Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Pakej Insentif Pendaftaran Dan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan SSM 2012

Ini merupakan satu berita yang cukup baik kepada golongan peniaga atau yang bakal menceburkan diri dalam bidang perniagaan. SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) sejak Jun 2012 telah memperkenalkan insentif pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran perniagaan dengan tawaran yang cukup menarik.

Pakej Insentif SSM 2012

Pakej Insentif SSM 2012
Sumber : ssm.com.my

Maklumat lanjut tentang pendaftaran boleh dirujuk di laman SSM (Perkhidmatan Pendaftaran). Jadi, apa lagi yang nak di tunggu? Cepat – cepat daftarkan perniagaan anda atau perbaharui pendaftaran perniagaan anda sebelum 31 Ogos 2012.

Kepada rakan – rakan blogger dan pembaca mobilityworlds.com, sekiranya anda memiliki apa jua bentuk perniagaan (online atau offline), tanpa mengira kecil atau besar saiz perniagaan anda,.. saya amat mengalu – alukan supaya berdaftar dengan SSM.

Personal Thought..

Mungkin ada yang berpendapat,..

.. saya buat perniagaan online je,.. guna media sosial seperti Facebook, Twitter, Linkedin etc, etc.. tak payah daftar kot!

.. saya takde kedai pun, daftar buat apa?

.. saya dapat untung pun sikit jer.. buat apa nak daftar?

.. susahla nak pergi daftar di SSM (KL Sentral),.. susah nak parking,.. mahal pulak tu. Kos pergi balik pun dah melebihi kos untuk daftar… :(

dan sebagainya lagi.

Personally, saya suka melihat dari aspek jangka panjang. Saya bagi DUA contoh mudah.

Situasi 1

Tidak dinafikan bahawa terdapat ramai blogger dan pengguna internet di Malaysia yang aktif berniaga online dan ada di antaranya memiliki laman atau blog e-commerce. Setiap laman / blog e-commerce ini menggunakan nama yang kreatif dan catchy. Saya tahu, bukan senang untuk mendapat ide atau ilham bagi menjenamakan laman e-commerce sama kesnya dengan memilih nama domain untuk berblog, itu tak termasuk proses mempromosikan lagi sehinggalah laman e-commerce anda mendatangkan hasil.

Ini part yang tak bestnya, cuba anda bayangkan,.. selepas penat lelah MEmerah ide, MEmpromosi dan segala ME… tapi anda terlupa untuk MENdaftar perniagaan anda! Selepas satu jangka masa tertentu mungkin tergerak di hati untuk MENdaftarkan perniagaan anda di SSM dengan nama laman e-commerce yang cukup anda bangga – banggakan. Setibanya di kaunter, buat carian… jawapan yang anda terima…. “Minta maaf Encik/Cik, nama berkenaan telah pun didaftarkan” dan bila diteliti, tarikh pendaftarannya adalah selepas laman e-commerce anda menjadi perhatian ramai. Jangan pulak kata, pihak ketiga tu curi “nama” anda,.. siapa suruh tak daftar cepat – cepat? Siapa cepat dialah yang dapat!

Situasi 2

Mendaftar perniagaan anda di SSM akan meningkatkan tahap kebolehpercayaan bakal pembeli di laman e-commerce anda. Hanya masukkan sahaja maklumat pendaftaran perniagaan (No. Pendaftaran @ No. Lesen) atau uploadkan terus salinan pendaftaran anda ke bahagian About Us di laman e-commerce anda.

Pembeli sekarang semakin bijak dan sebagai peniaga, anda harus gunakan apa jua cara (selagi tidak melanggar undang – undang) untuk menarik pembeli.

Cukuplah promosi percuma untuk SSM ni. Kepada rakan – rakan yang memiliki perniagaan tu, cepat – cepatla pergi daftar,.. RM 50/5 tahun! mana nak cari tu. Nanti tunggu pulak dekat pilihanraya ke 14 nanti. :)

NOTA : Situasi yang digambarkan di atas hanyalah rekaan semata – mata. Ide datang berdasarkan fahaman saya sendiri tanpa merujuk mana – mana individu atau kumpulan manusia.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. mmg mengalakkan org dftar perniagaan ni..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted…Seksyen 114A : Bantah atau sokong?

  2. Daftar untuk proctection. Manalah tahu dikemudian hari..
    anif recently posted…Version 2.0 – Wordless Wednesday #48

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*