Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Samsung Galaxy S3 Special Features

Samsung Galaxy S3 (GT-I9300) merupakan model yang paling berjaya dalam kategori Galaxy S dengan jualannya telah melangkau 10 juta unit dalam tempoh 2 bulan dari tarikh pelancaran. Antara sebab utama yang menyokong kejayaan tersebut adalah disebabkan ciri – ciri yang dimilikinya. Untuk entri kali ini saya hanya akan menyentuh special features yang dimiliki oleh Samsung Galaxy S3 yang mungkin tidak disedari oleh pengguna atau pemiliknya. Di bawah, saya senaraikan beberapa special features berdasarkan hasil carian dan juga hands on yang saya lakukan.

Samsung Galaxy S3

Samsung Galaxy S3

Kebolehan Untuk Hide dan Unhide Aplikasi Di Bahagian Apps

Kemampuan untuk Hide dan Unhide aplikasi daripada dipaparkan di bahagian aplikasi merupakan sesuatu yang cukup berguna terutamanya jika anda ingin menyembunyikan aplikasi – aplikasi yang sensitif daripada pengguna lain. Jika sebelum ini, anda perlu bergantung dengan third party apps seperti Perfect App Protector untuk mengaktifkan fungsi berkenaan. Untuk mengaktifkan fungsi tersebut anda hanya perlu menekan butang Menu sementara berada di paparan Apps. Walau bagaimanapun, tahap sekuriti ini adalah rendah.

Hide and Unhide Function

Hide and Unhide Function

Kebolehan Untuk Mencorak Custom Vibration

Samsung Galaxy S3 turut menawarkan kebolehan kepada penggunanya untuk mencorak vibration berdasarkan kehendak sendiri. Untuk mencipta corak vibration sendiri anda hanya perlu ke Setting -> Sound -> Device Vibration -> klik Create dan wheel yang disediakan untuk mewujudkan corak vibration.

Device Vibration Pattern

Device Vibration Pattern

In-Call Sound EQ (Equalizer) Setting

Fungsi ini membolehkan anda mengoptimize sistem in-call sound EQ samada menerusi speaker atau headset. Setting ini membolehkan anda mendapatkan kesan bunyi yang paling sesuai dengan kehendak anda. Untuk mengaktifkan fungsi ini, Keypad -> Menu -> Call Setting -> In-call Sound EQ Setting.

In-Call Sound EQ

In-Call Sound EQ

Memaparkan Peratusan Bateri

Secara default, Samsung Galaxy S3 tidak memaparkan peratusan bateri bersebelahan bateri ikon. Untuk mengaktifkan fungsi ini, anda hanya perlu ke Setting -> Display -> Display Battery Percentage.

Peratusan Bateri

Peratusan Bateri

Aplikasi Tambahan Percuma Dari Samsung

Terdapat beberapa aplikasi tambahan percuma yang ditawarkan oleh Samsung kepada pengguna Galaxy S3. Aplikasi ini adalah khusus dan dioptimize sepenuhnya untuk model Galaxy S3. Antara aplikasi yang ditawarkan ialah Photo Editor, Video Maker, Polaris Office 4.0, Flipboard dan pelbagai lagi. Untuk muat turun aplikasi ini, anda hanya perlu menggunakan aplikasi More Services atau Samsung Apps -> More Services.

Swype Keyboard

Samsung stock keyboard didatangkan lengkap dengan kemampuan fungsi swype yang membolehkan anda menaip tanpa perlu mengangkat jari anda dari paparan keyboard, sebaliknya anda hanya perlu menarik jari anda dari satu huruf ke huruf yang seterusnya. Fungsi ini boleh diaktifkan di Setting -> Language and Input -> klik butang Setting bersebelahan Samsung Keyboard -> Tick Continuous Input.

Samsung Swype Keyboard

Samsung Swype Keyboard

Quick Camera Access

Anda boleh menggunakan fungsi kamera secara terus dari Lockscreen tanpa perlu unlock screen terlebih dahulu dan menekan aplikasi kamera. Caranya ialah dengan memegang smartphone anda secara menegak (vertical) sambil menyentuh dan hold skrin seterusnya memusingkannya secara mendatar (horizontal). Untuk mengaktifkan fungsi ini, Setting -> Security -> Lock Screen Option -> Camera Quick Access.

Speed Dial Setting

Semenjak touchscreen smartphone dihasilkan, fungsi speed dial makin dilupakan. Sebaliknya Samsung Galaxy S3 didatangkan dengan fungsi berkenaan. Untuk mengaktifkan fungsi speed dial, Keyboard -> Menu -> Speed Dial Setting.

Sekiranya anda inginkan mewujudkan widget direct dial terus di homescreen, klik Widget -> Direct Dial.

Disable Camera Shutter Sound (root)

Personally saya tidak gemarkan bunyi shutter sound yang dihasilkan oleh kamera setiap kali mengambil gambar. Perkara pertama yang diperlukan untuk membolehkan anda mematikan kamera shutter sound ialah smartphone anda mesti memiliki root access. Sekiranya anda berhasrat untuk root Samsung Galaxy S3, rujuk post saya DISINI.

Seterusnya, muat turun aplikasi Astro File Manager atau Root Explorer. Dengan menggunakan aplikasi berkenaan, browse file Shutter.ogg. (/system/media/audio/ui/Shutter.ogg). Pastikan anda membuat backup file tersebut di external sdcard atau ke PC terlebih dahulu. Selesai backup, DELETE fail berkenaan dan test kamera anda.

Mengenalpasti Versi Android (bonus)

Klik Setting -> About Device -> klik Android Version secara berterusan 3 -4 kali dan anda akan dipaparkan imej berikut.

NOTA : Tested on Galaxy S3 dan Galaxy Note.

Android Version

Android Version

Final Thought

Selain daripada special features yang saya senaraikan di atas, terdapat banyak lagi ciri – ciri lain yang menarik dan unik tidak dimiliki oleh mana – mana smartphone selain dari Samsung Galaxy S3 (Rujuk post Ciri – Ciri Samsung Galaxy S3 XXBLG). Anda boleh rujuk samada di buku manual atau Google sahaja online.

Sekiranya anda mendapati wujud ciri tersembunyi atau special features yang tidak disenaraikan di atas, jangan segan dan malu untuk memaklumkan dan kongsikannya di bahagian komen di bawah.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. samsung s3 ni memang best sangat….tak habis lagi explore…mam besar punya la…hehehe
    daddydee recently posted…Olympic 2012 : Natalia Partyka

  2. pantas sangat lah teknology ni bergerak
    Juan recently posted…Membuka Business Facebook Fan Page

  3. fungsi hide apps tu mmg menarik la.. :)
    Jebeng Otai™ recently posted…Keputusan Terkini Pingat Olimpik 2012 – 6 Ogos

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*