak masing2
    hafizmd recently posted…Kalau ada pondok di ladang…

  3. tgok depa dh geli eii…sb tak takut hulum Tuhan…
    suri recently posted…Bila Kakiku Melangkah..

  4. fuh..menggerunkan seh statistik ni..harap2 tidak merebak di sini..
    chii recently posted…Wordless Wednesday #22 – Pak Andam

  5. bagaimana dengan lesbian, xder data kah
    Juan recently posted…wanwidget melancarkan aplikasi android yang pertama

  6. sama2 la kita cuba membanteras mende ni…x boleh nak control orang lain, cuba buat kat saudara terdekat je. kalau semua orang buat mende sama, x jadi la mcm ni. logiknya mcm tu tpi mustahil utk keluar result mcm tu dengan suasana skang ni…bila semakin ramai, itu yg buat mereka berani menuntut hak :)
    APAN recently posted…10 Penjelmaan Misteri Dalam Foto Di Malaysia

  7. kene berhati2 sapa yg kita sokong…mereka memperjuangkan hak lgbt atas dasar hak asasi manusia..
    Jebeng Otai™ recently posted…Wordless Wednesday : Medan Samudera

  8. Takut memang takut. Tapi kita kena juga hadapi situasi ni. Kebelakangan ni, budaya tu dah semakin diterima masyarakat. Malahan ada juga golongan secara terang-terangan menyokong dan menempelak orang yang menentang. Sebagai orang islam, dakwah dakwah dan dakwah tanpa jemu.. itu je la yang mampu kita buat. Kalau pihak berkuasa ada cara yang lebih berkesan untuk menentang, itu lebih baik.
    Cikgu Hairul recently posted…Apabila Maksiat Semakin Biasa

  9. okk. ini memang ngeri dan geli.
    titan recently posted…The Power of SEO.

  10. ini lah padah nya jika manusia telah dikalahkan dengan dunia.

  11. klu hudud itu di bentuk pasti org akan gerun silap bulan nak curi org takut…

  12. balik pada zaman nabi luth. nabi tidak mengaku umat bagi lelaki yang suka kepada lelaki, ada yg berpendapat ada juga pelajar sekolah yg cenderong pada mcm ni.

  13. di negara kita ada pihak yang memperjuangkan LGBT sedangkan ALLAH telah menurunkan bala kepada umat terdahulu yang mengamalkan seks songsang. sedih bila ada umat islam yang masih tak faham . mereka tak baca Quran agaknya
    rahman recently posted…Bulavkus USB flash drive berbentuk pin

  14. Ahli neraka semua ni

  15. Masalah gay kat Msia pun sudah parah gak.. cuma tak kahwin je…
    adamfaiz recently posted…Kerana Garmin Ku Sisih Galaxy

  16. Atoi… Ini telah melanggar hukum alam… Kiamat~~~
    Izzuddin Fauzi recently posted…Sesi ‘Makan Anggur’ dan Tidur

  17. Keterbukaan hak asasi yang telah disalahgunakan!
    anif recently posted…Bila Tiba Musim Peperiksaan

  18. statistik yg mengerunkan… dan mula menular ke asia terutamanya negara kita…. so semua pihak dan individu kena bertanggungjawab mencegahnya mengikut kemampuannya…

  19. tunas dah nampak di negara kita ni
    kalau tak dihalang, memang akan berkembang biak nanti

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*