Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh IDC (International Data Corporation) – smartphone market share 2012, pasaran mobile phone dunia pada suku kedua tahun 2012 telah dikuasai hampir separuh oleh Samsung dan Apple. Secara keseluruhan, penghantaran (shipments) mobile phone pada suku kedua 2012 (2Q12) berjumlah 406.0 juta unit berbanding 401.8 juta unit pada suku kedua 2012 (2Q11). Rujuk jadual di bawah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas – smartphone market share 2012.

Top 5 Smartphone Vendors Q212
Sepertimana yang dijangka, Samsung dan Apple bukan sekadar mengekalkan penguasaan mereka sebaliknya terus menjarakkan kedudukan mereka dengan vendor – vendor yang lain dengan pegangan 32.6% (Samsung), 16.9% (Apple) market share untuk suku kedua 2012 menjadikan jumlah keseluruhan 49.5%, iaitu hampir separuh daripada jumlah keseluruhan.
Manakala Nokia dan HTC mengalami kemerosotan yang ketara dengan Nokia (-38.9%) dan HTC (-24.1%).
“Samsung and Apple have quickly become the global smartphone heavyweights though both employ somewhat different approaches to the market,”.. “Samsung employs a ‘shotgun’ strategy wherein many models are created that cover a wide range of market segments. Apple, in contrast, offers a small number of high-profile models. While both companies have expanded their geographic presence in pursuit of market share, the two companies will inevitably come into greater conflict as both try to generate additional gains.”
Kevin Restivo, senior research analyst with IDC’s Worldwide Quarterly Mobile Phone Tracker.
Penguasaan Samsung banyak didorong oleh model terkenal mereka iaitu Galaxy, dan dibantu oleh strategi pemasaran yang betul. Walau bagaimanapun, penguasaan ini mungkin akan berkurangan apabila Apple mengeluarkan model terbaharu untuk peranti iPhone mereka.

Worldwide Smart phone Market Share 2012 (Q212)
ZTE? 1st time aku dgr.
dennis recently posted…BERBUKA PUASA DI BUMBU DESA ALAMANDA
Diorang pun ada model yg high end..
shraqs recently posted…Pemandangan Luarbiasa Sepanjang Bulan Ramadan
Samsung dengan Apple memang tengah bersaing dengan sengit. Itu belum masuk lagi kes saman menyaman antara mereka.
kimmie recently posted…Sebelum ini Petron, sekarang Cardoso pula
Sama naik.
shraqs recently posted…Tutorial Memasang Favicon Pada Genesis Theme
hoho.. samsung + epal bersaing sengit..
brand others tuh apa ekkk..
nurmisnan recently posted…U mengidap penyakit Leukemia??
Lain2 brand.
shraqs recently posted…Tutorial Memasang Favicon Pada Genesis Theme
mak aih…ZTE naik smpi 300%….
sollehahn recently posted…Tiada Jelly Bean untuk model 2011 : Sony
Diorang target phone yang low end,..
tp tgok phone high end diorang gempak gak…macam ZTE Flash; 1.5G dual core, 4.5 inch screen 1280×720, 12MP camera…selamba je compete SIII kot…huhuh
sollehahn recently posted…Tiada Jelly Bean untuk model 2011 : Sony
ttp jgn dipandang rendah pada zte jugak..huhu
Jebeng Otai™ recently posted…Duti Eksais : Harga Kereta Murah Selepas PRU13
ZTE dah belajar kot,.. kalau nak bersaing dengan model2 high end memang diorang akan kalah teruk, sebab tu diorang fokus pada low end & pelbagai variasi.
htc semakin teruk……..
rahman recently posted…Tolong jangan degil
Kena tunggu suku ketiga tengok macamana prestasi HTC One diorang..
Vendor yang lain tercungap-cungap mengejar 2 kedudukan teratas..
anif recently posted…F1 – Lewis Hamilton Menang Di Hungaroring
Itula, jangan sampai tutup bisnes udah ler.