Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

MapFactor Navigator (Beta) – GPS Percuma Untuk Pengguna Android

Dalam post kali ini saya akan berkongsi satu lagi aplikasi GPS percuma yang dihasilkan khusus untuk pemilik peranti Android. Aplikasi ini dikenali sebagai MapFactor Navigator (Beta) dan boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play.

MapFactor Navigator

MapFactor Navigator

Sekiranya anda sudah biasa di blog ini, pastinya anda maklum tentang kewujudan post yang berkaitan dengan aplikasi GPS Premium seperti Sygic dan NDrive yang pernah saya postkan. Sekiranya anda berminat, rujuk kategori GPS.

Berbalik kepada MapFactor Navigator (beta), aplikasi GPS ini masih lagi di tahap awal pembangunan (beta) dan kemungkinan wujudnya isu force close (FC), compatibility, dan sebagainya adalah perkara yang dijangkakan. Maklum sajalah, aplikasi ini adalah percuma.

Personal Test – GPS Percuma Untuk Android

Secara peribadi, saya sendiri telah melakukan testing ke atas aplikasi ini, dan didapati ianya agak bagus selaku aplikasi percuma. Antara ciri – ciri yang ditawarkan ialah;

  • Voice Guidance
  • GPS Satellite Navigation
  • dan etc.

Ciri utama yang saya suka tentang aplikasi MapFactor Navigator ini ialah ia berfungsi 100% berdasarkan fungsi GPS semata – mata. Jadi, anda tidak perlu risau tentang caj bil telefon. :).

MapFactor Navigator 1

MapFactor Navigator 1

MapFactor Navigator 2

MapFactor Navigator 3

MapFactor Navigator 4

 

Download MapFactor Navigator (beta) – GPS Percuma

  • Download MapFactor Navigator (beta) percuma di Google Play. Selesai proses installation, wujud 2 icon baharu di peranti anda iaitu Navigator dan Navigator Downloader.
  • Klik icon Navigator Downloder untuk memuat turun peta (map). Pastikan peranti anda bersambung pada internet (WiFi @ 3G). Pilih map Malaysia (70 – 76MB).
  • Selesai proses memuat turun peta, klik icon Navigator dan pastikan fungsi GPS di peranti anda telah diaktifkan dan mendapat isyarat. Jika tidak map tidak akan dipaparkan di skrin.

Kesimpulan

Aplikasi MapFactor Navigator (beta) ini boleh dijadikan sebagai alternatif kepada aplikasi GPS berbayar yang lain. Selain daripada itu, anda juga akan menerima update percuma setiap kali mereka mengeluarkan update terbaharu.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. Sygic kena bayar ke….sebelum menggunakan application die
    Or just download then boleh guna sesuka hati

  2. ni mmg xkene internet connection ke time gune?

  3. Nak tahu sikit pasal Waze. Saya sedang guna Waze (software percuma), dalam blog ne tak nampak ada comment tentang Waze.

    I gemar pada Waze sebab ada maklumat traffic up todate, ia juga boleh buat cadangkan bypass jalan yang sesak.

    Kekurangan Waze, ialah kena ada internet semasa perjalanan ataupun sebelum buat perjalanan, check sajalah traffic dgn WiFi/3G/Wireless broadband.

    Waze tidaklah secanggih Sygic, I suka pada Sygic dalam voice guidance.

  4. aku biasa guna garmin je
    tapi yang ni pun boleh juga dicuba nanti

  5. aku pakai aje garmin aku tu. masih ok lagi..
    titan recently posted…Menjadi tunangan orang..

  6. err,ada gps pun,x berapa reti nk guna sgt. hehd
    gps ni yg ada suara kan. mcm menarik
    chii recently posted…Biar Pecah Di Perut

  7. best…nanti nak donlod try tengok
    Shahrul recently posted…Google vs Microsoft: Google Drive Bakal Jatuhkan Microsoft Office

  8. antara sygic dgn ni mana bro rekomen..huhu
    Jebeng Otai™ recently posted…Internet Webhosting : Unlimited Plan

  9. tak perlu bli gps yer tak heee..jimat3..kena nnti depa cas juga klu kita guna lamn ni

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*