Selain daripada bertanyakan soalan – soalan asas tentang smartphone Android seperti smartphone apa yang paling bagus, yang mana sesuai untuk gaming, yang mana lebih baik, spesifikasi, dan beberapa isu troubleshoot, ramai di kalangan pengguna sedia ada yang mengajukan soalan tentang masalah signal di smartphone android.

Masalah Signal Di Smartphone Android (No Signal)
Isu signal yang lemah di smartphone bukanlah perkara yang baharu dan merupakan perkara yang normal berlaku di mana – mana dan tanpa mengira apa jua jenis smartphone. Di bawah, saya senaraikan antara punca yang menyumbang kepada penerimaan signal yang lemah di smartphone :
- Masalah hardware – (repair)
- Masalah Software (Firmware Upgrade) – reset @ nantikan update fixes dari pengeluar
- Masalah berpunca dari pembekal perkhidmatan
- Pengguna
Melalui perkongsian ini saya hanya akan menyentuh punca yang ke-tiga dan ke-empat sahaja- Pembekal Perkhidmatan dan Pengguna. Pembekal perkhidmatan yang saya maksudkan di sini merujuk kepada syarikat telco yang menyediakan servis kepada anda seperti Celcom, Maxis, DiGi, U Mobile, dan sebagainya. Manakala, pengguna ialah ANDA!
Cara Mengatasi Masalah Signal Di Smartphone Android
Masalah signal di smartphone android ini banyak dihadapi sekiranya anda mengaktifkan servis 3G. Perlu diingatkan bahawa liputan 3G untuk setiap syarikat telco adalah berbeza dan kebanyakannya hanya tertumpu di kawasan bandar dan pinggir bandar sahaja.
Secara default, network setting di setiap smartphone ditetapkan kepada 3G dan inilah yang menyebabkan signal yang anda perolehi tidak stabil sekiranya berada di kawasan yang mempunyai liputan 3G yang rendah.
Rujuk pada 2 imej di bawah dan bandingkan. Imej pertama No Signal (3G) dan imej kedua Full Signal (2G).

No Signal (3G)

Full Signal (2G)
Bagi pengguna data package atau pun tidak, anda disyorkan untuk tidak mengaktifkan fungsi 3G sekiranya berada di luar kawasan liputan 3G. Aktifkan hanya bila diperlukan sahaja terutamanya untuk mendapatkan akses internet. Selain daripada dapat mengurangkan masalah signal, cara ini juga mampu mengurangkan kadar penggunaan data dan bateri smartphone anda.
Bacaan berkaitan – Cara Jimatkan Bateri Smartphone Android
Diharapkan perkongsian kali ini memberikan manfaat kepada semua. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila kemukakan menerusi ruangan komen di bawah.
Smartphone Dumbsetting
SDC recently posted…W8 AIO 32 & 64 Bit
ingtkan pilihan auto die akan pilih GSM sendiri bila tiada 3G..bleh try ni
kalo x leh mmg line prob la..
Jebeng Otai™ recently posted…Wordless Wednesday : Syma
Itu la bro,.. main ngan smartphone ni boleh pening kita dibuatnya..
shraqs recently posted…Premium Suite Galaxy Note 10.1