Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Samsung Galaxy SIII – Designed For Humans And Inspired By Nature

Akhirnya, Samsung telah mengeluarkan model terbaharu mereka dalam keluarga Galaxy yang dikenali sebagai Samsung Galaxy SIII. Segala spesifikasi, teknologi, dan rekabentuk yang telah digembar – gemburkan oleh peminat – peminat mereka sebelum ini akhirnya terjawab. Samsung Galaxy SIII dilengkapi dengan 4.8′ HD Super Amoled screen display, Android ICS 4.0, 8.0Mp kamera dan pelbagai ciri – ciri menarik yang lain.

Samsung Galaxy SIII

Samsung Galaxy SIII

Dengan Galaxy S III, Samsung menekankan unsur “natural interactions“. Galaxy S III dilengkapi dengan ciri Smart Stay yang berinteraksi dengan kamera 1.9MP di bahagian hadapan dalam mengawal screen brightness telefon. Selain itu, Galaxy SIII turut didatangkan dengan aplikasi S Voice dan Direct Call yang membolehkan pengguna melakukan panggilan automatik dengan cara meletakkan telefon ke bahagian telinga tanpa perlu menekan sebarang butang dial.

Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy SIII

Samsung Galaxy SIII Video Hands On

Samsung Galaxy SIII Video Commercial

Samsung Galaxy SIII S Voice

 

Dalam masa yang sama, Samsung telah mengadakan kerjasama dengan Dropbox untuk memberikan cloud storage percuma kepada pengguna Galaxy SIII sehingga 50GB secara percuma untuk tempoh 2 tahun.

Teknologi Baharu Yang Diperkenalkan

  • Wireless Charging
  • Smart Stay
    • Telefon akan berinteraksi dengan mata anda, selagi anda melihat, paparan tidak akan malap atau dimatikan.
  • Direct Call
    • Jika anda mempunyai contact di skrin, anda tidak perlu menekan butang Call, sebaliknya dengan hanya meletakkan peranti Galaxy SIII sehingga ke muka (posisi bercakap di telefon) nombor tersebut akan didail secara automatik.
  • Smart Alert
    • Bahagian Notification Bar dikemaskini dengan lebih banyak fungsi shortcut dan direct akses ke bahagian tertentu peranti.
  • Burst Shot & Best Photo
    • Kamera 8MP kini dilengkapi dengan 20 shot burst mode dan mampu memilih gambar terbaik untuk anda.
  • Face Zoom & Slide Show
  • Social Network & Camera Integration
  • S Voice
    • Memiliki ciri yang hampir sama dengan Siri (iPhone 4S). Ciri ini membolehkan anda untuk mengawal telefon anda melalui arahan suara, contohnya untuk mengubah volume, dan bertanya apa sahaja soalan.
  • S Beam
    • Memiliki ciri High Speed File Transfer melalui NFC dan WiFi Direct. Pemindahan file boleh dilakukan dengan cara menyentuh 2 peranti (membelakangi antara satu sama lain). Kelajuannya mampu mencecah sehingga 300Mbps.
  • Pop Up Play
    • Anda boleh menggunakan aplikasi lain seperti text messaging sambil menonton video tanpa perlu memberhentikannya terlebih dahulu. Paparan video boleh dikecilkan dan dipaparkan ke mana – mana Homescreen yang diingini.
  • All Share Play & Cast
    • Dengan penggunaan aplikasi All Share anda boleh transfer paparan dari Galaxy SIII ke TV (Samsung Smart TV) dan juga boleh digunakan sebagai remote-control.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. harap2 ada la yang nak buat GA bila dah masuk Malaysia nanti :D

  2. sebenarnya samsung galaxy II lebih cantik rekabentuknya…

  3. huh ramai pulak aku tengok kat blog lain diorang bezakan HTC One X lebih bagus dari ni..sebab processor dia kot.
    sayang S Cloud yang diwar2 kan belum ada..
    syahrilhafiz recently posted…Google Update Pagerank Kedua 2012

    • Overall lebih kurang je. Aku pun dok tunggu lagi diorang test Exynos 4 Quad Processor yg SIII pakai tu. Personally aku tak berapa berkenan ngan HTC sebab design diorang jelah, spec diorang dah ok dah.

  4. wireless chargng? menariknya!
    bardboo recently posted…Siapakah Kita? Satu Renungan Buat Semua

  5. huh..bilalah nak ada satu ni..
    titan recently posted…Pengalaman jual baju kurung..erk!

  6. haishh..bestnya kalo dapat satu..agak2 ada tak yg nak wat contest.kasi samsung s 3 sbg hadiah eh :p
    chii recently posted…Hubungan Antara Buah Dan Manusia Sejagat :p

  7. memang menarik, bukan smartphones tapi dah boleh panggil geniusphone hehehe..:)
    tuan tanah recently posted…Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

  8. Minat nak beli ada tapi duit tak ada
    Aku baru je ambil galaxy tab
    Jadi kena guna yang ni dulu la
    Hehe
    tehr recently posted…Alah Bisa Tegal Biasa

  9. Nampak memang best. Tapi aku rasa x sesuai ngan aku. hehe. Sebab aku dah try guna samsung galaxy sebelum nih. penin nak guna. so tukar balik hp style lama. :)
    kodinz recently posted…Cara Mudah Mencari Do Follow Blog

  10. Lepas ni mesti ramai org trade in Samsung Galaxy SII diaorang, btw agak-agak berapa harga Samsung SIII ni
    beckhr00y recently posted…Real Madrid Juara Liga Sepanyol Musim 2011-2012

  11. laju betul perkembangan tak terkejar dek pulus…haha..
    xpelah, asalkan terkejar dek akal kan.. :)

  12. wow baru keluar,,sy dah pakai HTC ONE X,,memang saingan s111 nie,,,
    hatiputera recently posted…LELAKI KACAK KAHWIN DUA WANITA DALAM SATU MALAM

    • Ada lagi belum update ni.. :)

      • wah tahu sahaja benda2 yg baru cm nis uri tka perlu pi kedia tpon heeee baik tanyer bro shr sahja ;)

        pst, laptop skirn dah ok ker? hurm..camner nak muat naik lagu mp3 pakai hp smsg y tuh?
        suri recently posted…Mandi Bunga

        • Sy follow mana yg sy minat je Suri. BTW, skrin dah lama ok dah :)

          Klau nak mudah, Suri transfer guna USB cable dari PC ke phone. Pastu buat folder baru di phone storage (supaya teratur) dan transfer je mp3 @ apa2 saja yg suri nak ke dalam folder tu. (Kalau Suri guna slot tambahan – transfer ke slot tambahan, sebolehnya tak nak kacau storage di phone tu). Nak mainkan mp3, suri bukak je aplikasi player yg ada d phone, memang akan di detect secara auto kat mana mp3 yg ditransfer.

      • pergh lagi nipis lagi mudah dan licin jer..
        suri recently posted…Bersalin Spontan Melalui Vagina

  13. wah terujanya tengok SIII ni…
    kimmie recently posted…1 MAY = HARI PEKERJA = HARI JADI AMIR

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*