Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Penjenamaan RIM Kepada BlackBerry Dan BlackBerry 10 OS

RIM secara rasminya kini dikenali sebagai BlackBerry selepas melakukan proses penjenamaan semula. Menerusi keynote semalam (30 Januari 2013), BlackBerry turut melancarkan BlackBerry 10 OS mereka yang terbaharu di samping DUA peranti smartphone yang bakal menyokong OS tersebut. Smartphone berkenaan ialah BlackBerry Z10 (touch) dan BlackBerry Q10 (keyboard).

Video keynote pelancaran BlackBerry 10 boleh ditonton menerusi link berikut : BlackBerry 10 Launch

Blackberry 10

Blackberry 10

Ciri – Ciri BlackBerry 10 OS

Berdasarkan video keynote, BlackBerry 10 ini merupakan platform yang jauh lebih advance berbanding versi – versi mereka yang terdahulu. Paling ketara, OS ini jauh lebih smooth dan reliable serta dilengkapi dengan fungsi gesture yang cukup mantap. Berikut adalah antara ciri – ciri yang bakal dimuatkan dalam BlackBerry 10 ;

BlackBerry Hub

BlackBerry Hub merupakan aplikasi yang berfungsi sebagai hub yang akan menguruskan segala perbualan / perhubungan samada email, social update, notification, BBM Messages dan sebagainya di satu tempat dengan hanya menggunakan fungsi peek dan gesture di skrin smartphone.

BlackBerry Hub

BlackBerry Hub

BlackBerry Flow

Ciri ini membolehkan pengguna menggunakan satu aplikasi ke satu aplikasi yang lain dengan cara yang lebih lancar dan di integrated sepenuhnya tanpa melibatkan sebarang home key.

BlackBerry Keyboard

Ini merupakan ciri yang paling menarik perhatian saya. Pengenalan BlackBerry Keyboard ini merupakan satu revolusi baharu dan inovasi yang cukup menarik. Menggunakan BlackBerry Keyboard seolah – olah anda menaip tanpa perlu mengeja perkataan satu persatu di samping kemampuan untuk menukarkan ke bahasa lain dan auto fix.

BlackBerry Keyboard

BlackBerry Keyboard

BBM (BlackBerry Messenger)

BBM di BlackBerry 10 dilengkapkan dengan fungsi voice calling, video chat dan kebolehan untuk berkongsi paparan skrin.

BBM (Video Call)

BBM (Video Call)

BlackBerry Balance Technology

BlackBerry Balance Technology memisahkan kandungan aplikasi antara kerja dan personal dengan cara yang cukup kreatif dan mudah dicapai dan lebih selamat.

BlackBerry Balance

BlackBerry Balance

Selain daripada ciri -ciri di atas, masih terdapat beberapa ciri lain yang turut menyerlah seperti TimeShift (fungsi kamera), browser, BlackBerry Remember, BlackBerry Safeguard, BlackBerry World dan sebagainya. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, pastikan anda menonton video keynote BlackBerry 10.

Personal Thought

Berdasarkan video keynote yang ditonton, personally saya cukup kagum dengan BlackBerry 10 OS yang dihasilkan ini. Ternyata BlackBerry benar – benar melakukan banyak inovasi terhadap OS terbaharu mereka dan bakal memberikan pengalaman yang berbeza dalam persekitaran smartphone platform. Paling menyerlah, BlackBerry 10 boleh digunakan dengan hanya satu ibu jari sahaja samada untuk menaip dan sebagainya.

Dengan proses penjenamaan semula, pengenalan BlackBerry 10 OS, pelancaran BlackBerry Z10 dan BlackBerry Q10 ini bakal memberikan lebih banyak pilihan berkualiti kepada pengguna. Tidak mustahil jika saya katakan, BlackBerry bakal memberikan saingan yang sengit kepada Android dan iOS di masa akan datang. Kita tunggu dan lihat.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. wah, BB dah semakin maju kehadapan, nak bersaing dengan apple dan samsung, yang masing2 guna ios dan android, tu yang BB keluar OS diorang sendiri, peminat BB mesti tak sabar nak guna device baru ni. tahniah tahniah :D

  2. nice post :)
    Kids Party recently posted…Tips Menu Pesta Ulang Tahun Anak

  3. tertarik dengan z10..
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted…Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi (Slot Akasia TV3)

  4. pasti jadi saingan sengit kepada samsung dan android nanti

  5. tahun 2013 bakal jadi tahun cemerlang buat BlackBerry.

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*