Selamat Tinggal Facebook… bukan merajuk cuma tak puas hati dengan apa yang bakal dilakukan oleh Facebook ke atas pemilik akaunnya. Untuk makluman semua pembaca dan pelawat mobilityworlds, bermula pada 1 Februari 2012 mobilityworlds tidak lagi memiliki akaun Facebook.
Kenapa Selamat Tinggal Facebook?
Antara penyebab utama mobilityworlds menghentikan (deactivate) akaun Facebook adalah disebabkan oleh pengenalan servis terbaharu Facebook iaitu Profile Timeline Review. Mungkin ada di antara anda semua sudah sedia maklum tentang servis tersebut.
Profile (Timeline) Review is a privacy option that lets you approve or reject posts that you’ve been tagged in before they go on your profile (timeline). When you turn it on, posts may already be visible in other places on Facebook, but they won’t appear on your profile (timeline) until you approve them. When you have a post to review, it will show up in the Pending Posts section of your profile or in your activity log (if you you’ve upgraded to timeline).
Sumber : Facebook Help Center
Timeline mula diperkenalkan pada Disember 2011 dengan pilihan opt-in dan opt-out yang bermaksud ianya bukan mandatori. Walau bagaimanapun, dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kesemua pemilik akaun Facebook dikehendaki menggunakan servis Timeline tanpa pilihan (mandatori). Selepas menggunakan servis tersebut, anda diberi tempoh 7 hari untuk membuat pengubahsuaian tentang sebarang maklumat peribadi, status, post, activity log, photo, tag dan sebagainya yang akan dipaparkan secara umum menggantikan Profile Page bermula dari tarikh anda mula mendaftarkan akaun di Facebook.
“This gives you a chance to add or hide whatever you want before anyone else sees it,” wrote Paul McDonald, a Facebook engineer.

Facebook Timeline
Bagi sesetengah pengguna Facebook, servis terbaharu ini mungkin digemari tetapi sebaliknya bagi sesetengah yang pengguna yang lain. Bayangkan anda mula mendaftar akaun Facebook pada tahun 2008, sudah pastinya telah terdapat banyak post yang anda hasilkan, gambar-gambar peribadi, tag yang selama ini hanya dikongsikan dengan individu tertentu dan pelbagai lagi aktiviti anda di Facebook.
Jadi, sanggupkah anda untuk “browse” satu persatu semua post yang telah anda hasilkan dari tahun 2008 hingga ke hari ini semata-mata untuk mengubah privacy setting. Kalau saya, memang jawapannya TIDAK SAMA SEKALI!.. walaupun sedar saya tidak pernah mengepost sebarang post, link atau gambar peribadi yang boleh memalukan diri sendiri di Facebook, tetapi siapa yang tahu. Saya tidak mahu mengambil risiko tersebut.
Bagi yang ingin mencuba Facebook Timeline, anda boleh berbuat demikian di laman Introducing Timeline.
Kesimpulan
Seperti biasa, perubahan besar yang dilakukan oleh Facebook ini mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengguna. Ada yang bersetuju dengan tindakan saya mengucapkan Selamat Tinggal Facebook dan akan ada yang tidak bersetuju. Tidak kira apa perubahan yang dibuat oleh Facebook, pengguna mereka semakin bertambah dari sehari ke sehari. Adakah kali ini akan berbeza?
Apa pendapat anda tentang Facebook Timeline? Adakah anda juga akan mengucapkan Selamat Tinggal Facebook sepertimana saya atau sebaliknya?
Sesiapa yang “nakal-nakal” di Facebook selama ni, cepat-cepatlah ubah apa yang patut.
UPDATE : Untuk melakukan sebarang kerja-kera mengemaskini, anda boleh rujuk post “Bersihkan Facebook Page Anda Sebelum Timeline Takes Over” sebagai panduan.
UPDATE : Blog MobilityWorlds kini kembali dengan Facebook Page yang terbaru selepas sedikit rebranding.
