Semenjak berpindah ke Kajang (lebih dekat dengan Bangi), hari – hari berulang alik ke Putrajaya, jadi pengguna tetap ERL especially bulan Ramadan ni. Bukan apa, malas nak drive kereta ke KL dan menyumbangkan kesesakan lalulintas yang dah sedia sesak. Faham – faham jelah, bila bulan puasa ni macam – macam dugaan yang datang.. tambah pulak saya ni jenis yang tak boleh sabar dalam “jam“, kalau benda lain boleh lagi consider. Apa – apa pun, bulan puasa dah hampir ke penghujungnya dan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55 bakal menjelang.
Nak dipendekkan cerita, sewaktu melalui jalan biasa nak balik ke rumah semalam.. terpandanglah satu banner yang cukup besar dipaparkan di bangunan KeTTHA ( Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ) di Parcel E, Putrajaya. Tengah bersesak – sesak tu, sempat lagi saya snap beberapa keping gambar. Tengok sendiri gambar kat bawah ni ;

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
P/S :Sorry la ye, gambar tak berapa jelas sebab snap dari jauh itupun dah 8X zoom.
Saya tahu, ramai yang masih ingat isu Logo Hari Kemerdekaan yang hangat diperkatakan tempoh hari. Perlu saya tegaskan, blog saya ini bukan blog politik. Lagipun isu berkenaan saya anggap sudah selesai sepertimana jawapan yang dikemukakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Sumber : TheMalaysianInsider.com.
Apa yang cuba saya ketengahkan di sini ialah tahap kesedaran masyarakat Malaysia tentang peri pentingnya nilai atau harga kemerdekaan dan kebebasan bagi sesebuah negara. Jangan lupa, kemerdekaan negara kita masih lagi terlalu muda, 55 tahun sahaja jika nak dibandingkan dengan tempoh masa kita dijajah yang melebihi tempoh 400 tahun.
Pernahkah terlintas di fikiran rakan – rakan semua ;
Sekiranya kita kehilangan negara (Malaysia, dahuluya Tanah Melayu) sepertimana yang berlaku pada zaman penjajahan bermula dengan pendudukan Portugis di Melaka pada 1511 hinggalah tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 – 1957 (merdeka) dan kita kemudiannya diterima sebagai anggota Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu,.. ke mana kita nak lari selamatkan diri? Ke Singapura? Berapa besar sangatla saiz Singapura nak menampung penduduk Malaysia semua? Nak ke diorang terima kita?… Nak ke Indonesia? Sekarang pun rakyat diorang datang ke negara kita semata – mata untuk mencari peluang pekerjaan untuk meneruskan kehidupan.. Nak ke Thailand? Aman ke diorang? Sana sini asyik dengan bom memanjang tak habis – habis…
Mahu tidak mahu, negara kita jugalah yang paling aman dan selamat. Jadi sama – samalah kita menjaga dan menghargai keamanan, keharmonian dan yang paling penting kebebasan yang kita kecapi sekarang. Sekalipun anda tidak sukakan situasi politik di negara kita, tidak perlu campuri urusan mereka, biarkan mereka dengan tugas mereka dan kita dengan tugas kita. Sampai masanya kita gunakan kuasa kita sebagai rakyat di negara yang mengamalkan demokrasi untuk menentukan siapa yang bakal menerajui kepimpinan negara. Itulah keindahan dan kelebihan sebagai warganegara yang merdeka!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 Dari MobilityWorlds kepada semua warganegara Malaysia.
selamat menyambut bulan kemerdekaan, x kisah janji ditepati atau tidak hehe
beckhr00y recently posted…Biodata Pandelela Rinong Pamg Atlet Terjun Malaysia
Betul tu bro. Yang penting kita hargai kemerdekaan negara.
Selamat Menyambut Hari Kemederkaan Bro ! Janji Ditepati ! Eh ?
Selamat merdeka. Janji ditepati tu untuk yang berjanji sahaja. :)
harga kebebasan itu sgt mahal nilainya..so, hargailah apa yg kita ada sekarang ni..
Jebeng Otai™ recently posted…Giveaway Pertama Daddydee : Review Ringkas
Tak boleh dijual beli…
meredeka! Janji Ditepati :D
Shahrul recently posted…Aura Hari Raya Semakin Terasa
Merdeka!
Selamat menyambut kemerdekaan negara kita bro….. harap2 next gen dpt pertahankan kemerdekaan dan keamanan malaysia merdeka.. merdeka.. merdeka
Harapnya begitulah. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
budak-budak sekarang pikir lain maa..kekadang,aku takut tengok cara budak sekarang berfikir.
titan recently posted…Mencintai Ain Maisarah – Part 8
yela bro..diorg buat dulu bru berfikir..xder tokoh2 muda yg berwibawa..
Jebeng Otai™ recently posted…Giveaway Pertama Daddydee : Review Ringkas
Kepentingan peribadi dijadikan priority. IMHO
Betul tu. Budak sekarang lebih banyak lihat ke depan tanpa merujuk kisah silam. Buat perbandingan pun kadang2 takde releven langsung dengan latar belakang negara..
selamat kemerdekaan bro..:)
sememangnya aku bangga jfd anak malaysia…:)
budak felda recently posted…Syukur Itu Perlu
Betul tu. Bangga & bertuah yang amat sangat.
Selamat Hari Merdeka! Merdeka Merdeka Merdeka!
p.s-ambe terfikir, budak2 sekarang ada fikir ke apa yg bro tuliskan ni…huuu
hafizmd recently posted…E-book Pilihan:Tak Kenal Maka Tak Cinta
sebenarnya,.. itulah yang merisaukan saya sendiri. Generasi sekrang terlalu cepat lupakan sejarah negara. :(
Hari Kemerdekaan gembira untuk anda juga.Kami berharap bahawa tahun kita akan mempunyai dunia yang lebih aman. hehe
Itulah yang diharapkan.