Berita baik bagi peminat Blackberry, RIM (Research In Motion). RIM secara rasminya telah mengumumkan platform terbaharu mereka iaitu Blackberry 10 di World Conference di Orlando, Florida pada 1 May 2012. Bagi developer dan tester yang berminat untuk membangunkan perisian, dan aplikasi untuk platform Blackberry 10 ini, anda boleh memuat turun Developer Toolkit ini secara percuma di laman Blackberry Developer.

Blackberry 10
“BlackBerry 10 builds upon the core values and exceptional user experiences that have attracted more than 77 million BlackBerry customers around the world today,” said Alec Saunders, Vice President, Developer Relations and Ecosystems Development. “Developers building for BlackBerry 10 will be able to easily create the kind of cutting-edge apps that deliver truly engaging experiences and ‘wow’ customers, whether through integration with native features and other apps like BBM or by leveraging the new signature design elements of this new and powerful mobile computing platform.”
Developer Toolkit ini mengandungi Blackberry 10 Native SDK dengan Cascades yang membolehkan developer mencipta grafik yang kemas dan menarik, aplikasi berprestasi tinggi menggunakan C/C++ selain set API (Application Programming Interfaces) yang membolehkan developer mendapatkan akses ke bahagian teras peranti Blackberry dan servis aplikasi. Maklumat lanjut tentang Cascades boleh dirujuk di laman ini : http://devblog.blackberry.com/2012/05/blackberry-10-cascades-available-now/.
- Untuk mendapatkan gambaran tentang Blackberry 10 WebWorks SDK, rujuk di laman ini : http://devblog.blackberry.com/2012/05/blackberry-10-webworks-sdk/.
- NDK untuk BlackBerry 10, termasuk Cascades, boleh dimuat turun di https://bdsc.webapps.blackberry.com/native/download.
- BlackBerry 10 WebWorks SDK boleh didapati di https://bdsc.webapps.blackberry.com/html5/download.
Aplikasi yang dihasilkan dengan mana-mana BlackBerry 10 akan berfungsi pada smartphone BlackBerry 10 serta BlackBerry PlayBook apabila platform baru ini tersedia untuk PlayBook. Kesemua SDK ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memudahkan developer mengakses keunikan platform BlackBerry 10.
Lihat video di bawah yang disampaikan oleh Heins Thorsten semasa BlackBerry World 2012 keynote yang memaparkan sebahagian daripada apa yang sedang dibina untuk platform BlackBerry 10.
Blackberry 10
Apple Store Protest “WAKE UP”
Selepas pengumuman Blackberry 10, persoalan tersebut telah terjawab. Kempen “WAKE UP” ini dilancarkan oleh pihak RIM Australia. Dalam kempen tersebut, sekumpulan protester yang berpakaian serba hitam memegang sepanduk “WAKE UP” melaungkan “Wake Up” di hadapan Apple Store Australia. Pengakuan RIM terhadap kempen tersebut boleh dirujuk di laman ini : Apple Insider.
Final Thought
Dalam persaingan mendapatkan tempat dan tarikan pengguna smartphone yang semakin sengit, pelbagai kaedah unik dan menarik digunakan oleh setiap pesaing untuk menarik perhatian pengguna walaupun kadang – kadang kaedah yang digunakan secara tidak langsung memperlekeh pesaing – pesaing yang lain. Secara peribadi, berdasarkan trend terkini pasaran smartphone di seluruh dunia, dapat saya simpulkan bahawa produk yang baik dan berkualiti tidak akan mendapat tempat tanpa pemasaran yang dilakukan secara besar – besaran dan ini sudah pasti melibatkan kos yang tinggi.
tu je ker features nya..mcm kureng la..huhu
Jebeng Otai™ recently posted…Wordless Wednesday : Gula Kapas
Belum semua lagi bro. Masih dlm proses nak tarik developer bangunkn aplikasi
mungkin faktor penguasaan android…kurng perhatian utk RIM..
Jebeng Otai™ recently posted…Wordless Wednesday : Gula Kapas
Itula kan. Jadi developer pun nak jugak buat duit sikit2. Kalau pasaran tak besar, camana developer nak jual aplikasi diorang. Bagus develop aplikasi utk iOS @ Android.
shraqs recently posted…Monthly Roundup – April 2012
end user pon lebih ramai utk dua2 os.. :)
Jebeng Otai™ recently posted…Kamera Digital Android
BB nak fight balik rupanya. itulah, tak uji sepenuhnya dulu sebelum release model baru. contohnya BB torch, telinga tak boleh rapat dengan phone nanti ter’off panggilan.
Amirez recently posted…Lelaki Kacak Yang Beriman
Ada jugak macam tu yer…
shraqs recently posted…Bang! Jom Sayang Belanja Makan Satay..
Setelah dilemahkan secara terancang oleh media, akhirnya BlackBerry fights back! :D
anif recently posted…Version 2.0 – Wordless Wednesday #36
Harap2nya Blackberry belajar dr kesilapan diorang sblm ni. Jangan terlalu gopoh nak keluarkan produk yang belum betul2 complete.
shraqs recently posted…Perkenalkan Platform Blackberry 10