Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Menangani Auto Spambot Direct Message Di Twitter

Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada rakan-rakan di Twitter sekiranya anda ada menerima Direct Message dari Twitter saya sebelum ini. Ingin saya maklumkan bahawa direct message yang dihantar melalui direct message Twitter tersebut adalah auto spambot dan bukan personally dari saya.

Auto spambot tersebut bermula pada 19 Mac lepas tanpa saya sedari dan terima kasih kepada Chii (http://chikum4risa.com/) kerana tweet pada saya. Dari situ saya sedar ada something wrong di akaun Twitter saya. Terdapat hampir beratus – ratus direct message yang di hantar melalui akaun Twitter saya kepada rakan – rakan yang saya follow. Contoh spambot yang dihantar;

Direct Message Spam

Direct Message Spam

Contoh spambot di paparan direct message saya;

Twitter Direct Message

Twitter Direct Message

Sekiranya anda klik link tersebut, anda akan dibawa ke satu laman web yang hampir menyamai laman Twitter yang sebenar (phishing site) yang akan mencuri email dan password Twitter anda sekiranya anda log in menerusinya.

Menangani Auto Spambot Direct Message di Twitter

Sekiranya anda menghadapi masalah sebagaimana yang saya hadapi, ikuti langkah – langkah berikut untuk mengatasinya;

Langkah Pertama : Revoke Acces aplikasi yang pernah anda berikan kebenaran untuk access akaun Twitter anda

  • Log in ke akaun Twitter anda
  • Account -> Setting -> Apps -> Revoke Access

Kenalpasti setiap aplikasi yang ada dan sekiranya wujud aplikasi yang mencurigakan, anda hanya perlu klik button Revoke Access atau lebih mudah sekiranya anda Revoke untuk semua aplikasi.

Revoke Access

Revoke Access

Langkah Kedua : Tukarkan password akaun Twitter

  • Account -> Setting -> Password -> Masukkan password baharu -> Logout

Selesai!

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. tak selalu guna twitter ni.. tapi dulu de juga dapat macam ni.. hope tak berlaku pada akaun saya.. mals nak layan..
    fiezaradzi recently posted…Hari Ini Dalam Sejarah – 6 April

  2. mujurlah aku tak terima banyak message macam tu.. tapi bagus juga ilmu ni.. boleh guna kalau ada masalah nanti
    kulanz recently posted…Komen Masuk SPAM

  3. pernah jugak dapat ni..
    madammondoq recently posted…Pengubat Rindu Yang Berkesan

  4. selalu sangat kena. aku biar aje. haha..
    titan recently posted…Gua jentik lu punya bulu ketiak.

  5. setakat ni tak pernah kena lagi. macam2 cara sekarang ni sekadar nak curi maklumat
    Hadi Hanafee recently posted…Cara Berkesan Buat Duit Dengan ChurpChurp

  6. chii pun kena gak..kwn yg tego..kata DM yg chii kasi tu spam..adoiyaii..jenuh gak nak mendelete…
    chii recently posted…Aksi Budak Lelaki Kacak

  7. sya da akaun bird tu hee tpai tak guna smpi skrh daeii..

  8. sahabat shr kenapa agaknya dia blh berlaku bgtu ya? sekadar bertanya pula hee..sb setahus aya sllu yahoo jer yg akan dpt spam bagai huhu…

    • Biasanya sebab kecuaian sendiri, banyak sangat guna aplikasi buat testing. Kalau tak pun mungkin jugak ada akaun Twitter yang saya follow tu memang dibuat khusus utk spam.

  9. memang twitter banyak jer saya dapat spamming DM,,,,

  10. memang kacau ni
    kalau kita memang tengah sibut, lagi la haru biru
    tehr recently posted…Pantun Binatang

  11. Terima kasih krn info ni bro…btw aku lom kena lagi…tp rasanya aku mmg polo ko kt twitter kan? Cuma aku kurang aktif je kt sana…hehehe
    yas recently posted…ALONSO JUARA F1 MALAYSIAN GP 2012

  12. oo…ada juga macam kes macam ni. Kena lebih berhati – hati lps ni.
    kimmie recently posted…Santai: Bersiar di Kuala Gandah

  13. Hmm. twitter pun kena eksploit? Apa pun kena berhati-hati dengan aplikasi yang jahat ni.. Tak boleh suka-suka ber akses..
    anif recently posted…Kenapa Saya Tidak Suka Menulis Tutorial

  14. memang byk dapat direct mesej yang tah apa2 ni…thanks for this info bro
    Shahrul recently posted…Twitter Mengemaskini TweetDeck

  15. LMAO..kehkeh, aku rasa aku tak pernah kena lagi kot, sebab guna https ( ada kena mengena ke ni..haha)

    @caenz
    syahrilhafiz recently posted…I Love You, Thesis?

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*