Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Menangani Masalah Content Theft Dengan Berkesan

Content Theft

Isu “copy and paste” atau “content theft” bukanlah satu perkara baharu dalam dunia blog. Setiap penulis blog senantiasa berhadapan dengan isu yang sama dari dulu hingga sekarang. Jadi, topik yang saya akan kongsikan hari ini ialah tentang cara untuk “Menangani Masalah Content Theft Dengan Berkesan”.

Jika perkara seperti ini tidak pernah berlaku kepada anda, ingin saya tegaskan bahawa ia mungkin berlaku tanpa anda sedar atau akan berlaku suatu masa nanti! Sekiranya perkara seperti ini berlaku, anda perlu membaca posting ini sampai habis.

Mengapa wujudnya laman web spam / web harvesting / site scraper / web scraper?

Nama dan panggilannya pelbagai, tujuan utama laman-laman sedemikian hanyalah untuk pengiklanan dan kebanyakannya tidak mempunyai sebarang nilai. Kebanyakan kandungan laman-laman ini adalah hasil daripada content yang dicuri (content theft) dari laman-laman lain dan dipenuhi dengan senarai iklan yang padat.

Menangani Masalah Content Theft Dengan Berkesan

Saya akan tunjukkan kepada anda satu cara yang mudah dan berkesan yang perlu anda lakukan sekiranya kandungan blog anda dicuri.

Langkah Pertama ; Copyscape

Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan menyemak samada kandungan blog anda dicuri oleh pihak ketiga dengan menggunakan perkhidmatan Copyscape.

Copyscape

Copyscape akan menunjukkan kepada anda senarai laman web yang memuatkan kandungan blog anda. Anda boleh melawat satu persatu untuk memastikan apa yang telah dilakukan dengan kandungan blog anda untuk memastikan kesahihannya.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan menghubungi webmaster / pemilik blog atau website yang berkenaan dan meminta agar kandungan blog milik anda dibuang. Sekiranya permintaan anda tidak mendapat respons yang dikehendaki, kita akan pergi ke langkah seterusnya yang lebih drastik.

Langkah Kedua ; Laporkan Kepada Google

Disebabkan keengganan pihak ketiga tadi, anda boleh melaporkan laman berkenaan ke Google dengan cukup mudah. Semua ini boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi yang sedia ada ditawarkan oleh Google iaitu Google Webmaster Tools.

Spam Report

Untuk mencubanya sendiri, anda boleh melakukannya di SINI dan ikuti langkah-langkah yang saya sediakan di bawah;

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Paste URL laman web /blog yang mencuri kandungan blog anda
  2. Paste hasil carian anda. Anda boleh Google salah satu posting blog anda yang telah dicuri dan melihat jika ianya telah diindeks oleh Google. Kadang-kadang anda akan dapati kedudukan mereka lebih tinggi berbanding blog anda!
  3. Tulis maklumat tambahan.
  4. Klik pada “Report Webspam”
  5. Selesai

Webspam Report Guide

Tugas anda selesai. Diharapkan Google akan mengambil tidakan yang sewajarnya.

Cara Lain Untuk Menangani Masalah Content Theft

Sesetengah blogger menggunakan plugin Blog Protector yang mencegah “right click” dan pemilihan teks. Namun saya pasti langkah ini tidak mampu menghalang  perbuatan content theft 100%.Selain daripada itu, terdapat juga plugin Copyright Post yang memaparkan notis hak cipta pada akhir setiap posting anda.

Kesimpulan

Secara peribadi, isu “content theft” ini adalah sesuatu yang sukar untuk dibendung selagi wujudnya pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan menghormati hak milik orang lain. Apa kata anda?

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. kalau copy paste sambil ulas sedikit ttg artikel tu dan letak blk salinan artikel asal beserta link sumber artikel.. agaknya dimaafkan tak?

  2. kita lihat sejauh mana dorang mampu bertahan dengan blog copy paste
    Mus recently posted…10 Tempat Penginapan Bajet Di Kota Kinabalu

  3. Isu ni memang tiada kesudahan sampai bila2…dulu ada juga check…la ni maleh dah…biaq pi laaaa….hehehe
    yas recently posted…Gambar di Pengebumian Whitney Houston

  4. aku dah check, nmpknya xda org nk copy paste entry aku sebab entry aku kebanyakkannya personal jer, kalau itupun nak copy x tau la nak cakap apa
    Juan recently posted…Ahmed Deedat – The Choice

  5. Copy paste ni mmg susah nk bendung. buat cara ni ada je cara lain org nk copy
    gamep01nt recently posted…Sibuk Dan Dr Rozmey

  6. shraqs pernah jadi mangsa copy paste idak? hhe

    By the way, good information there, selalunya apa google akan buat kalau kita report dekat dia? Google akan banned website tu ke macam mana?

    Aku pernah jumpa satu website ni, aku rasa milik orang kita. Dengan bangganya pasang iklan dari innity, means that traffic dia memenuhi kriteria la..

    Tapi boleh kata semua artikel dalam tu copy paste punya artikel, jadi sesiapa yang nak cepat pasang iklan innity, perbanyakkanlah artikel copy paste..

    Aku terjumpa web blog tu pun sebab dia curik satu artikel dalam blog aku.. hhu
    sabree hussin recently posted…Petanda Kecil Kiamat Kelapan : Orang-orang Yang Bodoh Dilantik Sebagai Pemimpin

    • Sebab ada jumpa tempohari,.. adminnya guna autoblog. Tapi dah settle ngan contact je.

