Model awal semasa pelancaran Samsung Galaxy Note II dikeluarkan dengan 2 variasi warna Pebble white dan Titanium grey, kemudiannya diikuti dengan amber brown dan ruby wine, dan yang terbaharu ialah versi pink. Samsung Galaxy Note II versi pink ini sudah mula dipaparkan di laman Samsung Taiwan dan kemungkinan besar akan turut dipasarkan ke negara – negara lain kemudiannya.
Pengenalan model Samsung Galaxy Note II versi pink ini dikaitkan dengan musim Valentine yang semakin hampir dan mensasarkan golongan wanita.

Galaxy Note II versi Pink
Spesifikasi Samsung Galaxy Note II Versi Pink
Dari aspek spesifikasi, model ini masih lagi menggunakan spesifikasi yang sama dengan model asal Galaxy Note II seperti 5.5-inch HD Super AMOLED Display, 1.6GHz quad-core processor, Android 4.1.2 OS, Wi-Fi, Bluetooth, GPS, dan sokongan S Pen.
Model ini akan mula dipasarkan pada penghujung bulan ini (Februari 2013) di Taiwan pada harga NT$22,900.
Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.