Hurmm..nampaknya mcmtulah.Terpaksalah kena guna timeline jugak nanti…
W.HabibuRahman recently posted…Surat Khabar Punya Cerita # 2
Dah tutp terus, skrg tinggal yg personal utk family je :) Belum sampai seru lagi nak bukak balik. Tunggu camana perubahan yg FB akan buat nanti :)
saya tak kisah sangat kot, sbb memang takde yg over, semua biasa-biasa je. Tp timeline ni mmg tak best la.
kimmie recently posted…Segmen Review Blog Kami
Tau takpe :)
shraqs recently posted…Valentines Day Gifts Dari Samsung Untuk Pengguna Android Dan Bada
Kenapalah…diaorang nak ubah kepada Timeline,sungguh tak best rasanya..
W.HabibuRahman recently posted…Surat Khabar Punya Cerita # 2
saye ok je sebab sangat jarang buka FB.. ;)
tips recently posted…Jus Limau Turunkan Kolestrol
Bagi yg tak begitu aktif memang tak perlu kisah sangat, senang hati gitu :)
shraqs recently posted…Giveaway Of The Day – Software Percuma Setiap Hari
tak minat fb TL ni. tunggu lah mandatori nanti. kalau boleh delete semua post aku nak delete je..hehe
Izwan recently posted…10 Blogger Cun Dan Handsome Januari 2012
Ok jugak tu..
fb la tempat aku nak tau perkembangan member…kalo deactive alamatnye tak tahu ler…
faiz recently posted…Cuti Lagi
kalu ada kegunaan tertentu takpe bro :)
Boleh buka fb baru, dan cipta fanpage. Gunakan fanpage secara maksimum. Aku pun dah terjebak ni. Rasa tak best sangat-sangat.
Cikgu Hairul recently posted…Telefon
buat masa terdekat ni tak kot. Tengokla depan2 nanti camana
ramai betul yang tak suka dengan FB timelines ni… memang menyusahkan orang betul la FB ni. abis semua privacy orang nak didedahkannya…
Hazmin Hamudin recently posted…Harith Iskander Mohon Maaf Tayang Perut Isteri
nak buat camana, kerja buat kerja2 pembersihan la gamaknya tu
memang menyudahkan je, tak suka langsung timeline ni orang bukan nak tgk sgt semua tu, apa salah buat yg mudah mudah je..memang ramai tak puas hati ni
nuriz recently posted…Trailer dan Sinopsis 8 Jam
Nampak tak smart kan. Sabar! Sabar!
memang ada rasa macam nak deactivate..tapi rasa sayang la plak..
bardboo recently posted…Mereka Rajin Komen: Januari 2012
Kalau tak deactivate pun takpe,… tapis apa2 yg patut je dulu
shraqs recently posted…Selamat Tinggal Facebook
timeline tak best langsung…
tersekat2 pulak tu..tak best kalau nak scroll
Fakhruddin recently posted…[4 GAMBAR]Rumah Terbalik Pertama Di Malaysia
Memang tak ramai pengguna FB yang suka perubahan yang besar camni kan. Aku pun suka yang lama simple
shraqs recently posted…Wilayah Persekutuan
lps baca baru aku tau timeline ni akan jadi mandotori lps ni…aku mmg x suka profile mcm tu.lbih suka kpd yg lama…kalau masuk page membe yg guna timeline, jarang sekali aku scroll sampai bawah…
tengok la gane nanti…nak kata deactivate akaun x gak kot.sebab aku ada page fb.syg gak tu… :)
APAN recently posted…Rabu Yang Bisu #29 – Muhasabah Diri
Aku pun setuju jugak bab nak scroll sampai bawah tu,.. dah jadi tak teratur sangat.
shraqs recently posted…Monthly Roundup – Januari 2012
aku ingat nak biar kat situ je
lagi pun fb aku tak ada apa2 pun
tehr recently posted…Mencari Teman Hidup
Ini ambik nama ada jelah yer…
memang dah lama rasa nak terminate
apaajanews recently posted…SIPNOSIS PULAU LOMBOK DAN PELANCUNGAN
pkir betul2 dulu bro,.. kalau terminate pun bleh activate balik kan…
Hrmmm…takat ni belum tertutup lagi hati aku nak tutup f/b…abih2 kuat pun mkn aku remove je gamba2 yang sensor tu…he3x!!!
yas recently posted…Senarai Lokasi Kaunter BR1M di Seluruh Malaysia 2012
Ok jugak tu, at least kita beringat,.. karang tak pasal2 ada org tak puas hati @ malukan diri sendiri
so far..aku tak kesah dengan timeline. haha..
titan recently posted…Safee kekal, Kelantan dibelasah..
