Dalam tutorial kali ini, saya akan berkongsi satu lagi cara untuk pelbagaikan style banner iklan yang dipasang di blog wordpress anda. Meletakkan banner di tempat yang strategik adalah penting untuk menarik perhatian pembaca dan seterusnya mendapatkan klik. Kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan peluang anda untuk mendapatkan income dari banner iklan yang dipasang walaupun memiliki trafik yang tinggi.
Bagi yang tidak biasa dengan PHP code yang digunakan di WordPress, kesilapan dalam proses memasang kod iklan seperti Google AdSense, Chitika, Nuffnang dan sebagainya boleh menjejaskan blog anda, sehinggakan ada yang bertangggapan memasang kod iklan di WordPress adalah satu tugas yang cukup sukar.
Antara tempat yang biasanya menjadi pilihan blogger untuk memasang banner iklan ialah di bahagian header, sidebar dan footer selain daripada single post (sebelum dan selepas post).Walau bagaimanapun, dalam post kali ini saya tidak akan menyentuh tentang sebarang penggunaan plugin untuk memasang banner iklan, sebaliknya akan berkongsi kod untuk pelbagaikan style banner iklan di blog anda.
Memasang Style Kod Banner Iklan Di Single Page, Single Post, Home, Category, Comments, Header dan Footer
Wrapping Kod Untuk Selarikan Banner Iklan Ke Kiri Atau Ke Kanan
Berikut adalah wrapping kod untuk selarikan style banner iklan anda. Penggunaan kod di bawah membolehkan anda mengubah kedudukan banner iklan ke kiri atau ke kanan dengan hanya mengubah kod “right” atau “left” ;
Kod Memasang Dua Unit Banner Iklan Sebelah Menyebelah (Side by Side)
Anda boleh mengubah jarak (margin) mengikut keperluan anda. Ini akan menempatkan dua unit iklan untuk muncul sebelah menyebelah. Pastikan anda maklum tentang jumlah lebar keseluruhan iklan anda bila digabungkan kedua-duanya.
Contohnya, anda memasang 2 banner iklan 300 px width dan 15 px margin (300 x 2 + 15 x 4) = (600 + 60) = 660 px width.
Sekiranya px width blog anda lebih kecil, sebagai contoh 550 px width sahaja, satu daripada banner iklan anda akan turun ke bawah secara automatik.
atau
PASTE KOD IKLAN 1
PASTE KOD IKLAN 2
Kod Mengubah Margin
Anda boleh mengubah jarak atau margin banner iklan ke kiri atau kanan dengan mengubah kod “margin: 15px;” ;
Kesimpulan
Kepelbagaian style banner iklan di blog anda mampu memberikan impression yang baik kepada pelawat. Salah satu contoh penggunaan dua unit banner iklan yang saya aplikasikan di mobilityworlds ialah di bahagian header yang memuatkan iklan Nuffnang dan juga button feed, twitter dan Google +.
Sekiranya anda berminat untuk mencuba, pastikan anda melakukan proses backup terlebih dahulu. :)
tutorial ringkas tapi sangat membantu ;)
kemalangan teruk ke? harap cepat sembuh
Dah masuk keje dah pun :) Letih dok umah. Patutnya cuti sampai ari Jumaat nanti. Masa ni lah aku nak merasa keje kat office :)
kalau boleh pelbagaikan banner memang bagus, menarik sikit kan.
kimmie recently posted…Informasi: Apakah jenis darah anda?
Itulah. Utk BS pun boleh guna jugak ni :)
kemalangan? oh..harap cepat sembuh. Patut nampak agak kurang sikit post di blog.
kimmie recently posted…Santai: Pejabat anda ada ke memo macam ini?
TQ, Kimmie.. nak mengadap screen tak selesa.. kejap je mula la rasa pening.. bintang2 keluar :)
hati hati memandu bro.. kalau bawa long distance. ngantuk jangan jalan
rahman recently posted…Imam muda musim ke 3
TQ. Bukan ngantuk, tkejut ada keta rosak pkg tepi jalan
dulu2 pening kepala kot kalau nak susun iklan2 ni..hehe…eh teruk ke kemalangan tu? semoga cepat sihat..
bardboo recently posted…Tarikh Pilihan Raya Umum 13
Kemalangan?
Moga2 bro segera sembuh
tehr recently posted…10 Sebab Manusia Sedia Bertanding
TQ tehr. Sikit je lagi,.. kadang2 je rasa pening ckit sebab hentam airbag & cermin
shraqs recently posted…Senarai HTC Phone Yang Akan Diupgrade Ke Ice Cream Sandwich 4.0
apa beza margin ngan padding bro..?
lazaac recently posted…Tuts+ Premium : Belajar C#(C Sharp) Selama 30 Hari Secara Percuma
Susah nak jawab soalan ni nih. Konsep mudahnya ; Margin adalah space di luar border. Padding adalah space di dalam border.
Kalau nak lebih jelas, boleh rujuk di link ni ( siap dengan interaktif model lagi ) : http://www.redmelon.net/tstme/box_model/
shraqs recently posted…Senarai HTC Phone Yang Akan Diupgrade Ke Ice Cream Sandwich 4.0
thanks bro.. faham sgt dah… kalau tak confius jgak..
lazaac recently posted…Tuts+ Premium : Belajar C#(C Sharp) Selama 30 Hari Secara Percuma
Saje je tu :)
shraqs recently posted…Pengguna Samsung Galaxy Akan Menerima Update Angry Birds Space Percuma
Aku hanya dapat membaca post ini..tetapi tak berani nak test pakai sebab pagi tadi 2 jam aku jem pasal memandai edit header untuk masukan code stat web..akhirnya blog aku huru hara hadoiii
segalabenda recently posted…Simpang Mengayau
Kena buat backup dulu… :)
blogspot tade ke? ke boleh guna jugak, smart jugak buat sidebyside ni, kemas..nanti aku try pulak :)
syahrilhafiz recently posted…The Windows Godmode
Aku x try plak. Nanti test n iinform
Okay, bleh guna. Dah test. :)
shraqs recently posted…Pengguna Samsung Galaxy Akan Menerima Update Angry Birds Space Percuma
banyak tuh..
terseliuh tuh jgn tak urut.. tak pun kau sapu minyak kapak kat tempat
yg terseliuh. urut pelan2.. get well soon..
nurmisnan recently posted…Cokelat Royce free liqour dan superb
TQ, dah urut dah, hampir terkencing aku dibuatnya :-)
Kemalangan?
anif recently posted…Berblog Secara Serius? Perlu Ada Program Khusus Menghargai Pengunjung!
Accident ckit masa balik dr K.Trengganu dlm 4.30 pg kat Bentong. Takde apa sangat, seliuh kaki & lebam kat muka n kepala duk bcuti kat umah skrg ni
jalan kat bentong memang agak bengkang bengkok sikit dan gelap kan.
kimmie recently posted…Santai: Pejabat anda ada ke memo macam ini?
Kebetulan awal pagi tu ada kereta rosak,.. diorang berenti betul2 lepas selekoh.. itu yang terkejut sampai langgar divider jalan.. :(