Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Nokia 808 Pureview Specs Dan Video Promo

Di MWC (Mobile World Congress) Barcelona, Nokia telah mengumumkan model smartphone terbaharu keluaran mereka iaitu Nokia 808 Pureview. Ini adalah smartphone pertama yang memaparkan teknologi pengimejan Nokia PureView, yang dilengkapi dengan 41 MP kamera sensor resolusi tinggi dan Carl Zeiss optik yang akan menyokong sistem pengimejan baru yang berkualiti tinggi sebagai benchmark bagi produk Nokia akan datang.

Nokia 808 Pureview

Nokia 808 Pureview

Secara umumnya, semua maklum bahawa jumlah megapixel yang tinggi tidak menjamin mutu gambar yang baik tetapi berbeza bagi smartphone Nokia 808 Pureview ini. Dengan kamera 41 MP ini, Nokia 808 Pureview mampu menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi dengan keupayaan untuk mengezum tanpa menjejaskan kejelasan imej.

Pada resolusi tinggi, Nokia 808 Pureview mampu untuk menangkap imej, zoom, reframe, crop dan mengubah saiz selepas itu tanpa menjejaskan butiran terperinci sesebuah imej. Selain daripada itu, kemampuan untuk menyimpan imej dalam saiz yang kompak memudahkan perkongsian menerusi  emel, MMS, dan juga menerusi rangkaian sosial.

Kesimpulannya, Nokia 808 Pureview membolehkan sesiapa sahaja menangkap imej profesional yang diingini tanpa sebarang kemahiran.

Spesifikasi Nokia 808 Pureview ;

  • OS – Nokia Belle OS
  • CPU – 1.3Ghz ARM 11
  • Camera – 41 MP (38 MP effective, 7152 x 5368 pixels), Carl Zeiss optics, autofocus, Xenon flash
  • Display – AMOLED capacitive touchscreen, 16M colors
  • Network – GSM 850 / 900 / 1800 / 1900, HSDPA 850 / 900 / 1700 / 1900 / 2100
  • Release Date : May 2012
  • Price : TBA

Spesifikasi penuh Nokia 808 Pureview boleh dirujuk di GSM Arena.

Nokia 808 Pureview Video Promo;

Kesimpulan

Pendapat peribadi penulis; 2 – 3 tahun kebelakangan ini merupakan tempoh masa yang agak suram bagi Nokia kerana menerima persaingan yang sengit dari iOS dan Android. Sepanjang tahun 2011 sahaja, saiz pasaran Nokia telah merosot sekitar 6 %- 7% di pasaran dunia. Dijangkakan, pegangan mereka akan terus merosot pada tahun ini dengan kewujudan smartphone terutamanya Android yang mempunyai spesifikasi yang pelbagai dari low-end hinggalah high-end.

Satu-satunya cara untuk Nokia terus menguasai dan bersaing dalam pasaran adalah dengan menjalinkan kerjasama dengan Google dan seterusnya menghasilkan produk Android. IMO

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. terpaksa reka sesuatu yg luar biasa utk nokia survive.. :)

  2. sama – sama nantikan kemunculannya
    kimmie recently posted…My Pinky Moments

  3. camera samapi 41 mp…mesti cantik pixel gambar nya kan..

  4. Kalau harganya tidak terlalu mahal.. Berkemungkinan produk ini boleh jadi hit!

    Kamera tu memang sangat penting bagi pengamal media baru dan itulah tarikan utamanya.
    anif recently posted…Public Bank Mengumumkan Kenaikan Kadar Faedah Terhadap Bagi Tertunggak Kad Kredit Mulai 1 April 2012

  5. android.. tidak kot… symbian boleh di perkasakan lagi hehe :)
    rahman recently posted…Buah Kundang masam dan sedap

  6. Dah lama tak follow perkembangan HP Nokia ni.
    Susah nak follow since banyak sangat keluaran2 terbaru.
    Respect dekat mobilityworlds sebab up-to-date.
    Sekali sekala layan jugak GSM Arena.
    nizamghazi recently posted…“The Secret World Of Blogger” – Asalkan Hasil Karya Tulen Hingga Ke Surga

    • Kalau diikutkan memang tak minat ngan Nokia ni sebab banyak model diorang bentuk “candybar” & bulky sikit… yang ni kira exception kot sebab ada tarikan kamera :)

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*