Windows 8 telah dilancarkan secara rasmi. Kepada pengguna Windows 7 yang berhasrat untuk upgrade Windows OS, anda boleh berbuat demikian dengan hanya RM49.92* (Windows 8 Pro) di laman Windows Upgrade Offer. Tawaran ini sah dari 2 Jun 2012 hingga 31 Januari 2013. Untuk maklumat lanjut ; windowsupgradeoffer.com. Kelebihan Windows 8 OS boleh dinikmati sepenuhnya jika anda menggunakan touch skrin PC seperti yang ditawarkan oleh Samsung melalui produk terbaharu mereka iaitu Samsung ATIV Smart PC.
Sejujurnya, saya tidak begitu tertarik pada peringkat awal pengenalan Windows 8 (RC) kerana penggunaan tiles. Walau bagaimanapun, setelah melihat gabungannya dengan Samsung ATIV Smart PC, terus jatuh hati… membuatkan saya terfikir sejenak,.. kalau beginilah produk yang dikeluarkan, buat apa lagi guna iPad, Android tablet dan sebagainya sedangkan ATIV menawarkan satu pakej yang paling lengkap sepertimana dimiliki oleh sebuah PC, laptop, dan tablet.
Samsung ATIV Smart PC

Samsung ATIV Smart PC
Kelebihan Samsung ATIV Smart PC
Jika dibandingkan dengan kebanyakan model touch screen yang menggunakan Windows 8, Smart PC ternyata memiliki satu kelebihan yang paling ketara dengan penambahan fungsi yang tidak ditawarkan oleh pengeluar – pengeluar yang lain antaranya ;
- S Note (dilengkapi dengan S-Pen)
- S Camera
- S Gallery
- All Share Play
Reka bentuk Fizikal
Samsung ATIV Smart PC memrupakan model “convertible” kerana didatangkan dengan detachable keyboard (konsep yang diperkenalkan oleh Asus seperti Transformer dan Prime). Boleh digunakan seperti Notebook dan tablet.

Samsung ATIV Smart PC vs Smart PC Pro
Final Thought
Sekiranya berhasrat untuk mendapatkan Notebook yang mampu menyerlahkan fungsi Windows 8 (touch screen) 100%, Samsung ATIV Smart PC merupakan gadget yang patut diberi perhatian dan pertimbangan.
menarik Samsung ATIV Smart PC ni. berapa harganya? dah ada kat Malaysia ke?
Amirez recently posted…Perkhidmatan Sekuriti Blog Daripada Eizil.com
Kalu ikutkan dlm bulan (Nov) ni akan ada di pasaran Malaysia.
Harga : RM 2499 (Smart PC), RM 3599 (Smart PC Pro).