Selepas menempa kejayaan dengan jualan melebihi 2 juta unit untuk model Samsung Galaxy Note GT-N7000, membuktikan bahawa pasaran untuk smartphone yang mempunyai fungsi stylus masih ada peminatnya yang tersendiri. Terbaharu, model kedua siri Galaxy Note telah diperkenalkan secara umum di MWC (Mobile World Congress) di Barcelona pada 27 Feb – 1 Mac 2012. Model ini dilengkapi dengan saiz skrin 10.1 inci dan fungsi stylus sebagai tarikan utama dan juga merupakan trademark kepada model Samsung Galaxy Note 10.1.

Samsung Galaxy Note 10.1
Tidak seperti Galaxy Note GT-N7000 asal yang berada di kelasnya yang tersendiri berfungsi sebagai telefon dan tablet, Samsung Galaxy Note 10 .1 adalah tablet yang disasarkan kepada designer, ahli perniagaan, dan juga pelajar disebabkan fungsi S-Pen.
Ciri-ciri Baharu Samsung Galaxy Note 10.1;
- Samsung telah menambah baik input S-Pen yang kini lebih kepada pen sebenar dan mempunyai fungsi pemadam di hujungnya, yang boleh digunakan untuk memadam kandungan yang dibuat menggunakan stylus di Note.
- Selain itu, Samsung telah memperkenalkan ciri multi-skrin yang baharu yang membahagikan paparan kepada dua bahagian (1 paparan untuk mengambil nota dan di satu paparan lagi untuk memaparkan kandungan yang lain).
- Samsung Galaxy Note 10.1 akan dilengkapi dengan S-Pen yang dioptimumkan untuk penggunaan Adobe Photoshop Touch dan Idea.
Ciri-Ciri Asas Samsung Galaxy Note 10.1;
- 1.4GHz dual-core processor,
- Android 4,0 Ice Cream Sandwich OS,
- paparan WXGA (1280 × 800),
- memori dalaman 16/32/64GB,
- 3MP kamera,
- Wi-Fi, HSPA + sokongan 21mbps,
- 7,000 mAh bateri.

Samsung Galaxy Note 10.1 front & back covers
Mesti beli punya produk nie, cantik pulak tu…Rugi duit beli iPad semata2 nak bergaya – tunjuk2 dekat orang miskin, mahal nak mampos pulak – sebab tak ada ciri2 menarik macam Galaxy Note la….
Terpulang pada kemampuan dan keperluan pengguna kot. Kalau mampu & berguna utk keperluan rasanya tak salah. IMO
ni kes nak saing iPad 3 lani, hmm samseng oh samseng :P
Kalau tablet Samsung aku tak berapa kagum sangat dah, lebih pada Asus plak :)
tunggu harga jatuh. tunggu harga jatuh. haha..
titan recently posted…Komisen ke 14 dari Innity
Saya mahu yang ini pula :D hehe…
anif recently posted…Erykah Badu – The Star Bikin Panas!
Memang tergoda :)
shraqs recently posted…Angry Birds Space Akan Dilancarkan Di Samsung Galaxy Note
rasa nak trade in je dengan Tab 10.1 ni…
Shahrul recently posted…Kedua-dua Pihak Tak Boleh Dipercayai
Tunggu masuk pasaran dulu bro,.. tengok camana :) BTW, nak trade in ngan apa tu?
shraqs recently posted…Angry Birds Space Akan Dilancarkan Di Samsung Galaxy Note
trade in ngan Galaxy Tab 10.1 hehehe
Shahrul recently posted…Spesifikasi Proton Tuah P3-21A
Ok jugak tu :)
saya sgt geram tengok samsung galaxy note yg ni…rasa nak picit – picit je kalau dapat..
kimmie recently posted…Informasi: Cara – cara menukar Kad ATM CIMB ke Kad Debit
Sabar! Yang ni takla kot, cukup yang Note je… tunggu dr Asus plak :)
shraqs recently posted…Angry Birds Space Akan Dilancarkan Di Samsung Galaxy Note
saya akan terus bersabar, sbb nak beli memang tak tahu bila la kan. Tgk gambar je la dlm blog ni
kimmie recently posted…Informasi: Cara – cara menukar Kad ATM CIMB ke Kad Debit
banyak betul model samsung nie…..:)
tuan tanah recently posted…Gambar Sekitar PERHIMPUNAN HIJAU 2.0
Sasaran besar tahun ni bro :)
shraqs recently posted…Angry Birds Space Akan Dilancarkan Di Samsung Galaxy Note
Nama samsung semakin naik sekarang ni :)
azmanisma recently posted…Hai yaa…lu kaya lah!
Diorang sasar jualan 380 juta unit phone tahun nih.. :)
shraqs recently posted…Samsung Galaxy Note 10.1