Post ini bertujuan untuk memberi panduan tentang cara untuk reset binary counter dan yellow triangle (exclamation mark) ke atas model Samsung smartphone selepas proses root.
Rooting smartphone Android ada kelebihan dan keburukannya yang tersendiri. Antara keburukan root smartphone Android ialah menyebabkan warranty atau jaminan anda akan hilang. Untuk mengetahui apa itu Root, Kelebihan dan Kekurangannya, baca post saya DISINI. Untuk pengguna smartphone keluaran Samsung, setiap kali anda melakukan flash terhadap firmware, binary counter anda akan bertambah dan penggunaan kaedah rooting (bukan semua) akan menyebabkan smartphone anda memaparkan imej exclamation mark atau Yellow Triangle setiap kali booting.

Reset Binary Counter Dan Yellow Triangle
Secara asasnya, smartphone anda masih lagi berfungsi seperti biasa. Fungsi binary counter ini digunakan oleh Samsung untuk mengenalpasti samada sesebuah smartphone itu telah diroot atau sebaliknya, manakala yellow triangle (exclamation mark) pula menyebabkan anda mungkin rasa tidak selesa setiap kali reboot. Untuk itu, ikuti tutorial di bawah untuk reset binary counter dan yellow triangle (exclamation mark) menggunakan Triangle Away di Samsung Android Smartphone anda.
Aplikasi Triangle Away – (root only)
Penggunaan aplikasi Triangle Away yang dibangunkan oleh Chainfire mampu untuk reset binary counter dan triangle away (exclamation mark) dari Samsung smartphone anda.
- Versi : 1.7
- Updated : 18 July 2012
- Android Version : 4.0 ke atas
- Phone Model:
- Samsung Galaxy S2 GT-I9100
- Samsung Galaxy S2 SGH-I777
- Samsung Galaxy Note GT-N7000
- Samsung Galaxy Note GT-I9220
- Samsung Galaxy S3 GT-I9300
Download Link Aplikasi Triangle Away
- Download [root] Triangle Away: Google Play Store ($1.84)
- Download [root] Triangle Away apk: XDA Link (Free) – updated version boleh diperolehi dari sini.
Sebarang maklumat teknikal berkaitan aplikasi Triangle Away, boleh dirujuk di xda developers.
Langkah – Langkah Reset Binary Counter Dan Yellow Triangle Menggunakan Triangle Away
Langkah 1
- Download aplikasi Triangle Away dari link di atas, dan install ke smartphone anda.
Langkah 2
- Run aplikasi Triangle Away, dan pilih Continue di paparan Confirmation Model. (pastikan model smartphone anda adalah tepat, jika tidak JANGAN teruskan)

Model Confirmation
Langkah 3
- Triangle Away akan memuat turun data yang diperlukan.
Langkah 4
- Selesai update data, pilih Reset Flash Counter.
- Di paparan WARNING, klik Continue.
- Smartphone anda akan di reboot ke special bootmode.

