Berminat untuk tingkatkan lagi tahap page load wordpress anda secara percuma? Jika YA! Anda tidak seharusnya melepaskan peluang yang bakal saya kongsikan di sini. Jika anda perhatikan di bahagian footer blog MobilityWorlds, anda akan dapati bahawa saya telah menggunakan perkhidmatan MaxCDN buat seketika (bermula pada 24 September 2012) dan semuanya saya perolehi secara percuma.

MaxCDN 1TB Percuma
Apa Itu CDN Dan Bagaimana Ia Berfungsi ?
Secara ringkasnya, CDN adalah ringkasan kepada Content Delivery Network yang merujuk kepada sistem di mana server khas yang terletak di seluruh dunia memainkan peranan menyampaikan fail laman web/blog anda dengan lebih cepat dan pantas kepada pengguna yang terletak jauh dari server utama anda.
CDN akan menyimpan satu salinan imej, css, javascript dan lain – lain lagi dari blog anda agar pelawat laman web anda tidak perlu menunggu lama sementara menunggu blog anda dipaparkan sepenuhnya. Dalam bahasa mudahnya, peranan CDN ialah mempercepatkan page load blog anda tak kira di mana jua berada.
Antara penyedia perkhidmatan utama CDN adalah seperti Amazon, Rackspace, Cloudflare dan MaxCDN.
Berbalik kepada topik asal,..
Bagaimana Mendapatkan Akaun MaxCDN 1TB Secara Percuma ?
Pada bulan Ogos tempohari, MaxCDN telah melancarkan kempen Speed Awareness Month dan menawarkan 1TB pertama ruang storan CDN secara percuma dalam usaha mereka menarik pelanggan dan sebagai hebahan perkhidmatan yang disediakan.
Sejujurnya, saya baru sahaja mendapatkan akaun MaxCDN ini secara percuma pada 24 September dengan menggunakan kupon speedam2012 yang menawarkan 1TB atau bersamaan 1000GB storan CDN yang bernilai $39.95 pada asalnya.
Kalau berminat, cepat – cepat ke laman MaxCDN dan Sign up akaun dan gunakan kupon yang saya nyatakan di atas sebelum terlambat.
Untuk mengintegrasikan CDN ke blog, sila rujuk post ini : Cara – Cara Memasang MaxCDN Ke Blog WordPress
Terlepas gak.
Jawatan Kosong Kerajaan recently posted…Jawatan Kosong Di Yayasan Selangor
Takde rezeki. Mungkin lain kali.
Aduss..sudah terlambat..disebabkan sibuk sgt dah dua tiga hari tak lawat blog MobilityWorld ni..kalau ikut update yang dinyatakan,masa untuk dapatkan FREE dah tamat..atau ada extend bro?
Takde la. Sy baru je check. Sorry!
Cool. Boleh register kejap lagi nie..Harap2 msh FREE lagi.
Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..
http://infokilat.com/lucu/wow-manusia-melayang-ada-di-poins-square-lebak-bulus/
Offer dah tamat la.
Mana lagi best pakai ini di banding dengan cloudflare? ka boleh ganding sekali?
Saya lambat la bro. coupon tu tak boleh guna sudah. Kalau bro ada coupon lain, bagitau ya.
Naziman recently posted…Impian dan Perancangan Blogging dalam 3 Tahun
InsyaAllah! Itula kalau ikut offer pun hanya utk bulan Ogos je, tapi diorang extend. Takde rezeki,.. mungkin lain kali.
Aku guna dua2 sekali bro. Guna MaxCDN utk buat selarikan DNS Lookup, Cloudflare aku guna utk Optimization.
terbaik aa bro..nk try tgk speed sy lak..hehe
Jebeng Otai™ recently posted…JebengOtai.com : Impian Dan Perlaksanaan
Speed tak jauh beza sangat tapi yg bestnya bila boleh buat serialization tu. Dpt kurangkan banyak problem lain. Blok pun rasa lebih ringan.
Menarik…
satu akaun boleh guna utk berapa blog?
Azuan recently posted…1ST Giveaways BudakFelda.Com
Tak pasti utk berapa blog. Kalau tak silap boleh lebih dari satu.
Dah baca kat blog2 lain… boleh guna utk lebih 1 blog. Hanya perlu create pull zones jer jika nak tambah blog.
Azuan recently posted…1ST Giveaways BudakFelda.Com
Thank you bro sebab clarify
menarik! boleh cuba ni.. hehe
nizarazu recently posted…Tujuh Produk Gagal Dari Apple
Cuba jangan tak cuba.
nice info bro..baru je register
hafizrahim recently posted…Top 10 Blog Paling Popular Malaysia – September 2012
Nanti boleh buat testing.
Tadi tengah filter entry kat busuk.org, tetiba ternampak artikel ni. Thanks so much for the info.
Kebetulan tadi juga aku tengah usya2 pasal CDN, saja gatal tangan. Teringin gak nak cuba. Haha. Tiba2 ternampak lak ada offer best ni. Hehe.
1tb, maknanya dapat guna free sampai 1tb bandwith lah kan? Lepas 1tb baru kena bayar. Tadi aku kira-kira. Kalau ikut purata bandwith bulanan aku, maknanya aku blh guna free cdn ni selama 60 bulan. Haha.
Affan recently posted…Kanada, Kopi dan Budaya
Untuk 12 bulan dari tarikh daftar je bro.
Diorang hanya buat package monthly & annually je.
Dah emel untuk verify dengan diorang tadi. Cepat betul respon tiket.
Ya, 1TB untuk 12 months.
Tapi since blh letak banyak2 blog, memang berbaloi gak lah. Hehe
Untuk info best ni, aku dah recommend artikel ni kat busuk.org
Bisnes besar bro. BTW, thank u so much.:-)
terima kasih byk2 bro…sudah register
Shahrul recently posted…iPhone 5 Telah Berjaya di Jailbreak
Most welcome. Barang baik, jangan disimpan sorang2 ya dak…
ini sudah bagus. ramai blogger yg nak pakai CDN ni. kalau dah pakai CloudFlare takde masalah konflik kan?
Amirez recently posted…Sulur Bidar Makhluk Aneh di Tasik Kenyir
Takde problem bro. Saya sendiri guna Cloudflare & CDN sekarang ni. Cuma nak bahagikan setting tu baik2 lagi.
Macam menarik je nih
Sobri Mansor recently posted…Lucas Podolski Di kritik Berth Vogts
Sign up dulu, sementara diorang bagi free. Yang setup tu boleh buat kemudian.
Owhh menarik tawaran ni, buat masa ni saya guna amazon s3 untuk host semua bahan-bahan yang digunakan di blog… Bolehlah cuba maxcdn dengan tawaran percuma ni…
Eizil recently posted…Perlukah lelaki pandai memasak?
Kalau ikutkan memang berminat dengan Amazon jugak. Kebetulan dpt free dr MaxCDN ni baik rembat terus.
Kalau dah guna cloudflare boleh tak guna CDN yang ni? Takut ada konfolik pulak.
Cikgu Hairul recently posted…Perokok tak boleh masuk Universiti
Saya guna kedua2 sekarang ni,.. takde problem.
Cool. Boleh register kejap lagi nie..Harap2 msh FREE lagi.
Dulu Lain Sekarang Lain recently posted…The Makan-Makan Membership
Aku baru je check kejap tadi, masih dpt free lagi.