      Kalau report ngan search engine biasanya diorang akan siasat kesahihan dulu,.. lepas tu baru diorang banned kalau report tu sahih.

      Cara lain pun ada lagi, contact webhosting site berkaitan pun boleh, lagi cepat sebenarnya.
      shraqs recently posted…WordPress Untuk Android Update v.2.0.5

  7. aku lebih suka melihat blogger yg membuat ulasan terhadap entri yg dicopy paste tu
    tehr recently posted…Bila Aku Terima Nikahnya

  8. masalah content theft adalah sama dengan macam masalah vcd cetak rompak,,,,sampai bila-bila pun takkan selesai..
    hatiputera recently posted…Segmen Review Blog Kami

  9. memang susah isu macam ni.kalau tidak, tak timbul blog2 artis dan gosip hiburan yang rata2 hanya sekadar mengejar trafik dan copy paste isu je tanpa mengeluarkan pendapat daripada penulis sendiri
    nizam recently posted…al-Fatihah Buat Leftenan Kolonel Habibullah Ismail

  10. Haizz, people just lack of creativity. We can’t really blame newbies because we ourselves are new once but those selfish people just need to learn that stealing is a crime!
    Nath recently posted…Have You Count Your Blessings?

  11. Pernah kena copy paste lepas tu tak bagi lak kredit :( mmg tak beretika sapa yg buat macam tu.
    Azman recently posted…Blogger Otai Pemberi Motivasi

  12. ini semua bergantung kepada integriti seseorang tu juga. Kalau dia takde integriti, maka dia akan suka2 hati copy content orang lain tanpa memberi kredit atau memaklumkan kpd penulis asal.
    kimmie recently posted…Sesuatu untuk dikongsi bersama “Kawan”

  13. cara kedua tu agak kejam. tapi si pencuri lagi kejam curi content kita bulat2 tanpa sebarang kredit pun, dah tu pulak ranking dia lagi tinggi daripada ranking blog kita.
    Amirez recently posted…5 Blog Fotografi Mesti Baca

  14. Jangan la copy sebijik-sebijik. Olah sedikit sebanyak. Mesti orang tak perasan punya :-p
    Mekar recently posted…Ada Apa Dengan Roti ??

  15. Assalaamu`alaikum saudara,
    saya rasa penggunaan plugin tidak banyak membantu kerana ianya akan menyusahkan kita sendiri pada kemudian hari. Melaporkan kepada google juga bukan cara ampuh untuk menghentikan kegiatan pencurian content. Kerana saya sendiri pernan mencuba menghantarnya, dan mendapati ianya hampes. Mungkin kerana cara menghantar aduan yang sedikit kompleks.

    Pada saya adalah lebih elok kita apply copyright sebagai intellectual property, mungkin kedengaran sedikit sukar, tapi percayalah ia memang berbaloi.
    Mama Murai recently posted…Wordless Wednesday versi gedik | minyak sawit malaysia ke pasaran antarabangsa

  16. disable right click bukan pilihan aku sebab mende tu menyusahkan aku gak nanti…

    penah jumpa entri yg aku post kena copy bulat2.da penah nak report kat google.tp aku lupakan je la sebab blog aku pun bnyk bersumberkan dari entri orang lain.cuma xde la mls sangat sampai bulat2….dan aku bukan copy dari blog dorang.aku dpt melalui email.nasib baik aku rajin cari balik link sumber asal….
    APAN recently posted…Punca Dompet Atau Barang Hilang Sekelip Mata

  17. Macam mana pulak kalau kita penat penat memerah otak di katakan copy paste pulak..hehe.. cam na tu yer :)
    rahman recently posted…Pemain bolasepak beragama Islam terbaik

  18. em, pada sy kalau menyebarkan sesuatu tulisan dlm internet bermakna kita dah bersedia utk di copy paste..kalau tak suka, boleh apply copyright sbg intellectual property..kalau ada org curi boleh lah saman :D

    tp rasanya blogging masih blum ada lg situasi copyright ni.. :)
    adele recently posted…Wordless Wednesday – #Manfaatkan Baucer Buku 1 Malaysia

  19. Memang susah nak menghalang kegiatan ni…

    Apa pun jika kandungan blog di salin dan diberikan kredit, kira ok la tu.
    anif recently posted…Version 2.0 – Wordless Wednesday #25

  20. susah nak halang mereka2 yang kerja copy paste ni…

    tapi info kat atas boleh digunakan
    Shahrul recently posted…Apa yang tak Kena Dengan Privacy Policy Baru Google?

  21. nak curi. curi ajelah. aku tak kesah. cuma, bila nak curi tu, janganlah kantoi. Bila kantoi..memang aku gelak aje. haha..
    titan recently posted…Edisi Siasat – Buat duit dengan Edomz

  22. bagus entri nie.sgt membantu terutama tentang copyscape tu.tq ya!
    puan kutu recently posted…Wordless Wednesday : Kancil Betina

  23. oo.. banyak kes copy entry org ni.. boleh dipraktikan ni.. thanks for sharing.. :)
    madammondoq recently posted…WORDLESS WEDNESDAY : Bila Tembelang Sudah Pecah

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*