Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Muzik Video Kreatif Dari RIM (Blackberry) Developers

Macam – macam cara dilakukan oleh syarikat – syarikat pengeluar telefon terkenal dunia untuk menarik perhatian pengguna terhadap produk mereka. Situasi ini berlaku setiap kali Apple mengeluarkan produk terbaharu mereka, dan dalam kes ini iPhone 5. Selepas Samsung, Nokia dan Motorola, kini tiba giliran RIM (Research In Motion) atau lebih terkenal dengan produk mereka Blackberry menghasilkan satu klip muzik video yang dianggotai oleh tiga orang Vice President.

We are going to keep loving developers at Research In Motion, all the way to BlackBerry 10 and beyond. Watch our leadership team for developer relations bring back the band: Alec Saunders, VP Developer Relations & Ecosystem, Chris Smith, VP Application Platform & Tools, and Martyn Mallick, VP Global Alliances & Business. Thank you to those devs who are working hard, and for those jumping on board every day. Stay updated at http://developer.blackberry.com and http://devblog.blackberry.com. Let’s Rock and Roll This!

Muzik video yang dimaksudkan ialah “To Keep On Loving You” yang disasarkan kepada developer – developer yang terlibat dalam membangunkan aplikasi untuk Blackberry selain menarik developer yang baru.

Tidak dinafikan bahawa ramai developer yang beralih dari Blackberry ke platform iOS dan Android memandangkan hasil yang diperolehi dari jualan aplikasi yang lebih menguntungkan kerana pasaran yang lebih besar.

Apa – apa pun, sila tonton klip video di bawah


Personally, saya bertanggapan klip video ini cukup kreatif dan tidak mensasarkan mana – mana syarikat secara langsung. Mungkin disebabkan dengan keluarnya iOS 6 menjadikan RIM agak risau sekiranya developer yang sedia ada akan beralih ke platform iOS sedangkan platform Blackberry 10 yang diumumkan mereka tidak lama dahulu sampai sekarang masih belum dilancarkan sepenuhnya. IMHO.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*