Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Panduan Penggunaan Odin Ke Atas Samsung Smartphone

Odin merupakan software yang dibangunkan khusus untuk pengguna android smartphone khususnya keluaran Samsung dan banyak membantu dalam proses untuk melakukan beberapa tugas seperti upgrade dan downgrade firmware (flashing), root, dan flashing custom ROM. Pada kebiasaannya, pengguna Samsung smartphone hanya bergantung kepada Kies untuk melakukan proses upgrade stock firmware. Justeru, untuk memberikan gambaran yang lebih mudah difahami, di bawah ini saya sediakan panduan penggunaan PC Odin kepada pemilik Samsung smartphone.

NOTA : Sebarang proses yang dilakukan ke atas Samsung Android smartphone menggunakan Odin adalah di bawah tanggungjawab sendiri.

Odin

Terdapat beberapa versi Odin yang telah dikeluarkan oleh developer, antaranya ialah Odin 1.85 dan Odin 3 untuk PC. Setiap penggunaan software ini bergantung kepada syor yang dikemukakan oleh developer yang menghasilkan custom ROM.

Odin boleh dimuat turun secara percuma dari mana – mana link yang terdapat di internet, gunakan servis Google sebaiknya.

Sumber Samsung Firmware

Samsung firmware boleh dimuat turun secara percuma dari samfirmware.com. Terdapat DUA pakej firmware yang disediakan dari samfirmware.com ;

  • Single pakej (satu fail – PDA) – Official Firmware dari Samsung.
  • Multiple pakej (3 fail – PDA, PHONE, CSC) – Custom Firmware.
NOTA : Kesemua fail ini didatangkan dalam bentuk extention .tar, .bin dan .md5.

Fungsi Dan Peranan Odin

Check Boxes

  • Auto Reboot – Memastikan peranti akan reboot secara automatik selepas selesai proses flashing atau root
  • Re-Partition – Hampir sama dengan proses re-partition Windows File System
  • F. Reset Time – Reset flash counter selepas flashing atau root
NOTA : Sebaiknya, bahagian check boxes ini dibiarkan secara default dan jangan lakukan sebarang perubahan jika tidak terdapat sebarang arahan atau panduan dari sumber yang dirujuk.

Button

  • PIT – Partition Information Table, mengandungi maklumat Partition Name, Flash File Name, Block Size, Block Count dan sebagainya.
  • BOOTLOADER – Image file
  • PDA – Firmware files yang mengandungi .img (md5, boot, recovery, system, user data, cache dan sebagainya)
  • PHONE – Modem
  • CSC – Consumer Software Customization, untuk kenal pasti Region dan carrrier
NOTA : Pemilihan file di atas bergantung sepenuhnya kepada arahan atau panduan dari sumber yang dirujuk.

Cara – Cara Menggunakan Odin

1. Single Pakej

Penggunaan firmware yang berasaskan single pakej adalah lebih ringkas memandangkan hanya terdapat SATU fail sahaja. Setiap firmware yang dimuat turun dari sumber seperti samfirmware perlu di extract menggunakan WinZip atau WinRar terlebih dahulu untuk mendapatkan fail .tar. Contoh :

  • I9300XXEMA2_I9300OLBEMA1_I9300DXELK1_HOME.tar

Fail berkenaan hanya perlu dipadankan di ruangan PDA di Odin. Rujuk imej di bawah.

Odin PDA Files (Single Pakej)

Odin PDA Files (Single Pakej)

2. Multiple Pakej

Untuk firmware yang berasaskan multiple pakej, contoh aturannya adalah seperti berikut.

  • CODE_I9100XXLSJ.tar
  • MODEM_I9100XXLS6.tar
  • CSC_HOME_OXX_I9100OXXLS1.tar
Odin (Multiple Pakej)

Odin (Multiple Pakej)

AMARAN DAN PERINGATAN

  • Untuk keselamatan, saya personally tidak menggalakkan penggunaan Odin ke atas peranti smartphone anda.
  • Jadikan penggunaan Odin ini hanya sebagai alternatif sekiranya anda gagal menggunakan Samsung Kies.
  • Untuk lain – lain tujuan seperti flashing custom ROM, rooting dan sebagainya,.. ia terpulang kepada individu. Sebarang kerosakan yang berlaku adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.
  • Sebelum menggunakan Odin, pastikan anda memahami arahan yang disediakan dari sumber yang dirujuk terlebih dahulu.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. Kenapa samsung p6200 7+ saya tak boleh flash firmware jellybean yang austria punya?sebelum ni flash dari gingerbread ke ics takda masalah..download firmware dari samwire..

  2. Salam…
    Sye dah upgrade menggunakan Firmware yang up-to-date melalui Odin..tetapi bagaimana saya hendak mcmbuat Sim Unlock.?

  3. nak upgrade official firmware, kena root dulu?

  4. Bagaimana caranya downgrade Galaxy Note GT N700 dari jelly bean to ics? bisa jelaskan step by step. Thank you

  5. guna KIES update ke 4.1.2 version pun boleh ke…??

  6. nak update kepada 4.1.2, phone kena upgrade firmware juga ker?

  7. odin????? baru kali ini saya mendengar dan baru ini saya tau, terimahkasih atas share artikel yang membuat saya tambah satu ilmu pengetahuan yaitu Odin, semoga anda bisa menjadi Guru bagi setiap pembaca yang membutuhkan pengetahuan., amin
    tokoagen recently posted…Kenali Bayi di Saat Membutuhkan Perhatian Medis

  8. Terbaik bro!
    Dah lama aku tunggu artikel ni. Aku nak buat asyik tak cukup masa je :P

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*