Official Jellybean 4.1.2 Galaxy S3 Malaysia (XXEMF6)

Official Android Jellybean 4.1.2 Galaxy S3 Malaysia (XXEMF6) telah dikeluarkan pada 29 Julai 2013. Versi ini masih mengekalkan firmware 4.1.2 dan bukannya versi 4.2.2 sepertimana yang ditunggu dan dijangka oleh pemilik S3.

Secara keseluruhan, firmware ini tidak melibatkan sebarang penambahan fungsi dan aplikasi sebaliknya hanya melibatkan penambahbaikan dan peningkatan tahap prestasi dan bug fixes dari versi sebelumnya (XXEMC2).

Android Jellybean 4.1.2 Galaxy S3 Malaysia (XXEMF6) Hasil daripada eksperimen yang saya jalankan ke atas model S3 selepas lebih kurang 24 menggunakannya, saya dapati terdapat peningkatan dari aspek ketahanan bateri, penggunaan RAM yang minimum, isu lag yang makin berkurangan dan beberapa isu lain yang dialami menerusi firmware sebelumnya.

Firmware Details

  • Model: GT-I9300
  • Country: Malaysia
  • Version: Android 4.1.2
  • Changelist: 1287119
  • Build date: Thu, 27 Jun 2013 15:44:00 +0000
  • Product Code: XME
  • PDA: I9300XXEMF6
  • CSC: I9300OLBEMF3
  • MODEM: I9300DXEMB1

DOWNLOAD LINK : I9300XXEMF6_I9300OLBEMF3_XME.zip (866.7 MB)

Proses Upgrade Jellybean 4.1.2 Galaxy S3 Malaysia (XXEMF6)

NOTA : Sebelum memulakan proses upgrade firmware, pastikan anda melakukan backup terlebih dahulu.

Proses upgrade boleh dilakukan menerusi 3 cara :

  1. Menerusi OTA (Over The Air) – terus ke smartphone menggunakan WiFi
  2. Menerusi Samsung Kies (PC) – kabel, PC dan Internet
  3. Menerusi Odin (manual) – untuk pengguna S3 yang telah diroot
ROOT : Android Jellybean 4.1.2 Galaxy S3 Malaysia (XXEMF6) ini boleh diroot menggunakan kaedah CF-Auto Root. Rujuk panduan di SINI. Tested and working flawlessly. !
INFO : Senarai terkini Samsung smartphone dan tablet yang akan dan telah menerima update Jellybean 4.1.1 dan 4.1.2 boleh dirujuk di SINI.

SCREENSHOT

XXEMF6 SCREENSHOT

Comments

  1. didie says

    Betol la sharq..fake imei..coz sy tguk adik sy samsung s3 imei bermula 35……sy pulak 004….so tu je la solution..hantar repair free2 bagi duit raya kat samsung huhu..kalo nak restore imei asal..cara itu jew la y sharq sarankan

    • says

      Kalau nak cuba jugak, boleh cuba flash ke custom ROM yang diguna sebelum ni. Sebab saya ada pernah terbaca ramai yang buat macam tu.

      Satu lagi, custom ROM sebelum ni guna firmware base ICS atau Jellybean?

      Kalau guna ICS, bro flash stock firmware ICS punya. Then, kalau Jellybean.. flash versi Jellybean yang awal. Sebaiknya tengok dia punya base dulu. Dapat yang sama lagi baik.
      shraqs recently posted…Samsung Galaxy Note III Akan Diperkenalkan Pada 4 September 2013

      • didie says

        Kalo hntar g smsung cntre..diorg bole restore blik tak imei..kalo bole hntar je la..pasni x nk ag buat custom rom

      • didie says

        sharg nak tanya..lepas sy update manual,,network kat s3 tu ade..tapi bila kol…x kuar no fon si pemanggil,,ngan mobile data x dapat on..tu sebab ape erk..ada solution..da banyak kalo sy buat factory..still sama

            • says

              Memang dah agak dah pun. :)

              Cuba check nombor IMEI phone dulu. Normally nombor IMEI bermula dengan 35*************/01 (lebih kurang). Di dialpad tu taip *#06# – nanti nombor IMEI akan display.

              Masalah biasa kalau pernah guna custom ROM ni, lepas flash ke stock ROM diorang akan kacau fail EFS (dlm tu ada simpan nombor IMEI utk setiap phone). Normally diorang akan tukar IMEI tu jadi fake @ 00000000…/00 (lebih kurang).

              Saya agak, bro tak pernah buat Nandroid & EFS backup di CWM dulu sebelum flash custom ROM kan?
              Kalau ada buat, restore backup guna CWM.

              Saya hanya boleh sarankan cara berikut sahaja, kalau tak bro kena hantar ke service center… cakap jelah phone tu tiba-tiba je jadi camtu lepas update firmware etc. :)

              Lain pada tu, bro check balik versi custom firmware yang diguna sebelum ni dan download stock firmware dari samfirmware ikut versi yang sama. Lepas tu flash guna Odin (stock firmware).

              P/S : Bila nak restore ke stock ROM dari Custom ROM mesti guna versi yang sama atau latest. Kalau tidak, memang akan ada problem.
              shraqs recently posted…Samsung Galaxy Note III Akan Diperkenalkan Pada 4 September 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>