Post ini merupakan sambungan kepada post Kepentingan Memantau Uptime Dan Downtime Blog. Dalam post tersebut, saya telah menyentuh aspek peri pentingnya kita memantau prestasi uptime dan downtime sesebuah blog, dan melalui post kali ini saya akan berkongsi satu aplikasi percuma untuk pengguna smartphone Android dan iPhone yang memiliki blog atau laman web samada personal blog mahupun e-commerce. Aplikasi yang saya maksudkan di sini ialah Pingdom – didatangkan dalam 3 versi (percuma, basic dan business). Selain daripada menawarkan servis percuma untuk menjalankan test page speed / load time blog dan laman web, Pingdom turut menawarkan servis untuk memantau Uptime dan Downtime blog terus dari smartphone anda.
Pengalaman Dengan Pingdom
Personally, saya telah menggunakan aplikasi ini (versi percuma) dari bulan Februari 2012 dan cukup berguna dalam proses saya memantau prestasi uptime dan downtime blog ini di mana – mana sahaja menerusi smartphone. Antara kelebihan Pingdom yang dapat saya kongsikan ialah;
- Percuma (sekiranya mahukan servis yang lebih detail, anda boleh subscribe versi basic atau business) – Rujuk DI SINI.
- Satu akaun percuma hanya untuk memantau 1 blog.
- Pemantauan yang lebih mudah OTG (On The Go) – boleh memantau menerusi smartphone Android dan iPhone.
- Membolehkan anda bertindak lebih cepat, samada untuk menghubungi syarikat hosting ataupun isu lain yang mengakibatkan downtime.
- 20 SMS alert untuk akaun percuma, dan untuk akaun basic dan business merangkumi alert menerusi email dan twitter.
Sepanjang pengalaman saya menggunakan aplikasi Pingdom ini, pernah sekali saya menghubungi syarikat hosting (dataKL) kerana blog ini mengalami downtime melebihi 3 jam. Dipendekkan cerita, akhirnya saya yang mendapat malu kerana terlupa bahawa mobilityworlds menggunakan servis Cloudflare. Sepatutnya saya periksa status server Cloudflare terlebih dahulu. Apa pun, servis dari dataKL cukup memuaskan, 1 email ringkas yang saya hantar dibalas dengan 2 email yang cukup detail.
Pengajarannya, kepada rakan – rakan blogger yang menggunakan servis Cloudflare, pastikan anda melihat kepada status update mereka terlebih dahulu sekiranya blog anda mengalami isu downtime (CloudflareStatus – Twitter). Sekiranya masalah berpunca dari Cloudflare, Login akaun Cloudflare dan Pause servis mereka dan cuba lihat samada blog anda masih offline atau sebaliknya. Sekiranya blog anda masih offline, bermakna sampai masanya untuk anda “menyerang” syarikat hosting anda. 
Screenshot Pingdom Untuk MobilityWorlds (23 – 28 Mei 2012)
1. Response Time
Response time purata untuk mobilityworlds sepanjang tempoh tersebut sekitar 3 saat.

Pingdom - Response Time
2. Uptime

Pingdom - Uptime
3. Downtime

Pingdom - Downtime
Kesimpulan
Aplikasi Pingdom ini cukup berguna untuk anda memantau uptime dan downtime blog anda. Untuk personal blog, akaun percuma sudah dikira memadai dan lebih daripada mencukupi.
Nice share… nampak cam penting je bende nie… akan dipasang
Mohd Ilham recently posted…Panduan buat blog percuma di blogger
Banyak guna bro.
Ini adalah kali pertama saya di sini, dan mahu menjadi laman web anda! Terima kasih untuk berkongsi!
Thanx for d info… baru nak try pakai mende nie
Izzuddin Fauzi recently posted…1 Jun 2012 – Mulut Kita Akan Mula Di Kunci
Most welcome. Asalkan benda berguna,.. boleh je dikongsi
nampaknya lepas ni memang kena guna la
sekali lagi TQ
Untuk jaga kualiti bro
dah bertahun-tahun aku guna servis pingdom ni. memang terbaiklah. haha..
titan recently posted…Post Moterm – Himpunan Jutaan Belia 2012
Betul tu bro..
owh..slalu wat test speed jer..x sangka ade features ni..
mmg terbaek..
Memang terbaik!
teringin jugak nak pasang tetapi buat masa nie belum berkesempatan lagi…
Anytime bila ada masa bro.
Assalam…
dah pasang,thanks..
iza recently posted…Barang Kemas vs Jam Tangan.
W’salam
Most welcome.