Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Kies Tidak Memaparkan Samsung Apps Store

Sekiranya anda pengguna smartphone Samsung ( Android atau Bada), semestinya anda sedia maklum akan software Kies. Ringkasnya, Kies merupakan software percuma yang boleh dimuat turun dari LINK INI untuk memudahkan pengguna smartphone Samsung memindahkan sebarang data dari smartphone ke PC atau sebaliknya, selain menawarkan servis backup, sync, firmware upgrade dan juga memuat turun aplikasi dari Samsung Apps Store. Walau bagaimanapun, dalam kes – kes tertentu wujud situasi Kies memberikan masalah kepada pengguna. Antara masalah yang biasa dihadapi ialah Kies tidak memaparkan Samsung Apps Store.

Kies - Samsung Apps Store

Kies – Samsung Apps Store

Cara Menangani Masalah Kies Tidak Memaparkan Samsung Apps Store

Kebiasaannya, masalah ini timbul disebabkan region store yang disetkan secara default di Kies telah ditetapkan ke US. Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, ikuti langkah – langkah berikut ;

NOTA : Pastikan PC/laptop anda dilengkapi dengan versi Kies yang terbaharu sebelum mengikuti prosedur di bawah.

Langkah 1

  • Enter Registry Editor di PC/laptop anda – ( Start -> Run -> taip “regedit” -> OK atau tekan Enter).

Langkah 2

  • Di Registry Editor - ( klik HKEY_CURRENT_USER -> Software -> Samsung -> Kies 2.0 -> double klik Region -> tukarkan string ke GB – OK ).

Anda juga boleh menukarkan Region kod ini ke MYS untuk Samsung Apps Store Malaysia.

Samsung Kies - Region String

Samsung Kies – Region String

Edit String ke GB

Edit String ke GB

Langkah 3

  • Setelah selesai, start Samsung Kies dan kenalpasti samada Samsung Apps Store kini dipaparkan atau sebaliknya. Terdapat kemungkinan setiap kali selepas anda melakukan proses upgrade ke atas Samsung Kies, masalah Kies tidak memaparkan Samsung Apps Store ini akan berulang. Apa yang perlu anda lakukan ialah mengulangi proses yang sama.

Selesai! Anda kini boleh memuat turun aplikasi dari Samsung Apps Store secara terus melalui Kies. Selamat mencuba.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. bro nak tanya satu lagi untuk galaxy note gt-n7000 xde kat list phne kat samsung apps tu macam mane lak….bleh baiki jgk tak….ade untuk galaxy note (gt-19220) je….

    lau xjadi mslh xpe….ni xbleh download apps laa….dye ckp unsupported device…

  2. hanya perlu tukar set region tu saja bro?
    lewisdotmy recently posted…Nokia Lumia 510 Cheapest And Affordable Price (Lumia)

  3. dah lama aku x check kies nih, nanti balik rumah aku tgk samda ok ker x
    Juan recently posted…Realiti dan Fantasi – Diskaun, Subsidi, Negara Kebajikan

  4. Langsung tak tahu pasal benda ni..
    Hazmin Hamudin recently posted…KFC Zinger Double Down

  5. Ooo.. ada region restriction rupa-rupanya! :(
    Encik Anif recently posted…Rewriting Possibilities – Tahniah Buat Muhammad Zulfahmi Khairuddin!

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*