Saya akui, selepas 23 Disember 2012 dan mengeluarkan 2 review tentang iPhone 5, blog ini jarang mengeluarkan post baharu. Bukannya takde post atau ide baru, cuma sibuk dengan urusan dunia nyata, maklum sajalah awal tahun. Menerusi post istimewa 23 Disember yang lepas, saya janjikan akan mengeluarkan post yang berkaitan dengan tempat kediaman saya sekarang, kawasan Bangi dan Kajang. Memandangkan sepanjang bercuti hujung tahun lepas dari 23 – 28 Disember dengan menghabiskan masa di rumah, kami membuat keputusan untuk mengenali lebih lanjut tentang kawasan Bangi, khususnya tempat – tempat makan yang terdapat di sekitarnya. Sasaran pertama kami ialah Sempoi Coffee.
Sempoi Coffee

Sempoi Coffee
Jujur saya katakan, walaupun sudah setengah tahun tinggal di kawasan Kajang dan Bangi ini, masih banyak tempat yang belum kami terokai. Sepanjang tempoh cuti tersebut, kami banyak menghabiskan masa dengan mencuba tempat – tempat makan di kawasan Bangi. Pilihan pertama kami ialah Sempoi Coffee.
- Lokasi : Sempoi Coffee, Paragon Point, Seksyen 9, 43650 B.B.Bangi, Selangor.
- E-Mail : [email protected]
- Website : http://sempoicoffee.com/
Nak dijadikan cerita, sebelum singgah di Sempoi Coffee ini, kami telah membuat beberapa persinggahan di dua buah restoran yang lain. Tak sampai 5 minit, kami terus keluar disebabkan tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan. Puntung rokok dan tisu di lantai, meja tak dibersihkan, dan yang paling kurang enak ialah keadaan udara di persekitaran restoran yang lembab dan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.
Keadaan ini jauh berbeza dengan Sempoi Coffee. Sesuai dengan slogan mereka “Business, Friends, Leisure“.
Dipendekkan cerita, sudah 3 kali kami bersarapan di restoran tersebut dan menu yang disediakan cukup memuaskan ditambah pula dengan servis yang cekap dan terbaik.

Breakfast Menu

Lempeng
Kepada rakan – rakan blogger dan pembaca yang secara kebetulan berada di persekitaran Bandar Baru Bangi, jangan lupa untuk singgah di Sempoi Coffee,.. saya jamin anda akan berpuas hati.
menu nampak macam best bro….plus berdih..:)
budak felda recently posted…“Jom Sertai Projek Bloglist 2013 MQ-Network”
Boleh tahan menu diorang..
dah lama betul tak makan lempeng ni..
Sekali sekala pekena lempeng memang best jugak.
wah, tengok gambar pun dah rasa puas hati apatah lagi kalau makan kat sana.
Amirez recently posted…Majlis Tahlil Arwah – Pro dan Kontra
Itula kan,.. kalau persekitaran bersih, servis bagus… mahal sikit pun kita tak terasa sangat. BTW, harga diorang berpatutan.
Terliur ambe…sayang kat sini takde pulak jual menu breakfast camni… =)
hafizmd recently posted…Jadual Liga Super Malaysia Musim 2013 | Bola Sepak
Saya makan garlic bread tu je bro hafizmd. Yang lain tu teman sy yang makan ha ha
peh..jarang jumpa kedai jual lempeng sekarang.
titan recently posted…Komisen ke 9 dari Jobdirumah.com
aku belum pernah jumpa kedai jual lempeng
biasa makan buat sendiri kat rumah je
tapi dah lama benar tak makan lempeng ni
hehe
TehR recently posted…Amaran Ribut Tropika Sonamu
Nak buat sendiri confirm tak habis.. test je kat kedai.. alang2 dah ada.
hehe…kalau cikgu ke terengganu, ada satu kedai lempeng kat rhu renggeh, marang..mmg specialist lempeng kelapa =)
hafizmd recently posted…Jadual Liga Super Malaysia Musim 2013 | Bola Sepak
Mak aih… Lempeng kelapa tu,… Bestnya.
Itu yang kasi test tu,.. jarang nak jumpa.
macam best je makanan die, nanti pegi Bangi blh singgah ni
Shahrul recently posted…Jom Undi Rakan Blogger di Social Media Awards 2013
Menu pagi diorang memang sempoi..
shraqs recently posted…Samsung CES 2013 Livestream