Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

PayPal Tricks/Scam

Kalau dah namanya blogger memang kita takkan lepaskan peluang untuk mendapatkan income secara online, pantang kalau ada yang buat screenshot pendapatan PayPal, AlertPay atau apa-apa bukti pendapatan sekalipun kita mesti nak baca. Dah jadi lumrah kita semua kan, termasuklah saya sendiri, siapa yang tak nak jana pasif income, betul tak..?

Dalam post terdahulu, saya pernah kongsikan tutorial untuk menjana screenshot pendapatan palsu Google AdSense. Untuk post ini saya nak kongsikan pula satu lagi cara mudah yang digunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dalam usaha mereka menarik minat pembaca untuk subscribe atau menyertai program affiliate yang mereka kendalikan dengan menggunakan bukti pendapatan PayPal palsu.

Tutorial mudah untuk menjana penyata pendapatan PayPal palsu boleh dirujuk di bawah. sebelum itu, anda memerlukan;

  1. Akaun PayPal
  2. Firefox browser
  3. Semangat ingin belajar..

Screenshot di bawah ini merupakan page asal akaun PayPal saya sebelum melakukan proses editing.

Penyata akaun PayPal (Sebelum)

Langkah 1

  • Dengan menggunakan Firefox browser, login ke akaun PayPal anda. Untuk tutorial ini saya gunakan page di My Account -> Overview. Anda boleh gunakan mana-mana page yang anda inginkan, sebaiknya page yang ada menunjukkan Account Balance atau Payment Received.
  • Sementara di page tersebut, klik Tools -> Web Developer -> dan klik Page Source. (Firefox)
  • Satu pop up window baru akan keluar dalam bentuk coding (HTML), save kan di Desktop anda bagi memudahkan proses editing nanti, dan anda boleh Logout akaun PayPal. Secara default, fail tersebut akan dikenali sebagai webscr.htm.

Langkah 2 (Proses Editing)

  • Buka fail webscr.htm dengan NotePad, WordPad atau Notepad++ dan kenalpasti nilai-nilai (balance akaun anda yang asal) yang anda ingin ubah seperti jumlah Account Balance dan sebagainya mengikut page yang telah anda pilih. Dalam tutorial ini, nilai yang perlu saya tukarkan ialah $154.35.
  • Selesai proses editing, save kan fail tersebut.

Langkah 3

  • Klik kanan di fail webscr.htm -> Open With -> Firefox atau mana-mana browser, dan lihat hasilnya seperti screenshot di bawah.

PayPal Cheat Sheet (After)

Cuba bandingkan perbezaan screenshot SEBELUM dan SELEPAS. Cukup mudah sebenarnya untuk melakukan penipuan seperti ini. Tapi, perlu diingat bukan semua blogger menggunakan teknik seperti ini semata-mata untuk menarik perhatian, ramai di kalangan mereka yang jujur.

NOTA: Sekiranya anda terjumpa sebarang laman blog atau site yang bertindak sedemikian, pastikan kesahihannya terlebih dahulu. Antara yang boleh dilakukan ialah dengan mendapatkan maklumat yang terperinci tentang sesuatu program atau affiliate yang ditawarkan dengan Google terlebih dahulu. Macam-macam ada!

Bagi yang berminat untuk membuka akaun PayPal percuma, boleh ke laman utama PayPal dan pastikan url yang digunakan bermula dengan https://…… dan cukup sekadar Sign up untuk Premier Account sahaja tanpa perlu Verified kredit card dan sebagainya.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. Salam tuan blog,
    info yg bagus.. saya baru buat semalam, tapi terus verified akaun tu.. bila baca post ni, macam menyesal pulak verified. Pakai Maybank Debit kad.

    • W’slam,
      Takpe, kalau dah verified pun kira ok jugak. At least limit makin tinggi. BTW, duit yg di charge akan di refund semula dlm akaun. :)

  2. siap ada trik lagi eh,boleh try ni..hehe
    W.HabibuRahman recently posted…Cikgu Disiplin Kena Kelentong

  3. ada dpt kat email pasal akaun ni tapi sy tak layan hee…sb org pandai tipu jer heee
    suri recently posted…Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_12/2011

  4. akaun ni mmg tka der lagi hee klu akun buku simpanan adalah heeee
    suri recently posted…Homemade Bantal Musyuk

  5. wah3. hackess!. hahaha. ni mmng terbaik btul ni. haha. adis. klu kne tu mmng kaw2 la. lol.
    acapz recently posted…Konsep Menarik Windows Phone 7 Dengan Meego

  6. mcm2 cara nak menipu skang ni ek..
    cik tom recently posted…Halalkah Punca Rezeki Kita?

  7. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

  8. Aku x de akaun paypal nih…blom ada kepentingan lagi nak bukak…hehehe
    yas recently posted…Perhimpunan 901 – Polis Benarkan dgn Bersyarat

  9. aku prnh terbaca pasal scam paypal nie..hehehe siap tutorial lagi :)
    minggu lps baru 1st time guna paypal beli app BB hehhe..:)
    Tuan Tanah recently posted…300 juta unit Handphone terjual daripada Samsung untuk tahun 2011

  10. dah lama ada akaun paypal tapi saya tak pandai nak guna..baru2 ni saya beli hosting dari syarikat indonesia,memang susah kalau tak pandai berurusan melalui paypal..last2, saya transfer duit melalui maybank..tapi kena rajin pergi bank dan ambik nombor le..hehe..kalau pandai guna paypal kan senang..
    mrs.yie recently posted…TUKAR THEME LAGI RAFINAMIMI DOT COM

  11. dah buka akaun paypal , tp tak pandai nak guna pula hehehee
    puanbee recently posted…Pertama Kali Gunting Rambut Una Yang Kerinting

  12. ramai org yg bijak menipu diluar sana, kita pun kena bijak supaya tak mudah tertipu :)
    kimmie recently posted…Apa yang wajib ada menjelang Tahun Baru Cina

  13. macam tu pun ada orang tipu
    macam2 hal mereka ni
    tehr recently posted…Siri Bercakap Dengan Ayah | Cikgu Yang Ajar

  14. tu la bro…memang suka sangat guna kesempatan kan…
    kesian jugak kat orang yg tak tau ape2 ni diperbodohkan…
    nizam recently posted…Tegurlah Secara Positif

  15. hari-hari aku dapat email phishing pasal paypal ni. Tu lom lagi bank tempatan lain… Grrr..
    titan recently posted…Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah

  16. mcm2 hal ler bro… kui3x..
    lazaac recently posted…Wordless Wednesday #5

  17. wahh..mesti ramai yang dah kena tipu nih..
    ohcikgu recently posted…Safee Sali tetap kena buat keputusan sendiri.

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*