Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Pemandangan Luarbiasa Sepanjang Bulan Ramadan

Bulan Ramadan dah pun berada di pertengahan. Diharapkan agar semua rakan – rakan blogger dan semua rakyat Malaysia yang beragama Islam menunaikan rukun Islam keempat ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Isu yang cuba saya timbulkan di sini bukanlah isu yang serius, sebaliknya lebih kepada sesuatu perkara yang menarik dan mungkin juga lucu untuk sama – sama kita perhati dan amati. Pemandangan luarbiasa sepanjang bulan Ramadan ini memang berulang setiap tahun dan hanya berlaku di bulan ini sahaja. Di bawah ini saya senaraikan pemandangan yang luarbiasa sepanjang bulan Ramadan berdasarkan pengamatan saya sendiri ;

Bulan Ramadan

Bulan Ramadan

1. Penggunaan Beg Galas dan Briefcase Ke Tempat Kerja

Jika diamati betul – betul, penggunaan beg galas dan briefcase meningkat secara mendadak pada bulan Ramadan. Ke mana sahaja dituju pasti dibawa bersama. Kadang – kadang terdetik juga di hati kecil saya ini, apa isi di dalamnya?.. lebih – lebih lagi kalau orang yang dimaksudkan bukanlah jenis yang biasa menggunakan beg galas atau briefcase di bulan – bulan lain. :) Bukan nak bersangka buruk, cuma untuk dijadikan bahan jenaka..

2. Ramai Yang ke Surau atau Masjid

Kalau di bulan – bulan lain, tak pernah pun nampak muka di surau. Sebaliknya, bila bulan Ramadan,.. bukan main ramai yang rajin ke surau atau masjid tanpa mengira masa, dari pagi sampai ke petang. Tapi yang sedihnya bila waktu malam, tak pulak nampak semasa terawih. :)

3. Trafik Sesak di Awal Pagi dan Petang

Jam 6 pagi, jalan dah mula sesak berbanding bulan – bulan sebelumnya. Yang lebih menarik, kesesakan ini berterusan sampai ke petang. Bila masa diorang ni masuk ofis yer? Bulan Ramadan ni ramai yang suka buat outstation. Pantang free sikit mesti nak keluar dari ofis.

4. Hubungan Rapat Dengan Rakan Sekerja non-Muslim

Kalau dulunya, nak bertegur sapa dengan rakan sekerja non-muslim bukan main susah.. tapi bila bulan Ramadan, dah jadi kamceng pulak. Baik ada makna tu,… :). Kepada rakan – rakan yang beragama Islam, janganlah digunakan rakan – rakan non-Muslim semata – mata untuk membeli makanan tengahari yer. Kadang – kadang pelik rasanya bila melihatkan diorang balik ke ofis dengan menapau makanan lebih dari 1 atau 2… takkanlah sorang nak makan sampai 2 – 3 bungkus kot. :)

5. Bilik Yang Biasa Kosong Kini Menjadi Tumpuan

Pantang ada masa terluang sedikit dan jumpa port yang sesuai mesti nak tidur je kerjanya. Tempat yang biasa dijadikan port ialah di surau, bilik mesyuarat, perpustakaan dan yang paling best, di meja sendiri. :)

NOTA : Penulisan ini hanya gurauan dan tak lebih dari itu. Jangan terasa pulak yer. Saje bergurau di bulan Ramadan.

Selain dari 5 pemandangan luarbiasa sepanjang bulan Ramadan yang saya senaraikan di atas, berkemungkinan besar rakan – rakan blogger dan pembaca ingin kongsikan pengalaman masing – masing tentang kerenah di bulan Ramadan, silalah berbuat demikian di ruangan komen di bawah.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA, TERAWIH & SELAMAT AIDIL FITRI. JANGAN LUPA BAYAR ZAKAT FITRAH!

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. mana dapat ni haa..haha..
    titan recently posted…Invoice untuk Admax-Komli

  2. bilik kosong menjadi tumpuan.. haha.. jgn utk curi2 makan sudah ye.
    Oh! budu recently posted…tips hilangkan jerawat dan parut

  3. bleh tambah byk lagi nih kalo nak.. wakaka

  4. hahaha…..utk 2 minggu pertama je kot.
    dennis recently posted…BERBUKA PUASA DI BUMBU DESA ALAMANDA

  5. 2 minggu pertama ramadhan, parking kereta jauh dari masjid kerana parking dalam masjid dah penuh untuk bertarawikh… 2 minggu terakhir ramadhan, lori pun boleh masuk parking dalam masjid :)

  6. penah gak ternampak mamat yg xpose suro pekerja nepal beli nasik..huhu
    Jebeng Otai™ recently posted…Keputusan Terkini Pingat Olimpik 2012

  7. Se lagi.. Orang beli makanan tengahari pakai halmet.. Hehehe. Dengan selamba badak jer.
    Cikgu Hairul recently posted…Majlis Berbuka Puasa D’ PNB Binjai 10 Restaurant

  8. Kalau perempuan tu yg suruh non muslim menapau boleh dimaafkan,tapi kalau lelaki tu….sendiri mau ingatlah.
    azman recently posted…Majlis Buka Puasa Bersama Anak Yatim

  9. typical Melayu Islam…kat mana-mana pun ada macam tu :D
    Shahrul recently posted…Perbelanjaan di Bulan Ramadhan

  10. Perkara yang buruk tu segeralah tinggalkan..

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*