Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Samsung Kies Menerima Update Dengan Design UI Yang Baharu

Berita baik kepada pengguna smartphone dan tablet jenama Samsung, Samsung telah mengeluarkan update terkini untuk aplikasi Samsung Kies ke versi 2.5.0.12094_27. Kepada pengguna yang masih baharu dengan gadget dari Samsung, Samsung Kies merupakan perisian percuma yang boleh dimuat turun dari samsung.com untuk melakukan proses backup, upgrade firmware, synchronize contact, imej, musik, video, muat turun aplikasi dari Samsung Apps dan sebagainya.

Samsung Kies

Samsung Kies

Ciri – ciri baharu Samsung Kies versi 2.5.0.12094_27 ;

New UI (user interface)

User Interface untuk Samsung Kies kali ini lebih ringan dan lancar jika dibandingkan dengan versi – versi terdahulu. Selain daripada itu, ia juga menggunakan menu icon yang baharu dan lebih menarik.

Kies New UI

Kies New UI

Transfer Backup dari Non-Samsung Device

Selain daripada kemampuan untuk memindahkan file backup dari peranti Samsung, Kies versi terbaharu ini juga mampu memindahkan file backup dari peranti lain seperti Apple, Nokia, LG dan Blackberry.

Non Samsung Device Option

Non Samsung Device Option

Kies Air Message

Kies versi terbaharu ini juga didatangkan lengkap dengan fungsi tambahan iaitu Kies Air Message. Perisian ini membolehkan pengguna menerima dan menghantar sms menerusi PC / laptop.

Kies Air Message

Kies Air Message

Notification tentang update Samsung Kies versi 2.5.0.12094_27 akan diperolehi secara automatik apabila Kies dilancarkan.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. Memang tepat pada masanya.. Jika tidak, memang akan datangkan masalah dan pengguna menggunakan apps lain. Sebelum pembaharuan, memang agak ketara sistem lembab, dan menagkibatkan kecenderungan pengguna Samsung menggunkan pesaing lain yang lebih efisyen Diharap juga Kies dpat meluaskan lagi skop perkhidmatan dalam memberikan sokongan optimum bagi gadget pengguna,… terutamnya koleksi apps FREE yang benar2 konsisten dengan produk mereka…. heeeee
    irsah recently posted…Kod Bidang Baru MOF Syarikat-Syarikat Bermutu Diutama

  2. walaupun aku pengguna samsung, tak pernah guna lagi kies ni..hehehe
    hafizrahim recently posted…Majlis Aqiqah: Selesai Sudah

  3. Mantap!
    Dulu kies teruk makan RAM, sejak version 2 da makin ok :)
    SDC recently posted…Pandang Pertama SimCity Terbaru

  4. wah kena updatekan nih..

  5. Terbaik!

  6. rajin betul diorang wat design baru yek.
    titan recently posted…Komisen kedua dari Adf.ly

  7. Belum ada bajet nak beli gajet Samsung.

  8. wahhh, serius cantik nih bro
    Juan recently posted…Sponsored Video:Introducing GALAXY Note II – Samsung Best Smartphone

  9. wow…lawa lah UI blog ni…
    tepon samsung ape jer yg boleh update jelly bean? tahu tak?
    Tauke Budu recently posted…Season Finale

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*