WordPress 3.5 – Elvin telah dikeluarkan dan ramai yang telah melakukan proses upgrade termasuklah saya sendiri. Walau bagaimanapun, proses kemaskini di mobilityworlds kali ini tidak berjalan dengan lancar sepertimana yang saya harapkan dan memaksa saya untuk menangguhkan kesemua post yang telah dirancang untuk disiarkan dalam tempoh tersebut.

Kemaskini WordPress 3.5
Ciri – Ciri Baharu Kemaskini WordPress 3.5
- Media Manager yang baharu
- Tema default Twenty Twelve
- Kemaskini di bahagian admin, dan
- Untuk Developers
Sumber : wordpress.org
Masalah Kemaskini WordPress 3.5 di Mobilityworlds
Masalah utama yang dihadapi di blog ini ialah isu error JavaScript/jQuery di Dashboard menyebabkan segala fungsi yang berkaitan dengannya tidak berfungsi, sehinggakan saya tidak boleh menulis, mengedit, dan bermacam “me” lagi.. semuanya haru biru.
Setelah gagal melakukan pelbagai cara untuk atasi masalah tersebut, saya mengambil keputusan untuk melakukan proses downgrade ke wordpress versi yang asal (3.4.2) menggunakan panduan dari etuts.org sebagai penyelesaian sementara.
Seterusnya, siasatan lanjut dilakukan dengan memeriksa plugin dan sebagainya. Setelah berpuas hati semuanya dalam status up to date, proses update ke WordPress 3.5 dilakukan untuk kali kedua dan hasilnya masih lagi sama. Seperti mana yang telah saya katakan, kali ini saya telah bersedia.. puncanya juga telah dikenal pasti dan tak lain dan tak bukan ialah fungsi baharu Media Manager yang diperkenalkan menerusi kemaskini kali ini.

Media Manager
Kepada yang menghadapi isu yang sama, anda boleh ikuti kaedah berikut.
Cara Mengatasi Isu Error JavaScript/jQuery
- Cara untuk mengatasinya cukup mudah. Anda hanya perlu enable script debug. Copy kod di bawah dan Paste ke wp-config.php (cPanel).
define('SCRIPT_DEBUG', true);- Setelah selesai, Refresh Dashboard dan lihat samada Media Manager anda telah berfungsi atau sebaliknya.
Sumber Asal : codex.wordpress.org
Diharapkan, melalui perkongsian ringkas ini dapat memberikan manfaat kepada rakan – rakan blogger yang menghadapi masalah yang sama seperti mana yang saya alami sebelum ini.
lom lagi update lagi. sabar dulu..
titan recently posted…Perangai orang gemuk yang aku tak suka..
ciktom xupgrade lg…tunggu nati dah ok br upgrade..hee
cik tom recently posted…Bayaran Ketiga dari Exabytes
Bagus jugak tu,.. bila dah rasa semua ok baru upgrade.
belum upgrade lagi. tunggu masa yang sesuai.
Take your time cikgu…
aku juga belum update
selalunya tunggu dulu baca apa kata rakan blogger
boleh juga buat persediaan apa yang patut
TehR recently posted…Rima Pantun
Saya ni jenis yang tak sabar nak cuba terus… he he
masalah media manager tak berlaku pada saya tapi masalah plugin yang outdated sebab wordpress 3.5 ni guna argument baru yang saya pun tak faham. Itu yang menjadi masalah kena hubungi semua plugin author.
Naziman recently posted…Kalau lupa Security Question dan Password email
Masa hari 1st keluar update, memang ramai yang ada problem sebab plugin outdated. BTW, kebanyakan plugin dah pun update lepas 3-4 hari. Rasanya takkan ada masalah lagi kot.
Saya langsung tak boleh nak upgrade. Nak upgrade melalui cPanel pun tak dapat juga. Sangkut kat unpacking.. ntah apa puncanya. masih belum sempat nak godek2 lagi. tunggu dan lihat
Cikgu Hairul recently posted…Contoh Soalan Temuduga SPP
Kena mintak pihak hosting tolong tengok2kan tu..
sebelum ini ada masalah apabila klik update, tetapi tidak berjaya.
rupanya hosting x update lagi, sekarang dah ok
beckhrooy recently posted…Permohonan Google Adsense Ditolak
Bro update guna softaculous ke?
klik update di dashboard je
beckhrooy recently posted…Permohonan Google Adsense Ditolak
Kalau update di dashboard, ada baik kalau bro check jugak di cPanel. Kadang2 database d cPanel, diorang tak upgrade especially kalau yang guna auto script (Softaculous & Fantastico)
Saya dah update tanpa ada problem.
Joe recently posted…Separuh Akhir ke-2 AFF Suzuki Cup: Thailand lwn Malaysia
Tahniah! Senang hati bila semua berjalan dengan lancar..
nape blog awak tak boleh buka?
beckhrooy recently posted…Permohonan Google Adsense Ditolak
saya update tanpa masalah
Juan recently posted…Hot Title Bring Best Traffic at Best Landing Page and Produce Best Online Income
Ramai jugak yang buat kemaskini kali ni tanpa masalah ye. Bagus jugak tu. BTW, TQ sebab sharing kat sini.
Saya tidak sengaja tertekan update button pada hal hendak update plugin. Nasib baiklah tidak masalah yang berlaku.
akubiomed recently posted…Coconut Shake Klebang Aku datang
Alhamdulillah! Nasib saya memang kurang baik kali ni. Tapi takpe, dapat ilmu baru…
Sy punya masih belum update.. tunggu sedikit masa lagi..
AkmaOmar recently posted…Adakah Komen Blog Penting Atau Sekadar Perhiasan
Bagus jugak kalau ditangguh sementara, survey2 dulu respon pengguna yang lain. Kalau ada masalah senang nak dijadikan rujukan. Masalah ngan saya ni jenis yang tak sabar.
Alhamdulillah akau punya update takde apa2 masalah…tapi yang penting nak kena backup dulu la kan sebelum update
Shahrul recently posted…Integrasi Lebih Rapat antara YouTube dan Google+
Kalau tak backup dulu memang menangis kalau apa2 jadi…
saya punya alhamdulilah berjaya hehehe
budak felda recently posted…Samsung Galaxy SIII Menjadi Pilihan
Kira bertuah tu bro. Sebelum ni memang tak pernah ada problem, update pun guna tablet je…
samalah. terpaksa downgrade semula baru2 ni sebab tak dapat segala ‘me’ tu. bolehlah cuba cara ni nanti. harap2 berjaya.
Amirez recently posted…10 Panduan Bercuti Mengikut Sunnah
Memang leceh kerjanya sikit bila nak kena downgrade. Kena pulak masa dok d Melaka (conference).
BTW, bro Amirez boleh check dulu plugin2 yang outdated, sebab ada beberapa plugin yg bagi masalah ezpecially Bulletproof.