Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Nuffnang Memperkenalkan Ad Codes Yang Baharu

Sebut sahaja Nuffnang, rasanya hampir semua blogger tempatan (Malaysia) sedia maklum akan servis advertising yang disediakan oleh mereka. Bagi pemilik akaun Nuffnang, kemungkinan besar anda telah menerima email dari Nuffnang yang memaklumkan tentang pengenalan Ad Codes yang baharu.

Berdasarkan email yang diterima, pihak Nuffnang menyatakan bahawa Ad Codes yang baharu ini sudah dioptimize dan tidak akan menjejaskan loading page blog atau website berbanding Ad Codes yang lama.

Nuffnang New Ad Codes

Nuffnang New Ad Codes

Berdasarkan pengalaman saya selama memasang ad codes Nuffnang di blog ini, memang tidak dinafikan bahawa iklan Nuffnang memberikan kesan terhadap loading page blog yang agak ketara menyebabkan saya telah mengeluarkan kesemua iklan Nuffnang dari blog ini selepas menggunakan theme yang baharu lebih kurang seminggu yang lepas. Walau bagaimanapun, selepas mendapat email ini, saya membuat keputusan untuk mencubanya sekali lagi untuk melihat perbezaannya.

Hasil daripada testing yang saya lakukan menggunakan aplikasi speedtest percuma seperti Pingdom, Google Page Speed Online, dan GTmetrix, saya dapati ad codes yang baharu ini memberikan kesan yang positif walaupun tidak begitu ketara berbanding ad codes yang asal.

Personally, langkah yang diambil oleh pihak Nuffnang dengan memperkenalkan ad codes yang baharu ini amat dialu – alukan memandangkan salah satu polisi utama Google dalam memberikan ranking yang baik terhadap sesebuah blog atau website ialah aspek loading page.

Bagi pemilik akaun yang memasang iklan Nuffnang di blog atau website, saya nasihatkan agar anda menukarkan ad codes yang baharu ini secepat mungkin. Untuk makluman juga, ad codes yang lama masih lagi berfungsi seperti biasa.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. ciktom try testing tukar code iklan nuff yg kt sidebar kpd baru tup2 tgk xkuar2 pun..biar 2,3 hari..tgk dlm list iklan nuff dh remove iklan sidebar tue..entah apa problemnya..xtanya lg pihak nuff..so skang tukar blk guna code lama..
    cik tom recently posted…Tips Berjimat Menabung Duit Syiling Cara Mudah

  2. dapat juga email dr Nuffang ni, belum sempat nak tukar, baru ada masa ni, kena tukarla cam ni.
    kimmie recently posted…Pekan Sari Di Temerloh

  3. xtau pun pasal ni…mungkin x pasan sebab email nuff jarang aku baca :)
    APAN recently posted…20 Gambar Pengurus Bola Sepak EPL Semasa Muda

  4. pnah try emel nk host script nufnang ni sendiri sbb nya lmbt sgt..

    tp skng dh ade improvement leh pasang balik..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted…PosLaju : Kotak dan Sampul Prabayar

  5. Masih berkira2.. Belum ada kesempatan pulak nak cek nuffnang. Sesekali tu bila tengok cuma dapat RM7 je selama setahun pasang macam rasa tak berbaloi pulak.
    Cikgu Hairul recently posted…Tak Berhati Perut

  6. malas nak tuar ada masa nak juga tukar mana tahu melaju loading cam roket

    pstt..bro sihat ker?

  7. belum tukr lagi dah..

  8. kena tukar ke ni. iklan keluar ok aje..
    titan recently posted…Edisi Siasat – Buat Duit dengan HzTours

    • Kalau ikut diorang, katanya takpe tak tukar pun. Tapi loading page memang ada perubahan la ckit. Yang ni lebih cepat banding ngan yg lama.

  9. yer ker.. tak perasan pulak.. tq untuk info bro
    rahman recently posted…Makan malam mee rebus singapura Datuk Aziz Sattar di Rasta TTDI

  10. Aku dapat email gak tadi
    Dah pun tukar pada blog lama
    tehr recently posted…Separuh Akhir Piala FA 2012 | Siaran Langsung

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*