Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Perpindahan Selesai!

Alhamdulillah! Akhirnya segala proses perpindahan dari rumah lama (Bandar Baru Ampang) ke rumah baru (Kajang) telah selesai tanpa sebarang masalah. Jadi, secara rasminya saya kini menetap di Kajang.

Bagi yang dah biasa berpindah tempat tinggal mungkin faham kesukaran, kepenatan, dan tidak ketinggalan kos yang terlibat bila berpindah. Apatah lagi bagi yang dah berkeluarga.

Saya berpindah pada Ahad lepas (1 Julai 2012), tarikh final EURO 2012. Memang tak tonton final memandangkan Germany tak main di final, jadi takdelah saya nak kisah pun. :)

Sepanjang beberapa hari di rumah baru, tak banyak yang dapat saya ceritakan melainkan kerja – kerja membersih, mencuci, menyusun dan unpack barang dari kotak. Rasanya sudah hampir 85% siap.

Berita baiknya saya akan kembali berblog seperti biasa selepas ini.

Kepada semua yang tak putus – putus melawat, komen dan meninggalkan email bertanyakan permasalahan dan isu, terima kasih saya ucapkan dan email anda akan saya cuba balas secepat mungkin.

Sekali lagi, terima kasih semua.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. memang penat pindah rumah ni
    Khidhir recently posted…Tutorial Pindah Domain

  2. berpindah untuk keselesaan yang lebih baik..
    Mus recently posted…Tiket Penerbangan Menyaksikan Perlumbaan F1 Singapura Serendah RM49

  3. boleh pekena satay samuri ori hari2 la lepas ni ;)

  4. apa lagi….
    kasi makan satay kajang la ngee :D
    hafidz recently posted…Wordless Wednesday – Ayah

  5. dah jadi orang kajang la sekarang….pindah memang penat.
    kimmie recently posted…Wordless Wednesday 31: Mercu Tanda

  6. mula2 bc tajuk dr email ingatkn pindah hosting..
    rupanya pndh umah..hehe…
    cik tom recently posted…Komik Lawak Kampus Kompilasi Mantap!

  7. hehe..xde wat kenduri doa selamat ke..leh jamu sate kajang hj samuri :p
    chii recently posted…Status Diri Sendiri

  8. yela..mmg suspen jgak..pindah rumah rupanya..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted…Hosting Baru JebengOtai.com

  9. Ingatkan pindah hosting! Rupa-rupanya pindah kediaman! :D
    anif recently posted…IKEA Malaysia Sale 5 – 22 July 2012

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*