Aku dah malas nak pikir, senang cerita tutup terus he he
akaun yg lama..chii da bubye..yg baru ni..x ramai mana pun..so xde masalah kot..ehehe
chii recently posted…Kerja Kerja
samala,.. yg personal masih ada, itupun utk family je :)
betul tuh bro, aku pon tgh pening nih, pelik gak bila ada kawan yg komen pasal aku komen kat tmpt yg dia x sepatutnya tahu, bahaya gak
Juan recently posted…1Malaysia TV (Download Via Android Market)
Kalau post yg lama2 tu mana la nak ingat lagi privacy setting camana kan… nak check satu2 memang sakit kepala dibuatnya..
memang saya tak berkenan betul dengan timeline tu,,,
hatiputera recently posted…Permohonan Skim Amanah Saham Rakyat 1Malaysia telah dibuka | SARA 1Malaysia
Memang ramai jugak yang tak suka ngan Timeline ni kan…
tak hirau sgt dgn FB ni
sekadar tempat promote blog je
tu pun main post auto
tak buka pun Fb
auc dot com recently posted…Video: 73 Korban Bola Sepak di Mesir
Kalau utk promote blog saje takde masalah sangat.. kalau personal kena hati2 ckit
berat juga hati ni nak tinggalkan facebook
Takde masalah sangat sebenarnya, bergantung pd individu.. kalau selesa ngan Timeline takpe, sy ni sebab tak selesa sbb tu tutup akaun. :)
shraqs recently posted…Monthly Roundup – Januari 2012
Kalau tak selesa dengan fungsi terbaharu tu.. lebih baik tutup sahaja :D
anif recently posted…Kadar Pinjmana Asas (BLR) Kekal Untuk Suku Tahun Pertama 2012
Aku memang dah tutup pun :)
shraqs recently posted…Wilayah Persekutuan
akaun fb just add yang kenal je…hehe..
kalau nampak yang pelik2 mmg terus remove..lebih2 lagi yang guna profile pic yang x menunjukkan diri dia..
fb timeline menarik but ada jugak kelemahan seperti yang diberitahu oleh mobilityworld ni kan.. so, login facebook tanya samada nak deactivate atau tak.. hehe
nizam recently posted…Sambutan Maulidur Rasul s.a.w Tahun 2012M/1433H
Aku malas nak check post2 lama sebenarnya,… tak tau ada berapa banyak dlm tu
shraqs recently posted…Top Commentator Awards – Januari 2012
byk muat naik pic ank dan pic masa kwin tu pun dha buag huhu..bagaimana tu hee..
yalah smlt tggil apa nak buat bukan kuasa ada d tgn kita
Boleh dihide jugak dari Timeline,.. kena check satu persatu status privacy, buat public @ tidak. Paling senang buang semua jelah :). Kalau dia bagi option nak guna @ tidak Timeline rasanya lagi bagus,..
shraqs recently posted…Top Commentator Awards – Januari 2012
Masih belum masanya sy ucapkan selamat tinggal facebook tp sy pun tak bersetuju dgn timeline tu..bilabsy view profail yg dh convert kpd timeline sy cenderung utk ttup profail tersebut sbb tak suka timeline view..tak praktikal n tak sekemas faebook yg asal…
Adele recently posted…Suara Merdu Yang Menyeramkan
Sy tutup akaun utk blog ni je sebab dah lama akaun tu wujud, malas la plak nak buat kemaskini apa semua, terlalu banyak. Akaun personal ada, itupun family sahaja. :)
shraqs recently posted…Monthly Roundup – Januari 2012