Reset Flash Counter

Triangle Away Special Bootmode
Langkah 5
- Segala maklumat tentang Flash counter dan Binary Status akan dipaparkan.
- Tekan Volume Up button untuk Continue.
- Triangle Away akan reset flash counter dan binary status smarphone.
- Smartphone anda akan Auto Reboot.
Selesai!
Sekiranya semua berjalan dengan lancar, yellow triangle (exclamation mark) tidak akan muncul lagi semasa reboot dan binary counter akan di reset kepada (0). Untuk kepastian, enter Download Mode.
Untuk mengembalikan smartphone anda ke status asal (out of box), pastikan anda flash menggunakan stock ROM / Firmware dari Samsung. Stock Firmware untuk smartphone Samsung model boleh dimuat turun dari SamMobile.com.
post utk locked sim ada tak bro? saya dah downgrade dari jb 4.2.1 ke 4.0.4 sbb nak pakai balik original state galaxy note. tetiba dpt sim locked pulak. saya dah flash odin firmware ics 4.0.4 malaysia DXLR1.
Cuba flash ke Gingerbread dulu,.. kalau dah dapat lepas, baru flash ke ICS semula.
Ok.akan mencuba sedaya upaya.nk kena flash gb dr malaysia jugak ke or lain?stakat ni saya baru lepas flash ics grmany 4.0.4.berjaya d unlock sim.cuma kalau reboot sim lock balik n kena unlock lagi.thanks. :-)
Baik ambik yg Msia..
utk s2 i9100g xd ker??
Sorry Eyra,.. G version masih tak support.
G version xde cara lain ke nak buat ?
Sorry, sy tak tau.
Ada yg guna usb jig tapi depend kat boot loader version jugak .Kalau ada yg dah pernah buat confident jugak nak ikut.Tks anyway and klau ada sesiapa yg pernah buat commentlah sini .
Kalau ada USB JIG boleh je buat.
BTW, kalau reflash ke stock firmware juga boleh hilangkan exclamation mark.
soalan= skarang aku pakai firmware xxell5 pastu flash omega romv35 aku dah reset binary.. baru2 ni aku flash siyah kernel v1.8.6.. perlu ke aku reset binary?? kalo reset ape akan berlaku?? kalo x reset ape akan berlaku?? fon utk kegunaan mcm biase.. dan bukan utk dijual hehe
Binary dah bertambah ke?
Kalau setakat kegunaan sendiri & tidak menimbulkan sebarang masalah bro tak perlu reset. Ramai yang reset sebab sakit hati bila keluar yellow triangle tiap kali restart phone & untuk hantar service center @ jual je. :)
Gempak!! dah setel and tak ada masalah. Phone SGS2 GT-I9100.Trimas Bro.
Sama – sama.
Salam… kalau saya membiarkan saja yellow triangle tidak apa kah… @ kena buang juga.. apa beza nya ada yellow triangle @ tidak ada..
W’salam.
Kalau dibiarkan pun takde masalah. Ramai yang buang Yellow Triangle ni bila nak hantar ke srvice centre @ sebab tak suka tengok je…
hp saya galaxy note sudah unroot kembali ke asal n dh flash ke asal N7000DXLR5,bley x kalau guna Triangle Away nie untuk reset binary counter….kalau dh reset akan jdi kosong atau no seperti asal…..
Kalau guna Triangle Away, binary counter akan reset kpd “0″.
Saya baru saja root Galaxy S2.
Menghilangkan segitiga kuning dengan menggunakan TriangleAway apakah nanti kondisi galaxy S2 jadi unroot apa tetap rooted ?
Masih lagi root. :)
salam..bro nak tanye..saya pakai note GT-N7000..saya da reset binary counter guna triangle away..tp kalau saya nak kembali pada stock balik mcm mane yer?huhu..saya x perasan nota bro yg mengatakan penggunaan triangle away x digalakkan..huhu..
W’salam. Boleh je nak guna Triangle Away, cuma berisiko sikit masa nak buat tu je. :)
BTW, utk kembali ke stock boleh flash Firmware asal (download di samfirmware.com) dan flash guna Odin
aku tengah plan nak beli smartphone sony.
ramai yang kata susah nak root Sony.
Nak trylah nanti :D
hafidz recently posted…Wordless Wednesday – Demam Raya
Aku tak pernah guna Sony. BTW, kalau betul2 berhasrat nak root,.. aku syorkan kau refer xda developers forum dulu. Tengok support diorang, aktif atau tidak. Kebanyakan developers ni aktif untuk high end produk dan yang ada permintaan tinggi. Kalau tidak, apa2 hal belakang hari memang susah dibuatnya.
shraqs recently posted…Reset Binary Counter Dan Exclamation Mark Menggunakan Triangle Away (Samsung)
kalau buat ni boleh betulkan time sekali tak? SII aku dah macam tak betul masanya. jam betul, tapi kalau azan lewat 2 jam setengah. sama jugak dengan notification yg ada kaitan dengan time.
Amirez recently posted…Maksud Sebenar Hari Raya Aidilfitri
Yang ni tak boleh bro. Dah habis godek bahagian setting Time ke? Kalau tak dapat jugak, mesti ada isu ngan firmware. Jalan terbaik, flash stock firmware semula.
Macamana nak flash stok firmwarw tu? Noob lagi pasal ni..
amirez recently posted…Susahnya Tulis Jawi
Satu lagi option ialah buat factory reset (semua fail, data akan di wipe). Kalau tak dapat jugak bolehla flash firmware. Boleh refer post saya kat sini (ikut cara ketiga – Odin). http://mobilityworlds.com/cara-cara-upgrade-samsung-galaxy-sii-gt-i9100-gt-i9100g-ke-ics-4-0
MEMANG TERBAIK DA SELESAI ROOT.. CREDIT UTK SHRAQS
Kredit utama kena pergi pada geng2 di xda dev. :) Saya hanya menumpang jer. :)
shraqs recently posted…Reset Binary Counter Dan Exclamation Mark Menggunakan Triangle Away (Samsung)
dsytnya..leh reset binary counter..tp agak2 smsung leh detect ke phone tu dah root?..mesti ade fail safe kalo binary counter ni kene reset..mesti die taunya..rasanya la..hehe
Jebeng Otai™ recently posted…Tips Selesai Masalah Replytocom
Memang fresh 0 bro. Lepas reset binary counter, flash ngan stock firmware. Good as new. :)
emm..macam best aje bila korang pakai macam-macam ni yekk..
titan recently posted…Mencintai Ain Maisarah – Part 9
Best memang best, kakau silap haru biru dibuatnya.:-)
root android ni ikut jenis phone ke?
kalau root android tablet bleh?
Root memang kena ikut model phone. Tak sama semua. Utk tablet pun ada root jugak. :-)