Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Pantau Kadar Radiasi Smartphone Menggunakan Aplikasi Percuma Tawkon

Beberapa tahun yang lepas pengguna smartphone pernah ditakutkan dengan jumlah kadar radiasi yang dihasilkan oleh smartphone dan kesannya terhadap otak manusia. Berita baik kepada pengguna peranti Android yang prihatin terhadap tahap radiasi (SARSpecific Absorption Rate) yang dihasilkan oleh smartphone dan kesannya kepada anda, kini terdapat aplikasi percuma di Google Play yang dihasilkan khusus untuk memantau radiasi smartphone yang dikenali sebagai Tawkon.

SAR Score Infografik – Tawkon

Secara kasar, infografik di bawah dikeluarkan oleh Tawkon memaparkan tahap radiasi dan SAR untuk beberapa model smartphone terkenal.

SAR Score Infografik

SAR Score Infografik

Aplikasi Tawkon User Interface

Tawkon User Interface

Tawkon User Interface

Aplikasi Tawkon ini akan bertindak semasa anda membuat panggilan dan akan memberikan amaran sekiranya kadar radiasi dan SAR meningkat.

Tawkon Video

Buat masa ini, aplikasi Tawkon hanya boleh diperolehi dan dimuat turun secara percuma dari Google Play untuk pengguna peranti Android sahaja dan tidak lagi ditawarkan di Apple Apps Store untuk pengguna iPhone memandangkan hasil yang dikeluarkan oleh Tawkon tidak memihak kepada iPhone.

Download Link Aplikasi Tawkon

Final Thought

Personally saya bertanggapan isu ini lebih kepada teknik marketing yang sengaja diada – adakan oleh pihak – pihak yang berkaitan secara langsung lebih – lebih lagi antara pihak yang bersaing dalam menghasilkan produk yang sama dalam usaha mereka mewujudkan sindrom FUD (Fear, Uncertainty, Doubt) di kalangan pengguna. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa wujud laporan dan kajian yang menunjukkan penggunaan smartphone secara berterusan boleh memberikan impak yang buruk terhadap otak manusia.

Tak salah mencuba sekiranya untuk kesihatan.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. nanti boleh try…nak juga cek tahap radiasi phone saya…
    daddydee recently posted…Tetapkan Visi Kita

  2. … boleh cuba dulu aplikasi ni, test tengok cemana tahap radiasi di telefon kita.

  3. tima ksh bro atas applikasi ini.. inilah yg saya cari-cari selama berdekad ini..

  4. Utk calling2 ngn sms..chii x guna smartphone.. prefer tepon biasa je..tu pun jarang2..n then slalu guna headphone =)

    application yg bagus ni
    chii recently posted…Internet tanpa sempadan – Unifi

  5. Application yg bagus. tapi boleh percaya ke sofware ni. sesetengah application daripada Google play cuma prank je. Apa2 pn saya nk cuba jgak sofware ni..hehehe
    brokencircuit recently posted…RANKING HANDPHONE APRIL 2012

  6. gambar kartun tu pun molek aih, memang tak kena radiasi la..tapi tak dinafikan, surrounding kita sekarang pun dah tercemar
    syahrilhafiz recently posted…Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 2012

  7. harus install ni…gmbr pun cute je..hehe
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted…Salam Ramadhan Al-Mubarak 1433H

  8. setuju bro tahap radiasi ni..tp ade aplikasi android mcm serap tenaga solar tu ada org buat juga..tertipu gak..huhu

    tp yg ni leh try..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted…Pindah Komen Lama Admin Ke Akaun Baru

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*